Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

I Know From The Start, It's Not Easy

Sejahteralah ke atas kamu.... Paling utama, ini semua adalah kuasa dan ketentuan Allah. Selain itu, punca yang menyebabkan selepas setahun berkahwin baru kami berusaha untuk mendapatkan zuriat adalah kerana saya dan suami yang belum bersedia. Kata 'bersedia' itu ramai yang salah faham kononnya kami ini risaukan rezeki tak cukup untuk anak itu. No! Bukan itu kesediaan yang kami maksudkan. Sebab kami sangat yakin kepada Allah. Kami yakin rezeki setiap anak itu ada. Dari mana dan bila, semuanya Allah yang lebih mengetahui. Saya faham ada ramai, malah terlalu ramai orang di sekeliling saya yang tak setuju kalau saya katakan ingin tunggu setahun baru dapat anak. Alasannya sebab saya ni dah tua bangka. Dah 30-an pun. Paling last boleh dapatkan anak pun sebelum umur 40. Paling baik 38thn ke bawah. So, kalau saya nak tunggu lagi, mereka 'bimbang' saya tak dapat melahirkan ramai anak. Tapi takpe la. Yang saya kejarkan bukan kuantiti anak, sebaliknya kualiti. Jika ...

Ada Sesuatu Ingin Ku Katakan

Sejahteralah ke atas kamu.... Kali ini saya benar-benar mengandung. Bukan lagi mengandungi lemak seperti selalu. Well, lemak pun still ada la. Tapi kali ni mengandung yang betul-betul mengandung. Yang ada segumpal darah di dalam rahim saya ni. So, apa lagi? Cepat ucapkan tahniah. Berpuasa di bulan Ramadhan semasa hamil ada faedah tetapi ada juga musibahnya. Musibah kewww? Takde la musibah pun. Ayat tu jaga-jaga skit ye Lydi. Nanti anak dengar. Maksud saya, cabaran la. Walaupun alahan saya tidak teruk mana, tapi loya dan mual serta rasa berangin satu badan, nak sendawa tak lepas dan pedih ulu hati tu mesti la ada. Rasa yang sangat familiar dengan kehamilan. Pagi tadi masa makan nasik waktu sahur pun boleh jeluak* 2 kali. [*Jeluak tu macam nak muntah tapi hanya tak keluar apa-apa]. Faedahnya pula tentulah banyak. Dah tentu bulan Ramadhan kan? Waktu ini la sifat-sifat baik manusia terserlah. Baca blog pun, bahan-bahan bacaan semuanya yang elok-elok. Amal ibadat pula tentulah ...

Aku Kau Berbeza

Sejahteralah ke atas kamu.... Suami saya kata, kaum dia [kaum lelaki la tu maksudnya.. orang lelaki mengada..boo!] kalau nak membeli barang senang je, dah tau nak beli barang apa dan kedai mana yang ada jual barang tu, pergi kedai, then terus beli. Contoh kalau nak beli baju. Brand Adidas. Pastu pegi la kedai Adidas, pilih la yang mana ada je kat kedai tu. Takde nak pegi banyak2 kedai dah. Tapi kaum saya pulak [kaum wanita yang always gorgeous la kan] kalau nak membeli barang, kemain lagi masuk setiap kedai yang ada kat shopping complex tu termasuk le kedai-kedai jual hadiah-hadiah yang berwarna pink padahal tujuan asal nak beli alas kaki je. Mesti nak kena survey harga kat semua kedai, design yang paling gedevas serta yang paling melambangkan identitinya. Bila dah habis belek setiap sudut kedai termasuk dinding-dinding kedai sekali dia tenung, pastu baru la decide nak beli yang mana. Kalau barang yang dia nak tu ada kat kedai pertama yang ada barang tu, dan kedai tu plak jauh...

Koyak Menanti Rabak

Sejahteralah ke atas kamu... Satu hari, saya masuk lif. Daripada tingkat 23 nak turun ke tingkat 1. Sampai kat tingkat 22, seseorang masuk. Seorang yang saya kenal. Kawan saya, Chah. Nampak dia bawak kunci kereta. Saya expect dia mesti nak gi mengulor ni [sbenarnya aku yang mengulor. Kehkeh.] Saje nak cari topik perbualan, spontan je saya puji kasut dia cantik. Memang cantik la pada pandangan bebola mata saya. Ikhlas ni tau. Kasut itu warnanya hitam berbaldu pastu ada blink-blink. Bukan setakat puji je tau. Saya siap test plak tu masa dalam lif tu.  Bila Chah tengok kasut itu muat pada kaki saya, dia terus tanya... "Nko nak kasut ni?". "Uikss....". Marah aku ke apa si Chah ni, kata saya...[dalam hati je lah]. Mintak test je terus nak bagi aku? Geli ke dengan kaki aku? Kaki aku ada cagu ke? Ada kurap ke? Something fishy di situ. Jadi, saya tanya dia, "Kenapa? Ko nak bagi aku ke?". Chah kata kalau saya nak, nanti dia bagi. Sebab kasut tu membuatkan d...

Sampai Hati

Sejahteralah ke atas kamu...  Sampai hati saya tak update blog. Dah 2 minggu. Macam cuti kawen plak saya hilang daripada dunia ke'belog'an ni. Saya tau korang semer walaupun tak rindu dengan cerita boring saya, tapi korang mesti tertanya-tanya ke mana saya menghilang, kan? Saya tau korang malu nak mengaku yg korang terasa kehilangan saya kan? Kan? Kan? Takpe-takpe, saya faham. (wink! kenyit mata)   Minggu pertama Julai saya pergi kursus. Seminggu. Tak sempat nak mencelah masa untuk update blog. Sebab masa kursus, saya sangat fokus hokey. Minggu kedua, saya cuti. Kat umah tak dpt nak access internet sebab malas nak renew broadband service. Lagipun malas nak buka pun laptop. Nak update blog guna henfon saya rasa macam kambing dengan bayang-bayang je. Buat stress diri sendiri pun tak guna jugak. Nanti tak mencapai hasrat nak me'release' tension dengan meluahkan perasaan kat blog bila nak taip entry guna henfon pastu stress..  Mende nak cerita ye hari ni. Bi...