Skip to main content

Aku Kau Berbeza

Sejahteralah ke atas kamu....

Suami saya kata, kaum dia [kaum lelaki la tu maksudnya.. orang lelaki mengada..boo!] kalau nak membeli barang senang je, dah tau nak beli barang apa dan kedai mana yang ada jual barang tu, pergi kedai, then terus beli. Contoh kalau nak beli baju. Brand Adidas. Pastu pegi la kedai Adidas, pilih la yang mana ada je kat kedai tu. Takde nak pegi banyak2 kedai dah.

Tapi kaum saya pulak [kaum wanita yang always gorgeous la kan] kalau nak membeli barang, kemain lagi masuk setiap kedai yang ada kat shopping complex tu termasuk le kedai-kedai jual hadiah-hadiah yang berwarna pink padahal tujuan asal nak beli alas kaki je. Mesti nak kena survey harga kat semua kedai, design yang paling gedevas serta yang paling melambangkan identitinya. Bila dah habis belek setiap sudut kedai termasuk dinding-dinding kedai sekali dia tenung, pastu baru la decide nak beli yang mana. Kalau barang yang dia nak tu ada kat kedai pertama yang ada barang tu, dan kedai tu plak jauh giler daripada kedai terakhir yang tengah dia pergi tu, maka nasib la sape yang temankan dia bershopping tu. Boleh lumpuh kaki orang yang temankan tu sebab terlampau penat. Huhu.

Mana se hok lagi comey ni. Hok pink ni napok ketiok plok kekgi.
Apa-apapun macam biasala... Bukan semua lelaki tak cerewet macam tu, mungkin suami saya je kot yg macam tu. Dan bukan juga semua pompuan pun akan tawaf satu bandar untuk cari satu benda. Contohnya saya. Menurut suami saya, saya tak cerewet kalo nak beli barang. [Ye ke ni? Hahaha.]. Asalkan saya pilih sendiri. Saya nak beli baju pun sama juga macam suami saya, masuk kedai yang saya dah aim, walaupun takde byk yang cantik, saya tetap akan pilih jugak yang terbaik diantara yang tak cantik tu. Kadang-kadang saya tau pompuan ni dia bukan nak beli semua, tapi dia suka bila dia banyak pilihan. Saje suka nak rambang mata. Padahal last-last beli satu je. Betul tak? Saya beli henbek [handbag] pun sama. Bila rasa perlu nak beli beg masa raya tahun lepas, saya cakap kat suami. Pastu suami saya suh tgk beg yang jual kat gerai-gerai tepi Giant Kuantan. Saya pegi tengok depan pintu kedai je. Tengok daripada jauh. Pastu terus je pilih satu beg yang harganya RM30 dapat kurang jadi RM28. Hehehe. Sampai sekarang pakai beg tu bawak ke hulu ke hilir gi, ofis, gi jalan, gi kursus, beg tuuuuuu la jugak. Simple je kan? TAPI, make sure benda tu saya pilih sendiri. Kalau benda yang saya tak suka yg orang lain pilihkan, memang jangan harap saya nak pakai. hahaha. 
[Entry puji diri sendiri nampak? Heheh... Biasanya... Blog sendiri, mesti nak tunjukkan diri sendiri yg best ye tak?]

Itu dalam bab mencari barang. Lelaki = tak cerewet, perempuan plak = cerewet. Tapi, dalam bab mencari cinta.... Daripada pemerhatian saya, situasi tu terbalik. Biasanya lelaki kalau nak cari pasangan, dia akan kawan dengan seramai perempuan yang boleh untuk 'survey' perangai perempuan2 tu untuk dia pilih pada akhirnya. Ada yang lagi teruk, dia bagi harapan kepada semua perempuan-perempuan tu. Perkara ni biasanya dilakukan oleh lelaki tak hensem yang perasan hensem. Baca betul-betul, saya kata BIASANYA. Lelaki hensem pun ada jugak yg buat mcm ni tapi yang selalu saya jumpa suka beri harapan kat pompuan ialah spesis lelaki tak hensem perasan hensem tu lah. Hehehehe. Peace. Jangan marah ye.

Lain pulak dengan perempuan. Bila mencari cinta, biasanya pompuan akan terus berhenti mencari bila dia jumpa seorang lelaki yang dia betul-betul suka. Terus dah tak pandang orang lain dah. Perasaan betul-betul suka itupun biasanya bermula dengan suka sikit-sikit je. Tapi hati kan... bila dah setiap hari pupuk perasaan suka tu, lama2 suka tu akan jadi berawan-awan, berombak-ombak la. Betul tak? So, biasanya perempuan banyak silap kat sini la. Tak berhati-hati dan tak memandang di dalam lingkungan yang lebih luas di sekelilingnya. Bukan maksud saya nak suh pompuan jadi playgirl then beri harapan kepada ramai lelaki. Saya jugak tak suruh pompuan kuar gi dating dengan ramai-ramai lelaki then kikis duit lelaki sebelum pilih pasangan hidup. BUkan tu maksud saya. Point saya kat sini, buat la macam kita beli barang jugak. Survey dulu. Survey perangai ramai-ramai lelaki. Observe. Nilai. Then baru decide utk suka. Dan kalau rasa tak sesuai tu, blah je. Takde guna tunggu. Heheh. Tah hapa-hapa nasihat.

Okaylah. Itu je nasihat Mak Jemah buat kali ini. Kupai. [Org Korea KPop sebut Goodbye pelat jadi kupai. Warffwarfwarfwarf... lawak..lawak]

Comments

  1. saya dgn suami terbalik..dia cerewet pilih barang. letih saya kalau shopping brg dia. Belek punyala lama, tak jadi pulak. Jalan lagi..sampai sakit kaki. Tapi sbb syg, layan jugaklah!

    saya? sng je. kalau dah berkenan & dlm bajet..amik je la.

    ReplyDelete
  2. en hubby sgt2 cerewet specially tg nk beli pakaian kkdang berminggu cari x jumpa yg diidamkan!. Layan jelah

    ReplyDelete
  3. uih...jangan kata lelaki tak cerewet...suami saya cerewet tau,bab pilih kasut baju...dah lah mahal,beli 3-4 helai baju mahal kasut sepasang mahal,pakai untk setahun...tu je lah digilir-gilirkan pakai ke sekolah...he he he..tu pasal cerewet...

    ReplyDelete
  4. pilihan pmpuan slalunya adalah yg terbaik sbb dh abis sgala sudut dia tgk...hehe...sbb tu dlm umah tangga, kalau nk suruh buat pilihan,suruhlah isteri...papepn abis smua aspek dia akan kaji...

    ReplyDelete
  5. biasa la tu klu pompuan shoping...M.O.J = Mak OK Jer !! =)

    ReplyDelete
  6. ohhh..dah ada suami rupanya..ingatkan masih cik lagi...dah puan rupenya...paling seksa kalau En. Suami saya bunyi nak beli kasut baru...tidakk...tak sanggup nak teman. dr satu kedai ke satu kedai...dr satu mall ke satu mall...

    ReplyDelete
  7. dni suka bawak asben shopping sebab asben suka pilihkan yang terbaik untuk dni... dia lebih arif mengenai sesuatu hal yang sesuai untuk dni. hehe... tapi sian dia.. kalo dia tanya pendapat dni, dni stail tak reti nak pilih barangan laki :P

    ReplyDelete
  8. kantoi pakai handbag rm28. hahaha...

    ReplyDelete
  9. Ulasan dari gurubesar mak kiah. Perenggan pertama sampai ke3 tu sangatlah stuju. Sebab tu kalau g soping harus gi sendirik. Seb ler balik lambat pasal dah bagi duit secukupnya untuk mencarik barang yg berkenan di hatikan? Muahaha (gelak syaiton)... bab cintun tu, heee malulah nak komen. I masih underage (iceage adeler!) Notakaki: I loike perkataan tak relevan baru itu- KUPAI! (nak guna pinjam demi mempertabatkan bahasa Kpop buley?)

    ReplyDelete
  10. Ujie : Terbalik pulak. Bila baca komen2 ni ramai plak suami yg lebih cerewet ye. Heheh.

    Kesuma Angsana : Sampai berminggu ke? Lagi dasat.

    Ummi Arissa : itu la lelaki kalau beli mmg nak yg mahal tapi pakai betul-betul punya. Cuba kalau pompuan ulang2 pakai 4 baju je setahun, mmg mustahil ye tak?

    Kyo : Suami den pon sempoi jugak. Makan pun sempoi.

    izzah : memang betul izzah. pompuan biasanya lagi teliti kalau nak pilih apa2. Mesti segenap aspek dia pikir. Tapi ada jugak yg suami lagi teliti.

    MakweKintan : Mka pun OK je. Heheh.

    Diana : hahahah, sampai sakit tumit ke? Nak2 pulak awk tgh pregnant skrg kan? Mesti lagi le seksa.

    Nafisa81 : Amboi dia ingat kita single ke? Huhu. Laa... suami awk pun cerewet ke? Kekekek... tak sangka ramai yg ada suami cerewet ye.

    Ardini : Untungnya Dini. Ada imej consultant. Senang la nak shopping. Heheh.

    Aswadz : Alamak... kantoi plak. Kekeke. Tapi takpe la. Saya tak malu pun nak mengaku saya pakai henbek murah. Mungkin taste saya rendah kot. Untung suami saya kan?

    ReplyDelete
  11. FarahDeeb : Yes! Finally ada jugak yg setuju. Hehehe. Dah ada peluang apa lagi, guna le kan? *boleh-boleh. Gunakan le bahasa korea. Kupai Deeb.

    ReplyDelete
  12. ooo... baru tau.
    bab memilih cinta, perempuan tak berkira sangat eh... hmmmm..... hehehe (tumbuh tanduk)

    ReplyDelete
  13. Kita bukan cerewet, tapi kita mencari kepuasan..

    Ok pe shoping ni dapat gak menguruskan badan..hehehee

    ReplyDelete
  14. saya dgn husben pun tak cerewet. tak pernah pulak dgr husben kata saya cerewet bab2 shopping ni. kami bkn kaki shopping sakan. dah berkenan, ambik. tak ada nak survey smp 20-30 kedai (kononnya la). hahaha...

    p/s: fisio tu benda besar. utk lumpuh, patah pun dipanggil fisio jugak tapi ada la term khususnya. husben saya lepas eksiden dan patah tgn dan dah baik tgnnya tu pun kena pegi fisio. hah, mcm mana tu?

    ReplyDelete
  15. Saya 2x5 nampaknya mcm suami Lyd, kalau keluar nak beli brg saya senaraikan apa nak dibeli, kemudian beli brg itu aje. Tak kuasa nak compare2 harga. Kalau mahal nasiblah..Tapi bab pakaian careful jugalah, semak betul2 di kedai tentang harga dan design nya takut balik rumah baru menyesal...

    ReplyDelete
  16. saya cerewet. hihi.. rasa lumrah la kot prempuan cerewet bila membeli belah. husband sy mcm lyd ckp la, kalau kata nak yg tu itulah yg diperginya takde nak ukur kedai dari utara ke selatan. hihi.. tp yg cinta tu pd saya haruslah mencari yg terbaik kan esp. bila terdapat byk pilihan. ;)

    ReplyDelete
  17. salam;
    Pilih bini ni tak boleh sama dengan pilih barang kat kedai,..bini ni kena pilih yang elok2 walaupun diri sendiri tak berapa elok sbb bini ni kena pakai sampai tua...

    ReplyDelete
  18. kaum lelaki dgn kaum pompuan kalau bab membeli memang begitulah hakikatnya... heee3x

    Selamat menjalani ibdah puasa dari kami sekeluarga....
    Maafkan salah silap kami.....

    ReplyDelete
  19. Salam ramadhan dari kami sekeluarga... bab shopping tak cerewet...tp bab cari isteri cerewet ye kaum adam ni...

    ada satu quote tu... A man is lucky if he is the first love of a woman. A woman is lucky if she is the last love of a man...

    lelaki bertukar2 kekasih utk dpt yg terbaek la ye... pompuan lak once dah jumpa dia akan kekal setia... ke kita terbalik kan je... hehehe...

    ReplyDelete
  20. slmt mnymbt rmdhn al-mubarak.. ldy mhn keampunan dr hujung rmbt ke hujung kuku kaki.. smg rmdhn kli ini jauh lbh baik dr sblm2nyer.. ameeenn..

    ReplyDelete
  21. tension klu ikut wife p shopping ..booleh "bebai" oo...

    ReplyDelete
  22. sapa tak suka shopping , sebab shopping sangat memenatkan,kaki....

    ReplyDelete
  23. ade gak aku tengok lelaki cerewet pilih baju..sebab masing2 ade taste tersendiri

    ReplyDelete
  24. ahahaha..nak gelak pasal kupai tu dulu kak lyd..hahaha..comel jer..nak sebut gitu gak ah..hihi

    yana cerewet gak bab beli2 ni..kena tawaf abes baru boleyh buat keputusan nak beli yang mana..kalo pegi mall..jenuh naik turun eskalator..keh3..kesnya nak yang cantik n murah..lalala..


    bab orang lelaki tk tahu la..tak ada lelaki di sisi..haha..tapi setakat yang kenal memang mostly tak cerewet..n memang betul bab pilih pasangan tu..kena apply yang k.lyd ajarkan nampaknya..haha..

    ReplyDelete
  25. sy main masuk dalam kedai,the first thing yang sy nampak - jatuh hati - hambek - kaunter - bayar - balik...ekekekeke

    ReplyDelete
  26. Tapi suami sy sebaliknye...klu nak shopping brg dia...huh! rasa x sanggup nak menemannya...berjam2 pilih baju. Sangat2 teliti. harap2 pemilihan dia utk sy dijadikan isteri dia suatu ketika dulu pun seteliti itu. hehe...ntah hapa2 la...

    ReplyDelete
  27. lya nk kata cerewet x jgk..tp adakalanya cerewet gak.. msti nk pilih y terbaik..bandingan kualiti & harga.. nk y murah tp kualiti baik..

    tp fain ni jns cerewet..kalo nk beli bju dia..lguh gak kaki lya folo dia.. last2 pusing balik..

    ReplyDelete
  28. salam ramadhan awak...
    lya pon krg bw skarang..kt ofis xleh buka blog..d block.. hrp kt rmh je..

    ReplyDelete
  29. suami saya pulak cerewet nak cari baju yang murah - boleh beli banyak katanya (agak kedes di sittew) kalau saya pulak cerewet sebenarnya, harga tak cantik la, corak tak kena la, warna tak menarik la. tapi bila tengok suami dah tarik muka, amik je la mana-mana pon. uuu

    ReplyDelete
  30. Kunjungan dan silaturahmi di bulan Ramadlon...
    sekalian follow 608
    untuk persahabatan kita, sudilah kiranya untuk follow kembali sahabatku

    ditunggu
    dan terima kasih
    salam ramadlon

    ReplyDelete
  31. sweety tak cerewet tapi mmg suke menyinggah le cuci2 mate tgk barang...hehehhe

    ReplyDelete
  32. aku kalo macam tak puas hati, aku akan cari kedai lain yg boleh memuaskan hati takde ar aku bergantung kepada 1 kedai je..takot2x ada kedai len lagi bagos atau mungkin lagi murah..

    ReplyDelete
  33. tapi kan kak.. klu sy pn kdg2 xcerewet kdg2 cerewet jgk... heheheh klu sy nk beli sesuatu sy akn pilih betul klu xde yg brkenan sy akn balik dgn tgn kosong jer... klu kuar shopping dgn sy untung sbb xbnyk hbis duit...hehehe

    ReplyDelete
  34. haha..betol tu cam tekene je ket btg hidung..suka masuk satu kedai belek apa yg ada pastu blah...sebenaqnya dh tahu nak beli apa kat mana tapi ntah saja galok nak juge masuk..hehe

    #pasai gambar beg tu,apa kaitan dengan bumi..kan skrg setiap hari sabtu tak dapat plastik kalau g shopping sbb nk kurangkan penggunaan beg plastik yg makin hari makin byk tok dilupuskan...maka guna la beg tu tok shopping..tu la kaitannya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan