Skip to main content

Sampai Hati

Sejahteralah ke atas kamu... 

Sampai hati saya tak update blog. Dah 2 minggu. Macam cuti kawen plak saya hilang daripada dunia ke'belog'an ni. Saya tau korang semer walaupun tak rindu dengan cerita boring saya, tapi korang mesti tertanya-tanya ke mana saya menghilang, kan? Saya tau korang malu nak mengaku yg korang terasa kehilangan saya kan? Kan? Kan? Takpe-takpe, saya faham. (wink! kenyit mata) 

 Minggu pertama Julai saya pergi kursus. Seminggu. Tak sempat nak mencelah masa untuk update blog. Sebab masa kursus, saya sangat fokus hokey. Minggu kedua, saya cuti. Kat umah tak dpt nak access internet sebab malas nak renew broadband service. Lagipun malas nak buka pun laptop. Nak update blog guna henfon saya rasa macam kambing dengan bayang-bayang je. Buat stress diri sendiri pun tak guna jugak. Nanti tak mencapai hasrat nak me'release' tension dengan meluahkan perasaan kat blog bila nak taip entry guna henfon pastu stress.. 

Mende nak cerita ye hari ni. Bila dah lama sangat tak mengarang, otak pun dah jadi sempit. Nak cerita apa pun takde idea. Sementara saya nak dapatkan idea untuk cerita kat korang, meh la saya nak show off satu-satunya organ yang paling best yang ada pada keta kenari saya. Tak penah lagi saya jumpa feature ni pada kereta lain. Kalau ada pun mungkin saya tak tau la tu. 

Ini dia...

Ada pada pintu.



Tekan untuk buka.

Bananana......... Tempat letak minuman. Autobot kan keta kenari? Keta korang ada? Takde kan?

Takde motif kan entry saya hari ni. Hahahaha.  Air jagung tu beli kat depan Giant Taman Permata. Sedap nak mampus. Rasa lemak2 dengan aroma jagung yang harum. Yang penting, harganya singgit je. Memang mulia air jagung ni.

Itu je la. Anggap je la entry ni sebagai appetizer sebelum ke main course, sebelum saya start membebel berkarung-karung kat blog ni.

Comments

  1. salam;
    idop lagi awak rupanya..terus terang wa cakap aku suka baca entri awak,walaupun mencarut kalau sehari tak terjah blog awak rasa kerugian pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yusuflaili : haha. Alhamdulillah idop lagi. Terharunya saya dengan komen awk.

      Budubilis : terima kasih sebab puji saya. Kembang dah lubang idong saya.

      Safiyya aleesya : hepi dapat kembali. Keke. Mengarut tu takleh control la awk. Biasanya laju je meleret2.

      Kyo : ha, entry baru awk mana? Keke.

      MakweKintan : mekasih. Nanti saya jenguk blog awk k.

      Kesuma Angsana : thanks ye sebab terus follow saya. Saya hargai sgt tau.

      Delete
  2. hahah kelakar..nice entry.simple dan aw seorang yang benar2 menarik :D

    ReplyDelete
  3. lama menghilang ekkk apa pun selamat kembali yer kak ;-) takpe laa mengarut sikit2 jangan mengarut banyak2 sudeyyyyy hahaha

    ReplyDelete
  4. akhirnya ada jugak entry.. den jugak yg malas nk up-date..hehe

    ReplyDelete
  5. wlcome back ye, KA akan terus follow okey!

    ReplyDelete
  6. tu la rindu tau nak baca coleteh u ni. hihi..
    *kete kat nihon ada beberapa gak jumpa tmpt letak air ni. bestkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asmara : yeyyy perkataan rindu tu yg nk dgr tu. Hehe. Time kasih tau sbb rajin baca blog saya. As, tak mustahil keta jepun ada benda ni. Sbb kenari kan memang guna sparepart jepun, datsun.

      Kazman/sue : amboi sygnya kat keta ye. Hehe. Kalau dierang pandai control air tu supaya tak tumpah, baru la bleh bg minum dlm keta. Kan?

      Nita : haha. Mana ada batak. Keta kenari je yg pelik skit. Umah awk dekat ke dgn giant tu? Senang la nak gi beli dok?

      Aswadz : bukan setakat rajin dah tu, tapi obses terus. Mesti awk pun macam tu kan? Time bz sepi la blog.

      Maszull : mama tertanya2 jugak ke? Hehe. Saya dah kembali ni mama. Sonok dpt berinteraksi dgn geng bloggers lagi

      JR : cayalah, siap nyanyi lagu sampai hati lagi. Saya kembali lagi. Yeahhh.

      Jagau : sampai hati nyesal. Hahaha. Tapi jgn serik baca blog saya ye.

      Kak yon : jagung rebus pon saya suka. Eskem jagung pon sedap. Sy mmg suka jagung la rasanya. Keke.

      Delete
  7. haaa3x.... ok la tu 2 minggu tak update blog... buat orang tertunggu2x yee....

    keter kenari yg ada tempat bekas air.... best2x... tapi saya melarang anak minum air dalam kereta kerana biasanya habis tumpah atas kerusi.... adehhh.... jenuh mengelap... haaa3x

    ReplyDelete
  8. ha'ah rindu jugaklah walaupun saya jarang online sekarang.

    wah, sayapun tak tahupun adanya benda cengghitu dan betapa bataknya saya, mungkin saya akan dapatkan juga air jagung tu hehehe.. :p

    ReplyDelete
  9. biasa la. kalo time sibuk, mmg payah nak update laptop. kalo update gak, mmg rajin bebenor org tuh.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum lyd....patut la sunyi dr berblogging rupa2nya kursus yer...;)

    ReplyDelete
  11. Sampai hati...tiba2 teringat jodol lagu Spring "Sampai Hati":

    "Betapa sepinya perjalanan hidup ini
    Di kiri kananku penuh duri cintamu
    Sampainya hatimu membiarkanku rindu
    Kau terus menghilang tanpa berita"

    Dan sekarang Lyd sudah kembali dari penghilangan, selamat kembali....

    ReplyDelete
  12. hah....menyesal haku baca...hahahhahaa

    ReplyDelete
  13. patut lama tak nmpk..kursus pastu cuti rupanya.air jagung akk tak suka..klau jagung rebus memang suka..:)

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Nizam arif : terima kasih.

      Ym bundle : bijak ko. Aku mcm terpinga2 dengan blog sendiri. Byk kisah geng blogger aku nak catch up balik ni. Tugasan rumit ni. Betul, kalo letak air kat situ air sejuk je. Hehe.

      Ummi Arissa : hehe. Kalo nk tnya bleh komen kat entry terakhir. Saya baca komen2 guna henfon tapi payoh nak balas.

      Ujie : hehehe. Sorry ye sbb saya pergi tanpa pesan. Sbb saya lupa saya ada kursus. Hehe. Last minute baru teringat saya ada kursus. Sengal kan?

      Delete
  15. hahaha..nampak sgt ko blur2 lagi lyd.haha..tp aku suka tempat letak air kenari tu..sebabnya air sejuk je sebab dpn aircond..hehe..

    ReplyDelete
  16. ye lah tiba-tiba senyap jeee...nak mencelah kat mana tak tahu nak tanya g mana...
    wah kelaslah kenari awak..keta saya takde tu...he he he

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah lyd sihat..ingatkan kenapa terus sepi lama2.

    lain kali, kasi amaran nk g kursus. bkn apa..dah kenal ni kalau tetiba hilang, tertanya-tanya gak.

    ReplyDelete
  18. kita pun windu gak tau baca celoteh dari bintang... best...

    hebat le tmpt letak air minuman kete kenari...terbaek ;)

    ReplyDelete
  19. ooo..selamat kembali dr berkursus sis...tmpt letak cawan tu nice..mmg payah kn klo benda gini xde lam keta...esp sy yg kuat minum ni...sedap pulak air tu...menggoda tul la

    ReplyDelete
  20. Okeh okehlahh ngaku la niiii.. mmg heran nape bintang tak berhapdet lame hahaha... walawessss bangge sey nengok org lain mempromosikan menatang tempat letak air dalam kete kenari tu wahaha... hey, i pun bawak kenari okey (wahh itupun nak riak!) :P
    My latest Entry :)
    JJCM: Restoran Ayam Penyet AP

    ReplyDelete
  21. mana yg best? tmpt letak cawan ker air dalam cawan?

    ReplyDelete
  22. Wahhhh!! Dasat2 :)
    Canggih tu..heheee

    ReplyDelete
  23. saya tak ada kereta. yang ada pun kete pinjam org punya. tapi saya ok je walaupun tak ada kereta ye.

    ReplyDelete
  24. hehe canggih..mesti ramai yang nak isntall jugak pasni..heheh

    ReplyDelete
  25. apa apa pun,syukurrr masih update dan dengar khabar... :)
    selamat berpuasa!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca