Sejahteralah ke atas kamoo....
Kesihatan ni memang la isu yang bosan untuk dipergossipkan. Apa-apa pun, penyakit itu Allah jua la yang mengizinkan ia merebak atau tidak. Tapi sebagai manusia, jika mampu berusaha untuk mengelakkan, kita usaha la. Korang tau penyakit terkini yang dikatakan sebagai 'the new AIDS'? Walaupun penyakit ni pun dah lama mcm penyakit Aids, tapi baru sekarang merebak semula. Penyakit yang bernama Chagas ni dah menyerang 8 juta orang si Amarika Latin dan Amarika Tengah. Tapi penyakit ni bukanlah berpunca daripada kegiatan seksual terlarang. Penyakit ni merebak melalui serangga yang dipanggil The Kissing Bug. Yang pasti, penyakit ni buat masa sekarang belum ada penawarnya. So, kat bawah ni diantara punca-punca risiko penyakit;
1. Telefon Bimbit
Walaupun risikonya rendah, tetapi bagi pengguna yang telah lama menggunakan telefon bimbit, yang menjawab panggilan telefon [telefon bimbit] dengan cara konvensional iaitu melekapkan telefon tersebut dengan telinga DENGAN KERAP boleh menyebabkan seseorang itu lebih cenderung mendapat ketumbuhan otak. Rasanya fakta ini sudah ramai yang tahu. Alternatif yang boleh kita gunakan bagi menjawab/membuat panggilan adalah dengan menggunakan kit bebas tangan [hands-free kit] atau gunakan loud speaker selain daripada berhubung menggunakan Perkhidmatan Pesanan Ringkas [SMS]. Tapi agak2 la, takkan dalam LRT pun kamu nak buat loud speaker pastu berborak kat tepon macam kamu dah upah penumpang2 LRT yang lain tu RM30 seorang, semata-mata untuk dengar perbualan bertaraf drama radio kamu tu. Apa-apapun, perlu diingat juga, selain radiasi yang tercetus daripada signal telefon bimbit itu membahayakan, berSMS atau berbual menggunakan telefon semasa memandu pun boleh berisiko untuk menghantar kamu dengan lebih cepat ke kawasan perkuburan.
2. PVC Shower Curtains [Tirai Bilik Mandi PVC]
Bau kuat tirai kamar mandi PVC yang baru dibeli terhasil daripada sebatian organik yang meruap yang mungkin mempunyai carcinogenic [iaitu sejenis agen yang boleh menyebabkan kanser], yang akan memberi kesan loya, mual dan sakit kepala dalam jangka masa yang pendek. Tak silap saya..... Bau kuat PVC ni pun ada kalau beli kereta baru dan sarung seat kereta tu diperbuat daripada PVC. Apa-apa pun bahan-bahan yang ada sekarang ni terhasil daripada percampuran secara kimia. Sebab tu la kebanyakan benda2 baru yang muncul sekarang seperti plastik, polistrene yang org buat bungkus nasik ayam tu, PVC dan lain-lain, ada risiko dan membahayakan kesihatan untuk jangka masa panjang. Jadi, kalau kamu ada niat nak pasang tirai untuk bilik air ala-ala hotel kamu, pilihlah tirai kain. Kalau nak yang kalis air jugak, boleh pertimbangkan vinyl.
3. Memanaskan Makanan Di Dalam Bekas Plastik Menggunakan Ketuhar Gelombang-Micro
Panjang giler bila translate ke bahasa melayu. Padahal dalam bahasa inggeris hanya 'Microwaving in Plastic'.
Suhu panas boleh menyebabkan pembebasan bahan kimia daripada plastik. Jadi, bila kita panaskan makanan yang diletakkan di dalam bekas plastik, bahan kimia yang dibebaskan oleh plastik tu akan meresap ke dalam makanan tu. Kalau sekali sekala, boleh tahan lagi. Kalo tiap2 hari dok panaskan makanan dalam bekas plastik guna microwave, kesannya bahan kimia tu boleh mimic[menyerupai] fungsi estrogen dalam badan, boleh menyebabkan akil baligh pra-matang dan kemungkinan kanser payudara dan kanser testis. Apa benda la akil baligh pra-matang tu ek? Mungkin budak2 kecik jadi cepat akil baligh walaupun masing-masing perangai belum matang. Jadi, elakkan le guna bekas plastik kalau nak panaskan makanan. Kalau macam tu, saya rasa kalau kita tapau makanan daripada luar, macam sup yg berkuah dan letak dalam plastik pun tak bagus la kan? Dengar ceritanya polistrene yg buat bungkus nasik tu pun membebaskan bahan kimia jugak kalau makanan yg diisi dalam tu panas. Aih... bahaya betul chemical romance ni.
4. Sabun Antibacteria Dan Ubat Gigi Pengawalan Kaviti
Sesetengah sabun antibacteria dan ubat gigi untuk pengawalan kaviti mengandungi banyak triclosan iaitu sejenis pembunuh kuman. Sesetengah je ye. Bukan semua. Karang tak pasal saya kena saman. American Medical Association menyarankan supaya menghentikan penggunaan triclosan di rumah. Sebab katanya triclosan ni bleh mengalakkan pembiakan bakteria imun terhadap triclosan ni. Kajian menunjukkan yang triclosan ni takde banyak beza pun dengan sabun antibacteria yang lain, malah merosakkan lagi alam sekitar ada la. So, balik karang, korang check le sabun antibacteria kat umah korang [kalo ada le]. Check le ada ke tidok budak triclosan ni. Kalo ada lenkali takyah le beli dah.
5. Pengimbas Badan Di Lapangan Terbang
Kamu tahu tak pengimbas badan yang ada kat airport tu? Yang kita lalu je kat situ, benda tu scan badan kita dan akan nampak semua yg ada disebalik pakaian? Tak pasti kat Malaysia ada ke tak scanner ni. Rasa mcm tak de je. Kat sebelah Eropah dan haramkan benda ni ada di airport mereka, semuanya kerana kesedaran kesihatan tapi kat US masih guna lagi. Pihak Transportation Security Administration (TSA) buat kajian mendapati kesan radiasi semasa menggunakan pengimbas ni kecikkkkk je. Tapi kajian-kajian oleh pihak-pihak persendirian mendapati kesan radiasi yang diterima oleh manusia yang melalukan imbasan ni adalah 45 kali lebih tinggi daripada apa yang TSA claim tu pedooh langsung. Radiasi ni boleh meningkatkan risiko kanser terutama bagi warga tua dan wanita-wanita yang berpotensi mempunyai breast cancer. Penumpang-penumpang kapal terbang dah le terdedah dengan radiasi masa naik kapal terbang. Dah tu tak perlu la menambahkan lagi tahap radiasi tu. *nasib baik kat Malaysia takde.
6. Pil 'Pencuci Usus'.
Penah dengar atau penah guna tak? Biasanya ubat ni diambil oleh orang2 yang nak berdiet. Bila makan je pil ni, maka production of the smelly 'thing' tu pun berganda-ganda. Macam dah keluarkan dan dah cuci semua benda + sisa dalam usus orang tu. Tapi pengambilan ubat ni, akan menyebabkan kesan sampingan kecuali le kamu memang ada penyakit berkenaan usus atau penghadaman dan dinasihatkan oleh doktor untuk amik ubat ni. Kesan sampingannya ialah nanti usus kamu dah tak perlukan penghadaman secara semulajadi dan akan bergantung kepada pil tu je. Pastu boleh menyebabkan kerosakan dinding usus. Bahye..bahye.
Ada lagi 3 sebab. Semua skali 9. Tapi rasanya takde kaitan je. So, biar je la.
akak mana entrinya..tajuk ada isi xde..huhuhu
ReplyDeleteyela...mana entry nye Lyd...
ReplyDeleteKunci keberhasilan adalah menanamkan kebiasaan sepanjang hidup Anda untuk melakukan hal - hal yang Anda takuti.
ReplyDeletetetap semangat tinggi untuk jalani hari ini ya gan ! ditunggu kunjungannya :D
bergunalah info ko ni lyd..hahaha
ReplyDeletemisteri nusantara entry ni...hahaha
ReplyDeleteHahaha... aku tak perasan terpublish. deng!
ReplyDeletehebat lah Lyd, entry kosong pun 5 org komen! hahahaha
ReplyDeleteweh, ku tunggu entri kamooo
semuanya agak berbahaya kalau dibuat selalu kan
ReplyDeletewahhhh!! bahayanya...huhuhu makin takut dgn dunia skrg..huhuhu btw akak tq bg prkongsian info yg baik...
ReplyDeleteWaduh lyd...byk betul nk take note.
ReplyDeletepatut la bdk skrg cpt baligh..anak2 sedara lelaki/prmpn byk yg baligh drjah 4/5.
Tapi mmg penah dgr info gini..cuma kdg lupa/buat lupa.
oooooo...baru tahu...thanks atas perkongsian nih..yg no. 2 n no. 4 tu...baru tahu...
ReplyDeletefollower ke 573
hahahaa..memang hebat la..dkna pon tambah bilangan komen bagi entry nie ;p
ReplyDeletemcm2 penyakit blh dtg skang ni.. ish3.. moden pun payah gak.. hehe
ReplyDeletehohoho... nasib baik la baca ada entry. tapi good info la. kena check sabun mandi dgn ubat gigi. bersugi lagi baik kan?
ReplyDeleteterima kasih menjadi penyumbang traffik tertinggi blog pezol stylez bg bln mei 2012
ReplyDeletehttp://pezolstylez.blogspot.com/2012/06/top-10-blog-penyumbang-traffic-pezol.html
semakin canggiih lagi mendataangkan kemudaratan buuat manusia
ReplyDeletefulamak..bahaya giler penyakit ni..
ReplyDeleteyang telefon tu lah yang paling kerap sy buat..kena byk sms ni..hehe
salam;
ReplyDeletekalau nak diikutkan semua benda dan makanan didunia sekarang tak boleh pakai dan dimakan,semuanya bahaya..
Good info lyd! teruskan usaha share ilmu2 yg bagus mcm ni. ;D
ReplyDeleteeh..pesal kosong lagi ni lyd..kehkehkeh..
ReplyDeleteterbaik.. info yg berguna utk aku.. thanks yup
ReplyDeleteVery nice infoo...
ReplyDeletetq....
skrang dah semakin tua, kesihatan pun kena jaga...lagi2x zaman skrang yg dipenuhi dengan bahan2x yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan..
heheh...
ReplyDeleteowhhh... mde2 ni y biasa dilalui n ada sbhagian mmg kegunaan harian..tp xsangka mde ni smua pon blh mjadi punca2 pyakit..makin canggih...tp makin byk pnyakit
kalau difikir balik bgs lagi hidup ala2 org dulu2..ni makin maju makin byk nak kena jaga.Pernah baca info tentang ni.Anyway..good sharing.
ReplyDeleteinfo yg berguna. bgs2.
ReplyDeleteGud info...tq for sharing:)
ReplyDelete