Sejahteralah ke atas kamu.
Bila kita demam, air yang kita minum dan makanan yang kita makan akan rasa tak sedap. Pastu kita akan kata, "tak sedap la makanan ni...", padahal sebab tekak orang demam memang akan rasa tak sedap. Kita salahkan makanan plak walaupun makanan tu tak berdosa pun padahal tekak kita yang tak sihat.
Macam tu jugaklah manusia suka menyalahkan sesuatu/orang untuk apa yang telah dia alami. Contohnya kalau dia tu jahat, banyak dosa dan dia tau dia berdosa. Tapi dia belum mahu berubah menjadi baik sebab dia kata, "aku belum dapat hidayah". Masih nak salahkan hidayah belum tiba? Sedangkan hidayah itu bukannya perlu ditunggu, sebaliknya perlu dicari. Kalau cerita pasal jodoh, semua orang tau jodoh itu perlu dicari. Semua orang berusaha sungguh2 untuk mendapatkan jodoh. Sama juga kisahnya dengan rezeki. Berlumba-lumba la kita mencari rezeki. Kerana rezeki perlu dicari.
Padahal yang sebenarnya..... Rezeki untuk kita Allah sudah tentukan, sudah tetapkan. Apa yang kita lakukan itu bukan mencari rezeki, tetapi menuntut rezeki. Itulah istilah yang sepatutnya. Apa yang sudah ada, apa yang sudah ditentukan itu, kita hanya perlu tuntut daripada Allah. Cara untuk menuntut rezeki itu tidak kiralah sama ada kita bekerja atau berniaga. Selagi kita berusaha untuk menuntut rezeki yang Allah janjikan kepada kita. Jgn sampai risau yang berlebihan jika usaha menuntut rezeki itu masih belum menampakkan hasil. Kena yakin dengan Allah.
Apa yang cuba saya jelaskan kat sini, manusia ni masih suka memberi
bermacam-macam alasan jika dia belum mahu berubah. Malah berani
menyalahkan takdir kerana hidayah belum hadir untuk dirinya. Hidayah itu tidak semestinya muncul dalam mimpi seperti setiap malam bermimpi ngeri dibakar oleh api neraka. Tak semestinya hidayah itu muncul dalam kejadian-kejadian aneh atau ajaib. Hidayah itu
petunjuk daripada Allah. Dan petunjuk itu sudah ada Allah sediakan
untuk kita. Cuma kita sahaja yang tidak mahu penerima petunjuk yang
diberi iaitu Al Quran. Apa buktinya Al Quran itu petunjuk? Chekidaut!
Nampak tak apa yang Allah beritahu? Al Quran ni pedoman bagi manusia. Tapi untuk kaum yang meyakini tentang Allah dan kekuasaannya pula, Al Quran ini adalah petunjuk dan rahmat. So, kamu pilih la sendiri kamu ni manusia atau kaum yang meyakini.
Saya hanya menyampaikan apa yang pernah diberithau kepada saya. Harap-harap bermanfaat entry ini untuk korang. Ayat-ayat yang tersilap tu harap dimaafkan. Itu memang kelemahan saya.
bagusnya entry ni...sy suka...sbb sy mmg tak suka org yg suka salahkan takdir & org lain...pastu skadar brpuashati dgn apa yang ada..mmgla kita kne bersyukur atas sgla nikmat & rzki yg kita dpt..tp tak bermakna kena stakat tu je...kita kne berusaha utk perbaiki hdup spy lbh baik dri sekarang...duduk goyang kaki kt umah je mana boleh kaya..eh aku nak kaya ye..haha..mstilah nak..dpt byr zkat & sedekah byk...hee
ReplyDeletesalam;
ReplyDeletemolek sungguh entri ini..kena dengan gayanya sekali...akupun kena tempias sekali.hahaaa!!.
entry yang bagus.. manafaat utk semua TQ
ReplyDeletemoga mesej ini memberi manfaat utk kita bersm...
ReplyDeletememang elok ingat-mengingati sesama kita...manusia mudah lupa...
ReplyDeleteInsyaAllah.. aku masih bersyukur dan redha dgan apa yg terjadi atas diri aku skrang ni.. tak ada nak mnyalahkan takdir @ sapo2..
ReplyDeleteBab hidayah tu mmg betul, lg2 kat malaysia ni..yg mana islam ditegakkan tnpa sekatan.
ReplyDeleteistilah blm dpt hidayah..adalah salah.
terasa juga sanubari ni seperti di robek... hehe.. kadang2 sebagai manusia kita memang mudah lalai... faktor takdir la jalan terakhir untuk menyedapkan hati sendiri.. tapi, orang sekeling juga berperanan untuk menguatkan semangat kita untuk menjadikan kita lebih yakin :)
ReplyDeletemooga2 buat panduan buat kita semua
ReplyDeleteharap sangat akak juga akan berubah untuk kebaikan.. peringatan untuk diri sendiri.. mesti menuntut rezeki itu...
ReplyDeleteassalamualaikum lyd...betul tu kita kenalah berusaha utk mendpatkn rezeki yg telah Allah tentukn utk kita mudah2ah segalanya akan berjln dgn lancarkan...:)
ReplyDeleteApa yang awak sampaikan sungguh bermanfaat bagi saya.
ReplyDeleteterima kasih ^_^
betul la tu. mmg nak salahkan benda je. tak kira la apa pun. mmg suka buat alasan kan? adeh...
ReplyDeleteramai yg tak sedar tapi memang betol..
ReplyDeleteentry yg bagus untuk panduan kita bersama....
ReplyDeleteAda bakat ganti Dato' Ustazah Siti Norbayah ni...hehe...good entry la sis!
ReplyDeleteEntri yg bermanfaat..Thx saling mengingatkan...
ReplyDeletehuhuhuhu... rasa cam trkena sikit.. moga sama2 lah kita berubah ke arah kebaikan...
ReplyDeletedulu2 lady selalu slhkan org... lady salah pun nak jugak kaitkan dgn org lain.. :P.. tu time kecik2 lah.. skrg dh ok slow2.. :D
ReplyDeleteYang baik itu dari Allah, jika berlaku takdir yang kurang baik ia adalah hikmah untuk kita membaiki kesilapan masa lalu...
ReplyDeletesbb tu kt kena sntiasa redha n trima dgn hati y ikhlas.. pgalaman lya y bermacam peseng dh ckp mbuatkan lya selama menerima setiap ujian mdtg.. sbb di akhirnya..pasti ada sesuatu hikmah y tsembunyi.. kdg2 time kt melaluinya..kt salahkan takdir.. tp bila diakhirnya..kt bsyukur pd takdir..
ReplyDeleteJika kita 'bersyukur dan redha' insyaAllah akan tiada alasan lagi..
ReplyDeleteNice sharing dear.. ;)
biasalah..tak dapat terima kenyataan.suka mnyalah kan sesuatu..
ReplyDeleteItulah perangai manusia. Bagus entri ini
ReplyDelete