Sejahteralah ke atas kamu.....
Saya meminati pelakon Nora Danish kerana dia sangat menarik perhatian dan comel dan berbakat dalam lakonan.
|
CLick gambar ni untuk direct ke entry Segmen Nora Danish. Mesti korang bangga kalo Nora Danish letak blog korang kat bloglist dia nanti. |
Tadi memula nak taip entry baru nak cite pasal benda lain. Tetiba nampak blogger
Little Lulu Cempaka ni promote
blog Nora Danish terus je terkancat tujuan asal nak cerita pasal ayam. Kehkeh. Kalau tak percaya, boleh tanya Mat Azghul betapa gila tomatonya saya dengan Cik Nora Danish yang comel mcm Barbie Doll ni [tapi lebih baik le korang takyah tanya. Better korang percaya je bulat-bulat apa aku ckp ni. Haha.]. Saya mula minat Nora Danish masa tengok dia berlakon dalam drama Ana Lulu [walaupun dia dah keluar dalam drama Puteri, tapi masa tu saya tak tengok plak drama Puteri tu, tak tau le nape. Mungkin sebab takde hero hensem kot dlm citer Puteri tu. Ceh.]. Comel nak gile Nora Danish ni pada pandangan mata dan hati saya. Eceh.... Rupa comel tu satu la kan. Tapi karektor dia tu. Sangat tersendiri, sangat comel dan natural. Lepas tu dia berlakon plak drama Tentang Dhia... ermhh... bertambah le minatnya saya kat nora Danish, siap join menangis sekali setiap kali Dhia menangis. Kemaruk betul. Cara Nora lakonkan watak Dhia tu membuatkan saya anggap dia betul-betul Dhia gadis kampung yang bertudung.
|
Bersih je muka masa ni. Nampak fresh sangat. |
|
Cantik baju putih nampak macam puteri. |
Nora Danish ada buat segmen kat blog dia. Sape bertuah ada la dapat review blog daripada Nora Danish. Seriously saya langsung tak harap jadi yang bertuah tu. Saya buat entry ni pun sebab excited nak share betapa hepinya saya bila dapat tau pasal Nora Danish ada blog jadi boleh la saya tau perkembangan hidup dia je. Lagipun saya tau Nora dapat baca entry ni, so ni la peluang saya nak wish Nora apa-apa. Korang takyah la jeles ye.
|
Jelas nampak Nora happy sangat masa ni. |
Wish saya kepada Nora, terus jalani hidup dengan happy. Semua dugaan yang dah Nora lalui selama ni, serta semua kesusahan dan kesedihan Nora, saya doakan akan digantikan oleh Allah dengan kebahagiaan yang jauh berganda-ganda juta-billion kali lebih besar dan bermakna selepas ni. Setiap titis airmata sedih Nora yang pernah jatuh selama ni, akan dibayar dengan oleh Allah dengan titis ketenangan. All the best Nora! Jaga diri ye. Cuba elakkan kontroversi untuk kebaikan anak Nora. Luv you Nora Danish!
Saya tag Makwe Kintan dan Cik Jannah.
kakak!
ReplyDeletejannah pon suka nora. ya amponn gebu betol lah dia. comel mcm barbie doll. semoga dia mendapat kebahagian dan rezeki yg mencurah.
kagum dgn dia..mampukah kita jadi setabah dia
ReplyDeleteciter Puteri je tengok..Tntng Dhia..tak penah lagi.
ReplyDeletewoaaa..ade nora danish la kat sini..ekeke..
ReplyDeleteaku pon minat nora gak lyd..paling best haritu citer yang nora jadi 'abg-abg'tu..lawak gila..
betul ke tu blog dia?bukan apa.twitter ngan Facebook pun orang leh menyamar...gambar-gambar boleh amik banyak tempat...akak sekadar bertanya je,takut tipah tertipu jer..akak pun minat Nora Danish...
ReplyDeleteCik jannah : Adik! Oleh sebab ko minat, akak dah tagged awk jugak. Hehehe.
ReplyDeletePen Biru : Itu la dia... Rasa mcm tak setabah dia kot.
Ujie : Ana Lulu tak tgk?
YM Bundle : Dia jadi abang-abang? Citer apa wei? Apsal aku tak tau? Ce ko bagi tajuk dia, aku nak tgk kot2 ada kat youtube ke.
Ummi arissa. Rasa mcm betul. Sebab tak tau la.. Agaknya la. Hehehe.
Suka ngan dia nie, kiyut bangat... Tp skang ni cekci sket la dia, hukk
ReplyDeleteTerima kasih.Nora dah baca
ReplyDeletememang cute giler la nora danish ne kn.. hehe
ReplyDeleteDoakan yg terbaik utknya termasuk semoga ktrampilannya menyerupai Dhia..
ReplyDeletesaya pn minat Nora jgk...huhuhu simpati dgn apa yang dia kna hadapi...moga Nora akn terus tabah demi anknya yg comel 2... :)
ReplyDeleteBetulke tu Blog Nora Danish,
ReplyDeletemacam peminat Nora Danish je yang buat....macam tak caya je..haha
aku tak berapa minat sangat ngan Nora Danish tapi cantik dan manis orangnya tu mmg tak dapat pertikaikan..hehe..
Smoga Nora akn mendapat hidayah dari ALLAH S.W.T dan memakai tudung @ menutup aurat sepenuhnya..baru nampak manis...btul tak @Lydsunshine?