Skip to main content

Siapakah Yang Bertuah Itu?

Sejahteralah ke atas kamu.....

Saya meminati pelakon Nora Danish kerana dia sangat menarik perhatian dan comel dan berbakat dalam lakonan.


CLick gambar ni untuk direct ke entry Segmen Nora Danish. Mesti korang bangga kalo Nora Danish letak blog korang kat bloglist dia nanti.


Tadi memula nak taip entry baru nak cite pasal benda lain. Tetiba nampak blogger Little Lulu Cempaka ni promote blog Nora Danish terus je terkancat tujuan asal nak cerita pasal ayam. Kehkeh. Kalau tak percaya, boleh tanya Mat Azghul betapa gila tomatonya saya dengan Cik Nora Danish yang comel mcm Barbie Doll ni [tapi lebih baik le korang takyah tanya. Better korang percaya je bulat-bulat apa aku ckp ni. Haha.]. Saya mula minat Nora Danish masa tengok dia berlakon dalam drama Ana Lulu [walaupun dia dah keluar dalam drama Puteri, tapi masa tu saya tak tengok plak drama Puteri tu, tak tau le nape. Mungkin sebab takde hero hensem kot dlm citer Puteri tu. Ceh.]. Comel nak gile Nora Danish ni pada pandangan mata dan hati saya. Eceh.... Rupa comel tu satu la kan. Tapi karektor dia tu. Sangat tersendiri, sangat comel dan natural. Lepas tu dia berlakon plak drama Tentang Dhia... ermhh... bertambah le minatnya saya kat nora Danish, siap join menangis sekali setiap kali Dhia menangis. Kemaruk betul. Cara Nora lakonkan watak Dhia tu membuatkan saya anggap dia betul-betul Dhia gadis kampung yang bertudung.

 Bersih je muka masa ni. Nampak fresh sangat.



Cantik baju putih nampak macam puteri.



Nora Danish ada buat segmen kat blog dia. Sape bertuah ada la dapat review blog daripada Nora Danish. Seriously saya langsung tak harap jadi yang bertuah tu. Saya buat entry ni pun sebab excited nak share betapa hepinya saya bila dapat tau  pasal Nora Danish ada blog jadi boleh la saya tau perkembangan hidup dia je. Lagipun saya tau Nora dapat baca entry ni, so ni la peluang saya nak wish Nora apa-apa. Korang takyah la jeles ye.

Jelas nampak Nora happy sangat masa ni.

Wish saya kepada Nora, terus jalani hidup dengan happy. Semua dugaan yang dah Nora lalui selama ni, serta semua kesusahan dan kesedihan Nora, saya doakan akan digantikan oleh Allah dengan kebahagiaan yang jauh berganda-ganda juta-billion kali lebih besar dan bermakna selepas ni. Setiap titis airmata sedih Nora yang pernah jatuh selama ni, akan dibayar dengan oleh Allah dengan titis ketenangan. All the best Nora! Jaga diri ye. Cuba elakkan kontroversi untuk kebaikan anak Nora. Luv you Nora Danish!

Saya tag Makwe Kintan dan Cik Jannah.

Comments

  1. kakak!
    jannah pon suka nora. ya amponn gebu betol lah dia. comel mcm barbie doll. semoga dia mendapat kebahagian dan rezeki yg mencurah.

    ReplyDelete
  2. kagum dgn dia..mampukah kita jadi setabah dia

    ReplyDelete
  3. citer Puteri je tengok..Tntng Dhia..tak penah lagi.

    ReplyDelete
  4. woaaa..ade nora danish la kat sini..ekeke..

    aku pon minat nora gak lyd..paling best haritu citer yang nora jadi 'abg-abg'tu..lawak gila..

    ReplyDelete
  5. betul ke tu blog dia?bukan apa.twitter ngan Facebook pun orang leh menyamar...gambar-gambar boleh amik banyak tempat...akak sekadar bertanya je,takut tipah tertipu jer..akak pun minat Nora Danish...

    ReplyDelete
  6. Cik jannah : Adik! Oleh sebab ko minat, akak dah tagged awk jugak. Hehehe.

    Pen Biru : Itu la dia... Rasa mcm tak setabah dia kot.

    Ujie : Ana Lulu tak tgk?

    YM Bundle : Dia jadi abang-abang? Citer apa wei? Apsal aku tak tau? Ce ko bagi tajuk dia, aku nak tgk kot2 ada kat youtube ke.

    Ummi arissa. Rasa mcm betul. Sebab tak tau la.. Agaknya la. Hehehe.

    ReplyDelete
  7. Suka ngan dia nie, kiyut bangat... Tp skang ni cekci sket la dia, hukk

    ReplyDelete
  8. Doakan yg terbaik utknya termasuk semoga ktrampilannya menyerupai Dhia..

    ReplyDelete
  9. saya pn minat Nora jgk...huhuhu simpati dgn apa yang dia kna hadapi...moga Nora akn terus tabah demi anknya yg comel 2... :)

    ReplyDelete
  10. Betulke tu Blog Nora Danish,
    macam peminat Nora Danish je yang buat....macam tak caya je..haha
    aku tak berapa minat sangat ngan Nora Danish tapi cantik dan manis orangnya tu mmg tak dapat pertikaikan..hehe..
    Smoga Nora akn mendapat hidayah dari ALLAH S.W.T dan memakai tudung @ menutup aurat sepenuhnya..baru nampak manis...btul tak @Lydsunshine?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...