Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Gigi Taring Bukan Hanya Untuk Fontianak Mahupun Fontibapak

Sejahteralah ke atas kamu....  Mende la nak cerita ari ni ye? Betul2 takde idea ni nampaknya. Bulan Mac ni paling jarang saya update blog. Ntah hantu malas apa yg merasuk diri saya ni. Prestasi menurun la begini... Semalam saya baca blog ni AcuYuhan . Baru je jadi pollower beliau semalam. Saya paling tertarik dengan entry tentang trend gigi terbaru di Jepun. Iaitu gigi taring. Aummmmm.... roarrrr.... Kalau kat US, gigi rata yang tersusun putih memang jadi pojaan. Saya sendiri pun selalu je jeles tengok orang yang giginya cantik tersusun sampai saya malu nak senyum nampak gigi. Di public pun saya malu nak bercakap banyak atau jawab soalan orang yang saya tak kenal. Ni semua sebab gigi saya sungguh berterabur sebab ada taring. Tapi kat Jepun lain plak. Derang sanggup bayar tau untuk dapatkan gigi taring. Ni jugak salah satu benda yang saya kagum dengan orang-orang Jepun. Derang memang ada identiti sendiri. Derang tak terpengaruh pun dengan trend daripada Barat. Dera...

Anjakan Paradigma!

Sejahteralah ke atas kamu... Zaman saya skolah menengah dulu, ada sorang kawan saya ni. Dia lelaki lembut, bukan lelaki kacak. Biar saya namakan dia Rizal [nama ini rekaan semata utk melindungi identiti watak sebenar]. Dia punya lembut tu sampai semua orang akan menambahkan sepatah lagi perkataan kepada nama panggilan dia menjadi Rizal Sotong. Saya tak pasti sama ada Rizal Sotong ni sentap ke tak dengan panggilan tu, tapi saya tengok dia macam redha je bila orang panggil dia sotong. Rizal ni pun kawan-kawan dia pompuan je. Jalan dengan pompuan. Gi makan dengan pompuan. Well... tipikal mat lembut la kan. Mana ada lelaki kacak nak kawan dengan dia melainkan gay. Tahun 2010, bila kawan-kawan sekolah menengah buat gathering, [ala, it's just like a small gathering je pun], ada la dalam 10 orang je yang datang. Tengah sembang-sembang tetiba muncul sorang lelaki kacak yang macho dan handsome. Tinggi, badan tough, muka sweet-sweet ala-ala akshay kumar. [akshay kumar tu sweet ke masal...

Facebook Story Bukan Cinta Muka Buku.

Sejahteralah ke atas kamu... Menurut website ini , pengguna facebook di Malaysia adalah 9.32 juta orang. Sangat ramai itu. Orang yang create akaun facebook dengan berbagai2 tujuan. Seperti saya, hanya untuk tujuan bersosial dengan kawan-kawan lama, jadi senarai rakan di dalam akaun facebook saya hanyalah terdiri daripada orang-orang yang saya tahu siapa mereka. Tapi ada jugak ramai yang ingin bersosial untuk mendapatkan kenalan-kenalan baru seperti lelaki kacak atau gadis cun. Jika yang begini, senarai rakan mereka boleh jadi terdiri daripada 'ntah sapa-sapa'. Sorry kalau ada yang terasa. Kita yang ada facebook ni, dengan bangganya akan list kan seluruh ahli keluarga kita termasuk in a relationship dengan siapa, engaged dengan siapa, kawen dengan siapa. Bercerai dengan siapa je tak tulis. Saya pun termasuk jugak dalam kategori orang yang suka nak list kan semua-semua ahli keluarga dalam facebook tu. Tapi kira okay lagi sebab fren saya adalah orang yang dikenali. Cemana p...

Tingkatan Tige Dulu Aku Cemana?

Sejahteralah ke atas kamu... Saya skolah menengah dulu dok hostel. Pilu woo... Dok hostel. Kena basuh baju sendiri tu yg paling penat nak buat. Iskk..isk..isk... Pastu jadi renggang dgn mak abah cedihnya. Masa dok hostel tu, macam-macam la kenangan yang ada. Yang saya nak cerita ni tentang kisah cinta munyit bersama lelaki-lelaki kacak kononnya. Saya yang tudung biru tu. Tudung ikat belakang hokey? Ko ada? Takde kan? Hehehe. Dulu saya kecik dan kurus macam Sharifah Amani. Sekarang je macam Syarifah Aini. Kuheh..Kuheh. Masa saya tingkatan 1, saya comel tau. Orang la yang kata. Saya tak rasa plak saya comel. Tapi takde plak lelaki kacak atau lelaki tak kacak yg minat kat saya masa tu. Saya rasa la. Hehehe. Saya jeles tau tgk kawan2 yang cun ada peminat lelaki yg kacak hantar surat nak berkenalan pastu mintak biodata derang. Pastu bestnya bleh tulis biodata macam ni; Nama Penuh : Siti Maya binti Karim D.O.B : 30 Februari 1980 P.O.B : Atas katil hospital. [bongok giler jawapan...

Kena La Berubah

Sejahteralah ke atas kamu.... Semalam saya masak nasik ayam. Resepi Che Mat Gebu hokey. Sangat sedap. Sila...sila.. silalah cuba masak guna resepi itew. ................................. Teringat perbualan saya dengan anak saudara saya, Amaluddin atau Amanuna. Amanuna tu adalah nickname yang dia sendiri bagi. Merepek dia tu. Umur dia 4 tahun. Suami saya tanya dia, "Amaluddin, maksu kurus ke gemuk"? Tanpa segan silu Amanuna jawab, "Maksu gemuk". Okay... takpe.. takpe... Kita anggap je budak-budak hanya akan pilih jawapan yang paling belakang bila kita beri dia 2 pilihan. Biasa la kan. Ntah-ntah dia tak faham pun soalan. So, kita tanya dia lagi sekali untuk mengonfirmkan. Kali ni saya pulak tanya... "Amaluddin, maksu gemuk ke kurus"? "Maksu gemuk maksu gemuk maksu gemuk....." [ and looping ] Amboi... makin seronok la suami saya gelakkan saya. Deng! .................................................. Tiba la saat yang ditung...

Kalau Dah Betul Tu Mengaku Dari Awal Kan Senang

Sejahteralah ke atas kamu... Bukan nak mengumpat, cuma nak berbincang je. Hahah. Dah dengar cerita kan Fasha Sanda akan kawen dgn lelaki kacak, Jujai? Dulu masa Nora Danish kata derang ada hubungan, masing2 tak mengaku. Pastu sekarang bila interview, Fasha kata 'kami dah lama bercinta'. Lama tu sejak bila kan? Macam tu jugak lelaki kacak, Norman Hakim dgn Memey. Masa Abby Abadi kata dierang ada scandal, masing2 tak ngaku. Derang kata hanya bekerja bersama. Tiada hubungan yang lebih daripada majikan dan pekerja. So, sekarang dah kawen pun. Tak lupa juga lelaki kacak Akil HayHayByeBye dengan Waheeda. Mula-mula tak mengaku, tapi akhirnya berkahwin juga. Last skali pasal lelaki kacak Khairul Fahmi dgn Dahlia Teck. Mati-mati tak mengaku tu. Hubungan adik dan abang la konon. Tetiba bukan main sakan bercinta. So, apa semua ni? Saya bukan kesah pasal derang nak bercinta ke, nak kawen. Tapi tolong le takyah jadi penipu sangat. Tak baik betul mainkan perasaan orang. Tak pasal-...

Apa Yang Kau Baca?

Sejahteralah ke atas kamu... Korang dah tengok filem Hantu Dalam Botol Kicap? Best tak? Best tak? *tanya dengan nada kepoh gile si khinz*. Masalahnye, ada ke orang nak tengok citer tu???! Owh, mestilah ada. Kalo tak mana mungkin film producer nk buat citer yang penuh nilai-nilai murni dan membina minda seperti itu ye dok? Kalau pasal betapa berlambaknya drama dan filem seram kat Mesia ni, kita memang dah tak perlu bincang lagi. Sebab memang sudah terang lagi bersuluh yang produk-produk filem kita memang menghala ke arah kehantuan, kesyaitonirrajiman dan kebomohan. Saya pasti kita semua dah tepu nak terima lagi genre begini. Tapi apa yang kita bleh buat pun? Komplen banyak-banyak pun nanti geng-geng producer pasti ada jawapan putarjaya derang. So, terpaksa la kita biar je genre seram ni menguasai screen tv umah kita. Dh nak sangat buat cite seram kan? Haaah... Buat! Buat le sampai gangren. Saya dah merelakan semua tu. CUMA.... Chey, setiap ayat mesti ada cuma atau tapi. Tak thril...

Tak Verafe Fendek La Sangat

Fendek itu maksudnya pendek. MUktamad. Sejahteralah ke atas kamu. Tengahari tadi... Airmata saya laju mengalir. Hati saya cukup sebak sampaikan tak dapat tertahan untuk menangis. Biarlah orang nampak. Biar Ijan nampak. Biar Ida nampak. Yang pastinya saya tidak dapat menyembunyikan lagi kesedihan saya untuk kali ini. Bila Ijan bertanya kenapa, saya kongsikan dengannya dan juga Ida, sebabnya saya terlampau sedih. Mereka faham. Mereka juga bersedih, cuma tidak menangis cengeng seperti saya. Ye. Saya memang sangat2 cengeng. Kalau tidak, takkan saya dapat anugerah 'adik paling kuat menangis dalam keluarga' kan? [What? Ko tak tahu apa itu cengeng? Meh sini aku jawab sambil pulas tinger ko, cengeng itu maksudnya manja kuat menangis.]. Ida dan Ijan beransur pergi membuat urusan masing-masing. Saya sendirian. Sisa-sisa tangis saya tadi masih tertinggal di suara saya. Saya terus rasa nak telefon mak. Nak bercakap dengan mak untuk meluahkan rasa sedih tu. "Hello. Assalamua...

Semua Manusia Adalah Berpotensi Jika Diberi Peluang

Sejahteralah ke atas kamu... Ramai betul students skolah yang dapat result cemerlang dalam exam besar cam UPSR, PMR, SPM dan STPM sekarang kan? Cerita pasal pelajar yang dapat result gempak ni penuh satu surat khabar 20 muka surat. Kekadang sampai terconfius, cemana le derang ni belajar. Mak ayah derang bagi makan apa la sampai jadi pandai cenggitu. Boleh score 20As. Dalam ramai-ramai students yang berjaya tu, saya selalunya tak heran sangat dengan pelajar cemerlang kalau mereka adalah anak kepada orang-orang berjaya dalam hidup atau senang cakap, anak orang kaya. Tak heran itu maksudnya tak la rasa kagum yang sampai boleh dijadikan tauladan. Bukan tak boleh langsung, tapi tak berapa feel la dekat anak orang kaya yang cerdik dan dapat keputusan cemerlang. Sebabnya.... Mereka memang ada peluang untuk menjadi cemerlang. Mereka makan makanan terbaik. Yang penuh khasiat. Sel-sel otak mereka pun cepat berhubung sejak kecil. Pakaian mereka yang terbaik. Dijaga rapi. Malah tak pernah rasa pun...

Exclusive Giveaway by Niena Sofea

Sejahteralah ke atas kamu. Tagged by Shahida Shida. Give away ni ada 50 sponsor. Saya rasa kalau cerita panjang pun tak menjamin dpt menang, sbb pemilihannya random. So, ini je la. Saya tag : Safiyya Aleesya dan Cik Jannah

Kamu Ini Very Annoying Lah!

Sejahteralah ke atas kamu. Saya sangat kerap lambat sampai ke ofis. Ini semua sebab saya memang susah bangun pagi. Alarm henfon bunyinya sangat la slow. Mungkin saya patut cuba gunakan lagu The Flight of The Bumble Bee by Maksim kot. Lagu yang dimainkan menggunakan piano yang sangat-sangat bising serta cemas bunyinya. Henfon suami saya pun set alarm jugak. Tapi biasa la. Kalau dah namanya liat nak bangun pagi, alarm berbunyi pun dia snooze kan je memanjang. Grrr.. Apa nak jadi la budak 2 org ni. ['budak' sangattt... haha]. Setiap bulan kami berazam untuk awal bangun pagi sama-sama, then sarapan pagi sama-sama. Selain daripada boleh mengelakkan gastrik, silaturrahim juga semakin erat. Rezeki juga mudah nak masuk ye tak? Tapi, azam tu hanya sekali sekala je kami berjaya capai. Kalau hari ni bangun awal, esok, lusa, tulat, tubing, tonggeng, totek, punek semua bangun lambat. So, saya bercadang nak beli alarm clock plak. Tapi bukan sebarangan. Ini alarm clock yang paling anno...

Dr Seuss : The Lorax Movie Review

Sejahteralah ke atas kamu itu... Filem Dr Seuss : The Lorax ni saya tonton pada Jumaat lepas [2 Mac 2012] di Mid Valley. Saya dapat 2 pas percuma daripada Nuffnang. Mekasih Nuffnang! I like yu oll many-many more lah! Last time masa dapat invitation untuk tgk Puss In Boots Premier Screening saya tak perasan email tu, so melepas la nak tgk free. But this time.... aha.. takkan melepaskan peluang lagi. Filem ini adalah filem animasi. Saya sebenarnya bukanlah a big fan of citer katun. Tapi bila saya tengok filem ni, hati saya cair. Melting. Comel sangat! Filem ni agak santai dan sangattt sesuai untuk tontonan kekanak. Lagi best, semalam saya dapat tgk version 3D. Sangat awesome! Suasananya warna-warni boleh beri mood ceria untuk orang-orang yang penat bekerja. Macam saya katakan mula-mula tadi, filem ini sangat comel. Sampaikan watak nenek dan watak orang jahat pun comel. Okay okay. Saya dok cakap comel la, best la, osem la, tapi tak cerita plak filem ni berkenaan apa kan? Let me. Fokus ye....

Beberapa Perkara Yang Membuatkan Saya Sedar Selepas Dirompak

Sejahteralah ke atas kamu.. Rindunya nak blogwalking. Tapi broadband ni sungguh slow, sampai nak buka blog yu oll semua pun dah dapat. Mungkin dah exceed limit kot. InsyaAllah kalo berokbeng ni dah sihat skit nanti, akan ku jejak korang semua seperti biasa. *berokbeng = berok yang ditambah ais seperti teh beng. Selepas kejadian pecah amanah rumah minggu lepas saya tersedar beberapa perkara yang sebelum ni saya tau tapi terlupa; 1. Jangan rasa rumah kita tak mungkin orang dapat masuk walaupun dah berkunci segala macam jenis kunci. Berbaik sangka itu bagus, tapi berbaik sangka dengan pencuri adalah sia-sia. Pencuri ni, kepala otak dia bergeliga. Kita mungkin tak terfikir pun macamana kunci rumah kita tu boleh dipecahkan tapi pencuri fikir. Dah itu profession yang dia pilih kan? Mesti la mahir. So, walau kamu rasa seselamat mana pun rumah kamu.... kamu masih perlu sentiasa berhati-hati, berotak-otak, berjantung-jantung, berparu-paru dan berbuah pinggang. (boo!!! tak kelakar). Kesilapan s...