Skip to main content

Beberapa Yang Ringkas

Sejahteralah ke atas kamu...

RIngkas 1 :

Setiap hari saya masak nasik utk suami saya untuk dia bawak bekal pergi ofis esok harinya. Kalau saya masak malam ni, bekal tu utk tengahari esok. Dia tak makan nasik di rumah. Hanya untuk bawak bekal. Semalam, on the way balik rumah, saya singgah beli ikan nak masak asam pedas. Sampai rumah terus bersilat nak siapkan asam pedas dan sawi goreng. Dalam jam 7 lebih sebelum orang azan Maghrib selesai masak. Pagi ini.... tetiba baru saya teringat yang saya masak lauk je semalam. Aku lupa nak masak nasik. Heheh. Makanya... Pandai2 le beli ye suami..



Ringkas 2 :

Kat area KL Sentral ni sangat banyak zebra cross untuk pejalan kaki. Ada sekali tu, masa saya berhentikan kereta untuk beri laluan kepada pejalan kaki, saya ternampak ada sorang bangla/pakistan/nepal/taktau bangsa apa tengah lintas jalan sambil menundukkan badan dan tangan ke depan macam cara kita berjalan depan orang yg lebih tua sebagai tanda hormat. Dalam hati saya, 'sopan gila nko ni baiya'. Ada jugak org cenggitu.

Comments

  1. Ringkas 1- adoiii camne leh lupa masak nasi ni..kesian husband akak kena beli jer yer hehehe..

    Ringkas 2- lawak arr terlau sopan sampai nak melintas jalan pun nak buat cenggitu..ataupun bangla tu sakit pinggang kot hahaha

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...1-mcm mana boleh lupa nasi tu yer tapi x apa beli nasi jer kot...

    2-terlalu sopan atau ada yg lain...berprasangka baik jer la kan...:)

    ReplyDelete
  3. 1- alang2 dah nak kena beli nasi,baik beli lauk sekali..ye dak suaminye.
    2-baiya tu ingatkan org tua yg bawak kete tu agaknya..

    ReplyDelete
  4. akak selalu terlupa tekan periuk nasi..nak mkn nasi x msk

    baguslah dia ada sopan santun klu buat camtu

    ReplyDelete
  5. safiyya aleesya : mana hilang? lama tak nampak.

    masszull : nasib baik lupa masak nasik je. kalo lupa masak lauk sekali, lagi kesian. Ha ah.. bersangka baik je.

    Adam Malik : uiks... lauk takleh beli.. kena makan yg saya masak jugak. biar dia terbiasa dgn air tangan saya wp tak sedap mana. hehe.

    KakInaKL : Saya bukan setakat lupa nak tekan. Beras pun tak masukkan dlm periuk. tapi saya pun selalu gak mcm kak ina. Lupa nak tekan. Beras siap kembang bleh jadi bedak sejuk dah.~propa.

    ReplyDelete
  6. tak hilang laa kak..kalau hilang akak kena buat report polis suruh cari saya tau heheheh

    p/s: seminggu dua ni keje banyak kat ofis..jadi bila dah perah tenaga buat keje tu yang buat mood berblog jd kurang tu..penat!!!

    ReplyDelete
  7. Eh dekat sini mmg budaya tunduk hormat. Saya pun dah terbiasa kalau org bg jln, jumpa org atau apa2 lah mmg akan tunduk secara automatik dlm kete pun mcm tu mesti tunduk kepala tanda hormat kat org. Hehe.. Silap2 kat msia sya buat gitu kene gelak agaknya. Tp mmg dah terbiasa pulak esp bila ucap terima kasih. Hehe..

    ReplyDelete
  8. Safiyya ; aka dah buat report polis dah pun. Keke.

    Asmara : Budaya jepun memang superb. Saya sgt kagum dgn org jepun. Takpe la kalo As nak buat macam tu kat Msia. Apa salahnya bawak budaya hormat yg baik.

    ReplyDelete
  9. bgsnye die.. mgkn die cube prektiskn ape yg org ajr kt die.. hihi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...