Skip to main content

Makanan Paling Pelik dan Menjijikkan Di Dunia. Durian Termasuk Sekali?

Sejahteralah ke atas kamu...

Mengada-ngada orang putih ni. Padahal buah durian tu sedap apa. Busuk la konon. Chaitt!! Ni adalah di antara senarai makaan-makanan yg dirankingkan sebagai paling pelik dan menjijikkan di dunia. Sumber : Uphaa

Yang tang durian ni saya memang tak setuju. Sebab buah durian adalah sumber daripada alam. Pastu tidak diubah atau ditambah apa-apa pun.




Ini adalah rotten cheese cake. Atau cheese kek yg dah busuk pastu berulat. Cheese plak diperbuat daripada susu kambing. Korang ni melampau. Kot ye pun lapar, jgn le sampai makan benda-benda kotor.




Yang ini korang kenal kan? Kopi taik musang atau Luwak Coffee. Enzim daripada perut musang civet boleh menguraikan protein di dalam biji kopi untuk mengurangkan rasa pahit pada kopi tu. Mcm halal derang ni. Pengotor nak mampus.





Wain anak tikus ni adalah tonic kesihatan tradisional bagi orang -orang di negara China dan Korea. Dengar citenye, minuman ni rasa dia mcm gasolin. Diperbuat dengan memasukkan anak-anak tikus yg baru lahir dan belum buka mata ke dalam botol wain beras masa tengah idop-idop. [Orang-orang China percaya, bahawa penderaan itu akan menambahkan lagi perisa kepada wain tersebut]. Memang geli kuasa 16.





Yang ni plak ikan busuk yang ditinkan, namanya Surstromming. Makanan orang-orang Sweden. Cara buat dia... tangkap ikan masukkan dalam tin pastu dibiarkan membusuk untuk jangka masa yg lama. Pastu bolehlah dimakan dengan lahapnya. Tapi ini mungkin lebih kurang macam ikan pekasam la kan. So, tak la pelik sgt.

Ini plak namanya Escamoles. Iaitu telur semut hitam yg besar dan kalau gigit sakit tu. Crazy. Telur semut plak nak makan. Yeww...

Comments

  1. Salam,
    macam nak dimakan kononnya ubat badan..kenapa diorang tak makan taik manusia je mungkin lebih berkhasiat..

    ReplyDelete
  2. Salam..
    bagi diorg, makanan kita pn ada juga yg pelik2 cth..ikan pekasam, budu, cencaluk, belacan..

    ReplyDelete
  3. haiiya..ank tikus pun dimkn.meh sini datang sawah ucu..byk tikus mondok lagi best...

    ReplyDelete
  4. Yusuf : itu la.. padahal makanan yg nak menyihatkan badan tu bleh jadi mudarat.

    idaman : mmg pun. Makanan melayu pun byk yg disgusting gak. Tapi sedap. hahah.

    ReplyDelete
  5. huu durian tu keluarkan..tak sesuai taw..sedap ape..

    ReplyDelete
  6. haa,..durian tu mmg tak setuju...ia mmg diciptakan sebagai makanan

    ReplyDelete
  7. durian tu tak patut lam senaraikan...;d../met pagi..salam kenal..;d

    ReplyDelete
  8. kt negara mat salleh kn xde durian.. tu yg dieorang xsuka durian... hehe :)

    ReplyDelete
  9. geli betol nak makan makanan camtu..tapi durian tak patot disenaraihitamkan...durian sedap...!! yummy..

    ReplyDelete
  10. durian xde kene mengenakan! ntah apa2 la omputih nih. huhu..

    ReplyDelete
  11. yang ank tikus dlm wain tu mmg bueeeeeeeeeeeeeeeeekkkkk...kembang tekak aku....bueeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkk...
    tapi duriaan tu tolong ye...durian bes..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...