Skip to main content

Haa.. Kan...

Sejahteralah ke atas kamu.

Ahad. Berada di Kuantan. Nak makan keropok kat Tanjung Lumpur. Suami drive. Air-cond keta rosak. Tingkap kami turunkan. Telefon beliau bunyi. Beliau jawab panggilan itu semasa tengah nak corner daripada depan Pejabat Pos Besar Kuantan menghala ke traffic light Tg Lumpur [sambil jawab tepon].

Ada 1 motor scrambler. Lalu sebelah kereta kami. Org yang bawak motor tu buat isyarat tangan guna jari telunjuk yg saya faham sebagai, "no...no..no...".. Saya sengih-sengih je. Suami plak tak perasan apa yang penunggang scrambler itu buat.

Selepas suami tamatkan perbualan telefon, penunggang motor scrambler itu bawak motor dia ke sebelah saya pulak dan berkata, "Janganlah guna telefon". Kemudian dia bergerak ke sebelah suami saya pula dan cakap lagi, "jangan guna telefon masa memandu. Kena ikut peraturan. Siapa-siapa pun boleh tegur. Orang awam pun boleh tegur.". Saya sengih kerang. Suami saya lagilah sengih tiram. Nak cakap banyak pun tak guna. Sebab memang beliau salah pun kan?

Tapi kami memang salute dengan orang yang tegur tu. Dia berani tegur. Nahi mungkar. Nampak tak? Dan kami pun menerima teguran seadanya. So, Baybee.... Buat la selalu yer. Bertelefon semasa memandu. Kekeke. Haa... kan dah kena sound direct.


Comments

  1. Salam;
    Bagus la mamat tu..tegur menegurkan amalan mulia,lagipun siapa yang tak melakukan kesilapan yang penting kita rela ditegur.

    ReplyDelete
  2. ha kan dah kenaa..

    saye tak tahu sape la kan kak..mase sekolah dulu..selalu cakap macam ni,
    "ambik nak sangat, ambik taik buat pengat..."

    saye rasa ina kot? hahahhahahah..

    ReplyDelete
  3. Yusuf : Mmg baguih mamat tu. Tp rasanya dia pun otai gak kot. Jenis yg kalo org melawan dia tegur tu bleh kena pukul org tu. Kalo tidak takkan dia berani menghadapi risiko kan?

    Qu Taq : Batch korang akak tak pasti, tapi kalo batch akak memang konfem saadiah. Hahah.

    ReplyDelete
  4. anak sapa la ckp phone masa bawa kete..9mcm la aku tak penah buat kn)
    ..dd..aku ke..aku gelak guling2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...