Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu... Tak tau la siapa yang mencipta istilah Blog-walking ni, yang pasti aktiviti ini adalah sesuatu yang saya memang tak suka nak buat. Apa blog-walking ni? Persoalan ni bagi bloggers tegar yang memang dah otai gila khinzir, memang tak patut ditanyakan lagi. Tapi bagi budak baru belajar, meh sini saya nak ambil galah dan tolong jolokkan buah cempedak di luar pagar tu. Blog-walking ni adalah kamu berjalan di atas blog orang lain. Caranya, kamu letak screen notebook /monitor kamu di atas lantai, dan berjalan setempat di atas monitor tersebut kamu lawat blog orang lain dan baca dan tinggalkan message kat shout box dia dengan ayat-ayat default seperti, "SInggah sini", "Jalan-jalan kat blog ini" dan bla..bla..bla.. Saya sebenarnya nak bitau bahawa... saya tak tau kenapa saya malas sangat nak blog-walking. Banyak kali saya cuba untuk blog-walking, baca entry then 2,3 blog je saya dah fed up. Nak kata blog tu tak best, tak la jugak. Ok je saya tgk....

Macam-macam Jenis Kegagalan Dalam Hidup

Layan je la ye. Servis kedai tayar yang gagal. Amaran yang gagal. Jabatan Kerjaraya yang Gagal. Kalo en Stormpong buat saya macam ni nanti, jaga la dia.. Sungguh kreatif. Tapi bleh selamat ke keta ni kalo hurricane datang melanda? Wakakaka.. Sape je yg berani nak berhenti kalo dah nampak kat tangan tu ada kapak?? Huhu.. Kang saje je kena kapak walaupun berniat baik nak tolong tumpangkan. Sian lembu nih. Comel je tersangkut benda tu kat kepala. Memang sungguh inovatif. Yang ni paling kelakar.

Buat Aku Tersenyum..

Sebenarnya bukan tersenyum dah.. Tapi gelak besar pun. Ada orang tu... Saya mengadu kat dia "Awak, semak betul otak saya.." pastu dia jawab, "Tenang-tenang je... Jangan la semak...nanti keluar daun kat telinga..".... Masa tak faham tu rasa mcm nak marah... Tapi bila dah faham... hahahah.. Aihh.. En Stormpong ni.

Akan Hilang Melayu Di Dunia Nampak Gayanya

Sejahteralah ke atas kamu... Dah lama saya nak bangkitkan hal ni. Cuma kadang-kadang terlupa. Biasa tak, kita masuk meeting atau join perbualan yang mereka cakap omputih sesama sendiri? Padahal yang bercakap itu semuanya Melayu. Cakap omputih berhabuk.. Fuhh... Fuh... Kenapa tak cakap melayu ye? Padahal kamu sesama Melayu je. Dah pasti semua orang akan faham bahasa Melayu. Kalau hanya beberapa ayat atau perkataan tu masih boleh diterima. Sebab mungkin ada sesetengah perkataan yang tidak sesuai untuk dialihbahasakan. Terutamanya bagi terms ICT atau financing. Ini, seluruh perbualan adalah di dalam bahasa omputih. Hebat anak Melayu ni kalo bab-bab mengagung-agungkan bangsa lain. Yes, saya faham... bahasa inggeris itu sangat penting. International language la katakan. Macamana kita nak maju kalau tak faham bahasa inggeris ye tak? Dan mcmn kita nak mahirkan bahasa inggeris kita kalau kita tak berlatih bercakap walaupun dengan kengkawan sesama Melayu betul tak? Jadi, kita pun dok bersembang...

Siapa La Aku Nak Bercakap Tentang Pentadbiran Negara

Sejahteralah ke atas kamu.. Kalau kamu tengok berita kat TV sejak akhir-akhir ni, mesti akan perasan isi kandungan berita tu lebih menjurus kepada ekonomi yang dispesifikkan lagi kepada perkataan 'subsidi'. Mcm dah 2,3 hari ditayangkan temubual dengan pakar ekonomi luar negara untuk mengulas tentang isu subsidi. Lepas tu pakar ekonomi tu plak menyaiko kan kita semua dengan menyatakan subsidi ni kalau kerajaan kurangkan, akan meningkatkan ekonomi negara. Pastu pakar ekonomi tu bagi contoh negara dia sendiri. Tak silap Russia. *Kalau tak silap la. Saya dah lupa. Malam sebelum tu pun ada juga slide presentation yang ada animation-animation tu untuk ceritakan pasal subsidi bla..bla..bla.. Lepas tu, semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri dah umumkan bahawa minyak tak jadi naik sebab kerajaan fikirkan tentang rakyat. [Huyoohh....memang bagus kerajaan ni. Sapa tak sokong kerajaan ni mmg rugi besar la dlm hidup. Ish..ish..]. Kemudian menteri kata, demi rakyat, kerajaan sanggup menang...

Human Body Through X-Ray

Saja nak share degan kengkawan gambar-gambar yang cool, cooler coolest ini.. Ini gambar tengkorak mu. Ini sistem pencernaan. Nampak tak saiz perut kat belakang usus tu. Kecik je kan. Tapi yang hebatnya, kalau manusia melantak banyak-banyak, bleh plak disumbat lagi dlm perut yg kecik tu. Ish..ish.. tak baik aniaya perut sendiri tau. Penat dia nak proses macam-macam makanan yang korang makan. Yang ni saya mcm tak tau hape ke benda. Salur darah kot. Atau pun saraf. Aaahah!! Ibu mengandung. Ini pulak otot-otot badan manusia. Dan ini pula keadaan tulang. Tapi dalam banyak-banyak, yang ini la yang saya paling suka. Kehkeh... Hormon ehem..ehem...

Wedding Preparation Progress

Sejahteralah ke atas kamu. Pasal kawen lagi. Harap maklum. Lagi 10 hari lagi. Tapi banyak benda saya belum siapkan. Baju akad nikah saya baru siap jahit manik yang buruk nak mampus, semalam. Hancur sungguh rupa baju pengantin saya. Aduh... Tapi what ever la. Malas nak fikir dah. Kalo buruk pun biar je la. Saya pakai selendang panjang2 untuk tutup baju tu. Padan muka dia. Jadi, malam ini... saya akan pulun buat hantaran plak. Ada 9... huuuhuuu... Harap-harap sempat le disiapkan dalam masa 2 hari. Saya akan mula balik kampung Isnin depan [30hb 5], jadi, kalau boleh saya nak siapkan semuanya sebelum balik kampung. Rasanya kalau dah sampai ke kampung tu karang, banyak plak keja lain nak dibuat. Cincin pun belum beli lagi. Nnt dah balik Kuantan Bandar Kita baru nak pegi beli cincin dengan Kekanda Stormpong ku itu. Bunga telur? Eeii.. fed up nak fikir. Rasa nak campak je sebab boring nak buat. Hahaha.. Memang aku beli jugak le nampak gayanya nanti. Sekian. Wassalam.

Kad Kahwen Saya

Sejahteralah ke atas kamu... Saja nak share walaupun takde kena-mengena dengan hidup korang. Lagipun, dah ramai yg dah tengok kad kawen saya ni. Tapi nak jugak letak kat blog. Alalalala... Kad ni, dipilih oleh En Stormpong. Tapi tak tau la dia pilih yang ni sebab dia memang betul-betul suka kaler ni, atau sebab dia tau saya suka pink jadi dia pilihkan dulu apa yang dia rasa saya akan suka. Tak kisah la. Kad pun dah printed, dah siap diedarkan pun. Jadi, sesiapa yang kenal saya dan belum dapat kad, sila ingatkan saya ye. Mungkin saya terlupa, maklumlah... umur saya ni dah lanjut. Lagipun saya selalu makan semut buat ulam dgn nasik. Kuheh kuheh. Peta pun ada. Ini adalah peta kad kahwin untuk ke Sungai Lembing. [*Promote kampung sendiri. Heheh] Peta canggih ni abang saya buat tau. Hebat tak? Hehehe.. Walaupun warna dia tak matching dgn warna kad saya yang kaler pink tu, tapi takpe... yang penting jelas.

Troli Kayu. Dah Lama Tak Jumpa

Sejahteralah ke atas kamu... Tengahari semalam saya kuar pergi Jalan TAR untuk beli beberapa barang kat kedai Bunga Reben. Dengan muka selamba ya-ya tapi ada sedikit kekesalan dan rasa berdosa, saya masuk ofis semula jam 3 ptg. Huhu.. Apa ko ingat hari tu hari Jumaat? Rehat lama? Sorry sket. Semalam hari Isnin tau tak?? Tengahari tadi pula, saya kuar lagi pergi The Mall plak. Nak survey souvenir untuk dijadikan doorgift utk kengkawan rapat yg dtg majlis kawen saya nanti. Saya survey kat Hot Market. Erm.. kira ok la jugak. Banyak barang-barang kaca yang boleh dijadikan cenderahati. Harga plak, dari RM1 ke RM5. Dah la murah, beli 1, percuma 1 plak tu. Ish..ish..ish... baik sungguh hati tokey Hot Market ni. Saya beli gelas kaca tadi harganya RM1, percuma 1. Kehkeh.. Nasib korang la kawan-kawan aku... Sebab kawan kamu ni semekin. Tak mampu nak bagi doorgift yg gempak-gempak seperti Pendrive yang built in sekali dengan pen menulis dan ada laser pointer untuk presentation plak. Huhh.. Canggi...

CELCOM COOL!!!

Sejahteralah ke atas kamu,... Kali ni saya nak promote Celcom New XPax kat korang. Sape yg dah lama pakai Celcom Prepaid, saya cadangkan supaya tukar plan kamu kepada new XPax ni. Nama dia X2. Jimat. Murah. Betul-betul ni. Tak ada agenda tersembunyi atau cas tersembunyi pun. Sila lihat iklan ini... Saya dah tukar dah semalam. Dan kadar baru XPax ini memang sungguh jimat. Bertukarlah sekarang! Cheywah! Cuba la kira sendiri... 10 minit harganya 28 sen je. Katakan kamu nak bersembang 1 jam, maksudnya 60 minit. Jadi, 28sen x 6 = RM1.68 saje. Wowwww... Murahhhhhhhhhh.... X2 ni dah dilancarkan 1 April baru-baru ni. Jadinya sesiapa yg beli SimPack Celcom selepas 1 April dah memang otometik X2. Dan bagi pemilik XPax lama yang nak tukar plan, boleh ikuti langkah-langkah berikut... 1. Send SMS MIG X2 ke 28882. 2. Tunggu reply. Nanti Celcom akan kata RM5 akan ditolak utk migrate plan ni. 3. Lepas tu reply MIG YES ke 28882. 4. Tadaaaa... Dah bertukar. Atau satu lagi kaedah; 1. Dial *118#. 2. Reply...

Versi Mini, Versi Besar

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE Jika kucing itu versi mini, maka harimau itu adalah versi besarnya. Jika ayam itu versi mini, maka ayam belanda itu versi besarnya. Jika cacing itu versi mini, maka ular itu versi besarnya. Jika cicak itu versi mini, maka biawak itu versi besarnya. Saya hanya nak ajak kamu berfikir hanya sedikit sahaja tentang keindahan dunia ini... Ciptaan-ciptaan...

Tolonglah Jangan Gedik.

*Nota : Oleh sebab entry ini adalah entry mengutuk, maka saya menggunakan kata gantinama ‘aku’, baru la nampak brutal ‘makan budok’. Korang bosan tak mcm aku bosan? Atau aku sorang je dalam dunia ni yang bosan dengan reality TV? *Kalo diikutkan, ada berlambak jenis reality TV. Bertanding memasak, buat kelakar, menari terkinja-kinja, menjahit, orang gemuk nak jadi kurus, nak pilih pasangan hidup dan ntah hapa ke pesen lagi, tp untuk entry ni kita fokus kepada pertandingan nyanyian je la ye. Sebab pertandingan nyanyian je yang paling kencang sekali dianjurkan oleh semua stesen TV yang ada kat Malaysia ni. Yang paling membanggakan... pertandingan ni diadakan untuk semua peringkat umur plak tuh. Daripada kanak-kanak, remaja dan warga emas pun ada. Haihh... Nekkk... Batu nisan dah memanggil-manggil, takkan masih nak tergedik-gedik lagi atas pentas. Kenapa aku bosan? Huyohh,... Bestnya nak jawab soalan ni. Berbaldi-baldi rasanya idea aku nak mengutuk reality show ni. Bagi aku, reality ...

Saya Tak Mengumpat, Hanya Bercerita Tentang Perkara Yang Benar Saja.

Sejahterlah ke atas kamu... Manusia memang suka mengumpat. Tak kira lelaki atau perempuan. Yang lelaki, bila mengumpat taknak mengaku mengumpat, tapi mereka panggil mengutuk. Yang perempuan pulak, bila mengumpat juga tidak mengaku mengumpat tapi mereka panggil perbuatan mereka itu 'menceritakan hal yang benar'. Padahalnya... tak kira la apa jua nick name yang kamu nak bagi kepada perbuatan itu, nama sebenarnya tetaplah mengumpat. Faham? Di ulang! Mengumpat! Apa mereka ingat kalau mengumpat berdosa, jadi mengutuk itu tidak berdosa? Dapat pahala? Haaa... Fikir la. Mengumpat itu... adalah apabila kamu berkata sesuatu keburukan yg benar tentang seseorang di belakang mereka dan jika perkara tersebut di dengari oleh orang yang kita mengata itu, mereka akan bersedih hati atau sakit hati atau kecewa. Memang betul pun, kamu cerita 'tentang perkara benar', tetapi itulah yang sebenarnya mengumpat. Dan jika kamu berkata sesuatu keburukan yang tidak benar tentang seseorang pula, mak...

Dia Ingat Dia Bagus??

Sejahteralah ke atas kamu... Saya sekarang ni dalam proses nak mengedarkan kad-kad jemputan kawen kepada semua staff EsesEm yang saya kenal atau yg saya kenal gitu-gitu je. Tak kisahlah mereka akan dtg atau tidak. Asalkan saya telah menjemput mereka. WalimatulUrus kan wajib dipenuhi kalau tiada aral melintang. Huhu. Kalau nak edarkan kad-kad tersebut kepada mereka, sudah tentulah saya perlu pergi tingkat ke tingkat sebab ada banyak Bahagian[Division]. Ada satu division ni, saya cukup ketar lutut nak pegi. Sebab big boss dia garang gila. Kalah raksaksa. Bukan apa.. Ada satu sejarah pernah berlaku di antara saya dengan big boss division tu. Kisahnya macam ni... Masa mula-mula saya ditukarkan ke HQ dulu [ofis kat De Mol], saya ditempatkan di Helpdesk. Sepatutnya saya bagi support by phone je, tapi ada satu hari tu, technician saya semua takde di tempat kejadian, jadi saya terpaksa cover mereka bila ada masalah yang urgent. Saya dapat panggilan telefon daripada salah seorang staff dari div...

Yey! Dapat Check!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Ingat lagi tak dengan entry saya tentang Cara Untuk Dapatkan Duit Melalui Internet ? Kalo tak ingat pegi baca balik, cepat! Sekarang! :D. Semalam tak sia-sia saya check peti surat, walaupun kat tangan penuh barang, pastu dah maghrib plak tu [Mek garib sungguh aku ni huhu], sebab surat yang saya tunggu-tunggu dah sampai. Iaitu paycheck daripada Global Market Test untuk point yg telah saya redeem bagi survey yang telah saya lakukan sebelum ini. Saya redeem 1000 points dan mendapat US$50. So, kalo ada sesapa yg nak tau berapa, darab sendiri dengan currency US Dollar. Bukan amount tu yg ingin dihighlight kan di sini, tapi ingin membuktikan bahawa survey ni betul la... Bleh dapat duit. Cuba tengok date kat atas tepi skali tu. Birthdate saya.... So, nampaknya tahun ni walaupun tak dpt hadiah dari sesiapa, [sob...sob... cedih.] tapi dapat le jugak paycheck walaupun ciput jek. Alhamdulillah syukur nikmat. Kepada Tuhan yang memberi rahmat.. Mas...

Cara-cara Saya Diet Untuk Kurus

Sejahteralah ke atas kamu.. Biasanya kalau saya kata saya gemuk, mesti orang marah dan akan kata "eh, ko mana ada gemuk la.", atau "ko nak kurus mcmn lagi? Dah elok dah ni." atau "eleh... badan mcm papan lapis, perasan gemuk..". Tapi, oleh sebab itu badan saya, dan saya tahu badan saya macamana pertumbuhannya, maka tak kisah la apa orang nak kata. Walaupun tak nampak badan saya gemuk sgt, tp jika berbanding dulu, jauh la bezanya. Bila berjalan, peha berlaga-laga. Bila duduk plak, perut dah setambun. Dagu pun ada 3 layer. Dan yang paling penting, semua seluar atau kain dah ketat + sendat. So, nak nafikan mcmn lagi kan? Kenapa, orang yang mempunyai berat badan berlebihan, apabila dia berdiet dgn mengawal makan, tapi badan masih tidak susut? Padahal kita sendiri menjadi saksi, bahawa setiap hari dia tak makan banyak pun. Setahu saya, masalah kegemukan atau naik berat badan ni boleh diturunkan dengan bersenam [tu mmg perkataan standard utk kuruskan badan] dan ...

Guru

Sejahteralah ke atas kamu.. Hari ni Hari Guru kan? 16 Mei. Juga adalah tarikh lahir ibu saya. Saya nak cerita sikit tentang zaman sekolah rendah saya dulu. Sekolah saya ni kecik je. Sampaikan boleh dikatakan semua murid kat sekolah tu dapat RMT [Rancangan Makanan Tambahan]. Alaa... yang makan2 free kat kantin tu. Hebat..hebat... Seingat saya, semasa skolah rendah dulu saya cerdik jugak walaupun tak belajar. Mungkin sebab takde benda nak fikir. Time cikgu mengajar, saya fokus. Tapi masuk je skolah menengah, kena dok hostel pada waktu yang mental saya sendiri tidak bersedia, hati memberontak, tak pandai manage time, maka saya telah menjadi bodoh. Sbnrnya bukan bodoh, tapi tak fokus. Pelajaran memang out. Kalo outstanding takpe. Ini out of range. Chey.. memandai je. Sewaktu saya bersekolah di sekolah rendah, yang saya perasan, cikgu-cikgu suka buli saya. Ada cikgu tu, bila dia jumpa saya je dia akan kutuk... 'Laa... budak mangkuk ni pun ada..'. Apa ntah salah saya kat dia. Saya da...

Apa Barang-barang Yang Sesuai Dijadikan Hantaran?

Sejahteralah ke atas kamu... Perkahwinan Melayu dan dulang hantaran memang tidak dapat dipisahkan. Cuma yang selalu menjadi isunya ialah 'apakah barang-barang yang sewajarnya diletakkan di atas dulang tersebut sebagai hantaran kepada pasangan kita'?. Apa yang menjadi penentu mengapa sesuatu barang tersebut menjadi pilihan untuk dijadikan hantaran? Adakah kerana harganya, sama ada murah atau mahal? Atau kerana keperluan barangan tersebut? Atau mungkin juga kerana adat kita mensyaratkan barangan tersebut perlu dijadikan hantaran, contohnya tepak sirih atau sirih junjung? Atau kerana apa? Saya tiada jawapannya. Apa yang pasti, barangan yang saya pilih untuk dijadikan hantaran untuk saya dan untuk si dia adalah 1) barangan yang kami perlukan atau yang kami belum ada, atau jika ada yang dah hampir rosak bersepai , - ini penyebab yang paling utama. 2) Sebab murah dan takmau membazir. 3) Sebab takut kena marah dengan orang-orang tua kalo tak letak, contohnya lagi sekalilah sirih junju...

Bunga Telur Lagi

Sejahteralah ke atas kamu.. Daun-daun hijau bersinar ini untuk saya cantumkan dengan bunga telur. Asalnya semasa beli, daun-daun tu melekat kat batang tu banyak-banyak. Jadi, terpaksa saya cabut satu demi satu untuk dapat setiap helai daun. Sambil mencabut daun-daun ni malam semalam, saya tgk TV. Tp tak tgk rancangan apa pun. Sebab takde rancangan yg best pun. Kalo ada rancangan yg bermanfaat pun kat National Geography, tp kalo nak tgk, kena fokus plak dah tu nnt tak jadi le keja saya. So, saya tune to channel 180. Irama Malaysia. Channel ni hanya play video-video music lagu tempatan. Channnel 705 plak video music international je yg banyak, tp sekali sekala bleh layan jgk la kalo saya malas nak pandang TV, hanya setakat nak dengar dan jeling sikit-sikit je TV tu. Pastu, ada rancangan ulangan utk siaran radio pagi saluran Aktif FM kat channel 180 tu. Ntah sape ntah mereka interview, kumpulan Indie yang bernama Couple. Tapi itu tak penting pun. Yang penting nya... kalo kamu perasan dlm...