Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari. Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la. Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong orang, suka uru
Sejahteralah ke atas kamu.... Aku nak promote satu kedai makan ni. Laman Aiman Sup Juara, Bazaria Pantai. Menu utama di sini ialah segala macam sup. Sup ayam, sup daging, sup tulang, sup lidah, sup perut dan macam-macam la. Masakan panas ala Thai pun ada. Menu lain ialah nasi ayam. Dalam banyak-banyak kedia nasi ayam di KL ni, aku rasa ni one of the best la. (Sorry, gambar aku tak sempat snap. Sebab biasa la. Lapar sangat samapi terlupa nak snap a photo of their signature Nasi Ayam.). Laman Aiman Sup Juara ni, selalunya aku order by Food Panda. Tapi ada sekali ni, aku baru sampai dari kampung, elok tengahari timingnya, aku pun singgah la sini. Ingat nak order nasi ayam je. Sekali katanya masakan panas pun boleh. Biasanya kalau kedai makan ni, siang-siang dia jual masakan biasa, lauk campur, start pukul 4 atau 5 petang baru la masakan panas available. Ini, masakan panas seawal jam 11 pagi. Menarik la kan. Aku pun, tetibe je order Ikan Siakap 3 Rasa untuk suami aku. Untuk aku, Nasi Ay