Sejahteralah ke atas kamu... Bila seorang lelaki sukakan seorang atau lebih wanita, dia akan mula mengusik wanita itu. Mengusik yang kadang-kadang sampai tahap membuli. Sampai tahap menyakiti hati wanita itu. Bila seorang ayah sayangkan anaknya, dia akan mendenda anaknya apabila anaknya membuat salah. Itu tanda kasih sayang demi mendidik anaknya. [Kaki dera kanak-kanak lain cerita. Yang itu kalo anak tak buat salah pun kena makan kasut jugak huhu.] Kesimpulannya..... [eh, cepat plak aku menyimpul hari ni], orang akan beri perhatian kepada kita jika dia berminat atau sayang. Begitulah jika Allah memberi kamu ujian. Kesusahan atau sakit atau kesenangan sekalipun. Kerana kamu berada di dalam perhatian Allah. Maka bergembiralah dengan ujian. Perhatian Allah itu maknanya Allah sayang. :)