Skip to main content

Belajar Rajin-rajin Supaya Terjamin masa Depan?

 Sejahteralah ke atas kamu.







Semalam  kat TV (TV berapa aku tak perasan) ditayangkan filem Azura untuk yang entah ke berapa kalinya. 

Vibes menonton filem Azura sebagai seorang yang manusia biasa, dengan vibes menonton Azura dengan 'topi' seorang ibu, memang berbeza rupa-rupanya. Banyak sungguh dialog dan adegan yang aku rasa agak keterlaluan yang dilontarkan oleh Zack(Jamal Abdillah) sebagai seorang anak. 

Aku tak puas hati betul bila dia biadab dengan ayah dia, biadab dengan majikan, biadab dengan semua orang, semata-mata kerana cinta. Tapi, dulu kalau tengok filem tu semasa bujang, aku rasa wowww cool gila dan aku nak lelaki yang akan mempertahankan cinta kami macam yang Zack buat tu. Hakikatnya, lelaki macam tu, tersangat la hauk. Macamana ko nak bersuamikan seorang yang tak hormat orang terutamanya ayah dia sendiri. Padahal ayah dia suruh belajar je. 

Ada satu scene tu, Zack nak minta kerja. Majikan tu tengok sijil, hanya ada sijil berhenti sekolah, jadi Zack tidak diterima. Tiba-tiba Zack marah, sebab orang tu tak terima dia bekerja. Macam tu punya worang pun ada kaaa.... Aku pun sambil-sambil tu, nasihat la kat anak bertuah aku tu. Yang sulung la. Yang kedua dan ketiga tu memang tak faham lagi. Melompat je tau yg 2 orang tu.

Korang pernah kan tengok video atau baca kisah pasal mak yang merendah-rendahkan pekerjaan orang lain untuk tunjukkan kepada anak dia 'akibat' kalau tak belajar bersungguh-sungguh. Ada kan? Ke tak de? Kalau takde, anggap je la ada. Heheh.

Actually aku memang tak setuju dengan sebarang perbuatan merendah-rendahkan orang lain. Tidak bermoral perbuatan ichu. Tapi filem Azura punya pasal, aku dah ternasihat ajaran sesat kat anak aku. Huhu. Ye lah, bila Zack tak diterima bekerja sebab dia cuma ada sijil berhenti sekolah je, dia pun kerja jadi buruh kasar. Buruh kasar kan..... Walaupun bukan pekerjaan yang hina, tapi kerja tu berat. Setuju tak? Aku cakap la kat anak aku, kalau tak belajar rajin-rajin, tengok ni, susah nak dapat pekerjaan. Pastu kena buat kerja yang susah dan penat untuk dapat duit. Huhu. Sedangkan aku tahu, rezeki itu dari Allah. Allah yang pilih kita untuk kerja apa, tak kira kita belajar tinggi ke tak. Semoga Allah ampunkan aku.

Lepas aku dah cakap macam tu kat anak, aku tanya pulak hasben aku, takpe ke mama nasihat anak macam tu? Rasa macam dah bagi ajaran sesat pulak. Hasben aku cakap takpe kot. Dah macamana lagi nak bagi anak-anak faham betapa pentingnya kena belajar. Ini kalau kena buat homework sikit, dia punya liat nak buat tu, Allah je la yg tahu. Kadang-kadang dia siap tanya, kenapa dia kena belajar benda ni(subject yang dia kena buat homework tu). Aduiii anak. Payah nak explain. Aku memang la ada cakap, betapa pentingnya jadi orang berilmu. Jadi orang yang berilmu tu Allah suka. Tapi tu la. Kadang terkeluar juga konsep pemikiran yang salah tu. 

Macamana korang encourage anak-anak korang supaya rajin dan minat belajar? Ce kongsi sikit dengan aku.

Comments

  1. Pendapat saya yang tak ada anak ni la kan…haha :
    Anak kena semangat belajar dengan tujuan dapat melanjutkan pelajaran sampai peringkat tinggi.

    Kenapa kena belajar ke peringkat tinggi? Sebab nak dapat ilmu yang lebih mendalam dalam satu2 bidang dan dapat pengalaman hidup yang akan memperkayakan diri. Belajar tu satu proses yang tak mudah, jadi ia dapat membentuk kekuatan mental seseorang.

    Orang yang ada jati diri yang baik, ke mana pun dicampak atau pekerjaan apa pun diberi, insyaAllah dia boleh buat dengan baik.

    Ahh..gitu panjang lebar gaya motivator tak bertauliah 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju sgt dgn pendapat Ujie. Kita sependapat. Bagi saya, belajar tu bukan semata2 untuk sijil. Tapi untuk kegunaan dalam hidup. Hidup kita ni kena sentiasa belajar dan perlu belajar semua benda kalau boleh.

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya