Skip to main content

Kisah Budak-budak Sunat

 Sejahteralah ke atas kamu.....


Cuti sekolah bulan 12 2022 yang lepas, aku sempat la khatankan anak-anak aku. Yang sulung umur 9, yang kedua umur 6 tahun. Actually 6 tahun tu masih kecil untuk bersunat sebenarnya. Walaupun aku tahu ada orang sunatkan anak semasa anaknya masih bayi. Dia macam ni, sama ada nak sunat semasa masih baby, atau tunggu kanak-anak dah besar sikit macam umur 9 tahun ke atas. Aku ni, layankan je la sebab yang 6 tahun tu beriya-iya nak sunat. Dia bersemangat nak bersunat sebab aku janji dengan dia, kalau sunat, sementara tunggu nak sembuh tu aku bagi main henfon tiap-tiap hari. (Biasanya Jumaat Sabtu Ahad je mereka boleh main henfon). 

                

Aku khatankan anak-anak aku di Melaka. Saja nak bagi mereka together-gether dengan sepupu dia. Bagi feeling-feeling berjemaah menyatu ummah sikit. Kisahnya anak kedua aku yang umur 6 tahun tu berani sangat nak sunat, sebab dia tengok kartun Upin Ipin bersunat macam kena gigit semut je. Dah Upin Ipin tu tunjuk semasa sunat je. Yang tu ada bius. Walaupun masa cucuk bius tu sakit juga. Tapi aftermath, kesan luka yang terbuka tu, dalam katun tak tunjuk proses penyembuhan tu. Keruping menebal, kena makan ubat tahan sakit. Aku ni, atas nasihat kawan-kawan yang berpengalaman, minta ubat tahan sakit jenis pil berbanding kanak-kanak lain biasanya diberikan ubat cecair. Sebab takut kanak-kanak tak pandai telan pil. Anak-anak aku bertuah sebab pandai telan ubat pil, hasil didikan aku paksa makan softgel habbatus sauda time mereka batuk atau selsema. Tapi, ubat tahan sakit jenis pil pun..... macam tak membantu juga menghilangkan kepedihan luka tu. Haiyaa... emotional damage.



Ini selepas sunat. Dapat sijil, posing dengan sijil. Mana ni relax lagi masing-masing sebab kesan bius masih ada. 30 minit lepas tu, gelupur semua. Huhu.


Mula-mula selepas berkhatan, kami stay di rumah adik ipar aku 4 hari. Selepas tu pulang ke rumah sendiri dan berpantang di rumah sendiri. Semasa duduk rumah adik ipar aku, elok je la ada tali untuk gantung kain batik penutup badan tu. Bila balik rumah, aku tengok anak-anak aku masih sangat kesakitan lagi takleh bergesel langsung dengan kain, terpakse la guna water noodle (equipment berenang) ni untuk di jadikan khemah. Itu je yang ada. Nasib awak la anak-anak.


Budak-budak bertuah ni, semasa berpantang, manjang lapar. Aku sebenarnya tak la strict sangat nak bagi mereka berpantang. Kalau ikutkan adik ipar aku, memang strict la berpantang, sebab dia ikut je cakap mak dia (mak mentua aku), berpantang macam orang bersalin katanya. Aku patuh pun sekadar tanda hormat je la. Dah awak duduk rumah orang kan. Bila dah balik rumah sendiri, aku pergi kerja, suami aku jaga. Dia pun nak ikut pantang betul-betul, aku okay je. Sebab dia yang jaga, kan? Dia bakar ikan untuk anak-anak dia. Errmmm okay la tu. Aku pulak bila time aku dah balik kerja, anak-anak lapar, aku goreng je la jemput kosong. (Dah bawang tak makan, bilis pun tak makan, aku campur kiub pati bilis sebagai pengganti garam.). Nah hambik mak awak letak dengan tapis-tapis sekali tepi awak. Makan la awak 2 beradik. Mak pemalas macam tu la. Hahaha.

Sebenarnya sebelum sunat, aku ada tanya adik ipar aku, nak beli tak spender sunat. Dia kata macam membazir. Aku pun tak jadi le beli. Sebab aku jenis hati taufufa, takleh kena kecaman netizen. (Macam kalau netizen kutuk penjawat awam pun aku sedih tau, walaupun yang dikutuk tu bukan agensi aku, tapi aku terasa. Seolah-olah cubit pipi kiri sampai pipi dahi pun terasa.) Aik apa kaitan. 

Pastu aku tgk sepupu dia yang bersunat sama-sama hari tu siap boleh pergi Legoland sedangkan dalam masa yang sama, anak-anak aku masih terlantar main henfon. Hahaha. Rupa-rupanya adik ipar aku beli spender sunat tu. Dia terpengaruh dengan kempen spender sunat aku, tapi aku yang tak beli. Deng. Dah tu, aku rasa mcm, aku kena beli juga la. Masa aku order tu aku rasa dah 6 hari kot selepas sunat. Tunggu spender sampai, mula-mula terbeli 1 je saiz XL, bapak besar, Yang penutup putih tu beli from China, seminggu nak tunggu sampai. Aku order lagi sekali saiz M pulak. Bila dah sampai, anak-anak aku tak pakai pun, sebab dah sembuh.

Aku bersyukur luka berkhatan anak-anak aku sempat sembuh sebelum cuti sekolah tamat. Jadinya, cuti sekolah bulan 12 tu anak-anak aku tak pergi mana-mana la. Berpantang je kat rumah. Dah minggu terakhir cuti sekolah tu je, aku bawak pergi hotel, dah yang si kecik umur 3 tahun tu asyik beratib tepi telinga, mama nak gi atel, nak gi atel. 

Jadi persoalannya sekarang, apa aku nak buat dengan spender sunat banyak-banyak ni???!! 


Nak tips and tricks berkhatan ke? Hahah. Jujur aku cakap, aku takde tips kali ni. Sebab yang survey klinik tu semua biras aku. Harga sunat kat Klinik Sakura Melaka (Kalau tak silap di Alor Gajah), RM180. Guna teknik potongan laser kemudian ada jahitan. Potongan laser ni kurang berdarah. Tapi tetap la bisa part jahitan tu. Bila aku tengok betapa seksanya orang lelaki kena sunat yang sekali je seumur hidup tu.... Aku macam terfikir, itu la hikmahnya tugas beranak tu Allah bagi kat wanita. Berapa kali koyak, berapa lapis nak kena jahit bila bersalin, Allah je la yang tahu betapa sakitnya. Tapi takpe la, dah lelaki kata bersunat tu setaraf dengan beranak, then ye lah tu kot.

Lagi satu nak bagi tips, timing bersunat tu, kalau boleh seawal cuti sekolah sebab nak bagi masa untuk sembuh sebelum buka sekolah. 

Comments

  1. Wah dah bersunat. Alhamdulillah, tahniah anak-anak Lyd! Senang jugak terus buat dua beradik, ada kawan. Adeh…seluar tu kena let go kat kawan/sedara la jawabnya. Hehe

    ReplyDelete
  2. Plan nak sunatkan Ahnaff tahun ni. Sebab dia dah 6 tahun. Adakah masih terlalu awal? Empunya badan pun masih berbelah bahagi. Hahaha. Mehla spender tu, jual kat kite mehh. Standby untuk Ahnaff sunat sok. Hihihi.
    Alhamdulillah, dah lega la kan anak² dah sunat dan sembuh sepenuhnya.

    ReplyDelete
  3. Cucu wakpun sunat bulan 12 yang lepas
    Umur 9 tahun

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya