Sejahteralah ke atas kamu..... Cuti sekolah bulan 12 2022 yang lepas, aku sempat la khatankan anak-anak aku. Yang sulung umur 9, yang kedua umur 6 tahun. Actually 6 tahun tu masih kecil untuk bersunat sebenarnya. Walaupun aku tahu ada orang sunatkan anak semasa anaknya masih bayi. Dia macam ni, sama ada nak sunat semasa masih baby, atau tunggu kanak-anak dah besar sikit macam umur 9 tahun ke atas. Aku ni, layankan je la sebab yang 6 tahun tu beriya-iya nak sunat. Dia bersemangat nak bersunat sebab aku janji dengan dia, kalau sunat, sementara tunggu nak sembuh tu aku bagi main henfon tiap-tiap hari. (Biasanya Jumaat Sabtu Ahad je mereka boleh main henfon). Aku khatankan anak-anak aku di Melaka. Saja nak bagi mereka together-gether dengan sepupu dia. Bagi feeling-feeling berjemaah menyatu ummah sikit. Kisahnya anak kedua aku yang umur 6 tahun tu berani sangat nak sunat, sebab dia tengok kartun Upi...