Skip to main content

Pertunjukan Api (Fireshow) - Avani Sepang Goldcoast Resort

Sejahteralah ke atas kamu....


Gambar: Dari laman rasmi Avani Sepang

Ini  throwback bagi tahun 2022. 

Pertunjukan api (Fireshow) ni selalunya memang ada di kebanyakan hotel-hotel tepi pantai. Percuma untuk penghuni hotel/resort tersebut dan biasanya diadakan di private beach mereka. 

Saya belum pernah tengok pertunjukan api secara live, ini kali pertama. Bagi saya, agak gempak pertunjukan api ni. Memang terlopong juga la mulut saya. Dalam hati berkata, woww hebat betul. Kudos team fireshow Avani Sepang Goldcoast Resort.










Maaf la, gambar-gambar pertunjukan api yang saya kongsikan di atas ni, tidak begitu berkualiti. Saya screenshot daripada video. Saya tak ambil gambar langsung semasa pertunjukan tu berlangsung. Hanya rekod video je. 


Avani Sepang Goldcoast Resort ini menyediakan water chalet yang dibina di atas laut. Jika Lexis Hibiscus berbentuk bunga raya, Avani Sepang pula berbentuk pokok palma. 

Gambar dari laman rasmi Avani Sepang


Mendamaikan, bagi yang ingin bercuti, santai-santai, tengok permandangan, tempat ni memang recommended. 



Pekena Kembara Meal  Pilaf Rice with Beef Rendang.


Tak mandi, lepas breakfast terus pergi main pasir di pantai.


Buggy car.



Seaview


Fakta yang ingin saya kongsikan tentang Avani Sepang Goldcoast.


  1. Jalan untuk ke sana agak terpencil, seeloknya datang semasa hari masih siang. Waktu malam, lampu jalan agak limited untuk ke sana.
  2. Di bahagian tengah water chalet tu, ada Club House. Di situ la restoren untuk breakfast, lunc dan dinner. Jadi tidaklah begitu jauh berbanding jika restoren letaknya di lobi.
  3. Di Club House ada kolam renang dan juga mini playground Avani Kids. 
  4. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini, fireshow, ada juga mini funfair di luar Avani Sepang (perlu drive sikit la).
  5. Parking jauh dari lobby. Jika ingin parking di dalam pagar, RM25/sehari. Mahai. Orang kaya should be takde masalah nak bayar harga tu. Kalau taknak bayar RM25 sehari, boleh parking di luar. Kemudian jalan kaki, atau naik buggy car untuk ke lobi. 
  6. Ada private beach, boleh santai-santai bawa anak-anak main pasir.
  7. Tiada kolam renang di dalam bilik. (Jika silap maafkan saya.)
  8. Sepang ada banyak ladang buah naga. Tepi-tepi jalan memang banyak gerai jualan buah naga. Harga murah sikit la daripada harga pasaran, ikut size. 3 biji RM10 ke, 4 biji RM10.

Itu je la kot. Sekian, terima kasih.









Comments

  1. Walaupun kata ambil dari video, tetap wow menarik gambarnya Lyd.
    Cantik dan luas biliknya. Puas hati bercuti-cuti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...