Skip to main content

Lexis Hibiscus, Port Dickson

Sejahteralah ke atas kamu,


ICT Conference di Lexis Hibiscus, Port Dickson.

Sudah ramai blogger yang review Lexis Hibiscus ni. Saya sengaja nak menambahkan bilangan review je. 

Tidak pernah ada pengalaman stay di Lexis Hibiscus sebelum ini. Jadi, saya memang tidak tahu jenis-jenis bilik, lokasi bilik seminar, lokasi cafe dan apa-apa jua kemudahan yang ada di sana. Kawan-kawan yang pernah pergi ke sana, kongsi pengalaman masing-masing. Berikut adalah fakta tentang Lexis Hibiscus yang perlu kalian tahu;

  1. Bilik jenis water chalet lebih mahal daripada bilik di main building. (Harga korang boleh Google je la. Sebab harga berubah-ubah ikut waktu tempahan tu.)
  2. Kolam renang dalam bilik water chalet lebih besar sikit daripada kolam renang di bilik dalam main building. Tapi masih relevant untuk lepaskan gian untuk berenang-renang seperti berudu.
  3. Bilik seminar, bilik mesyuarat letaknya di main building.
  4. Cafe dan restaurants juga berada di main building. 
  5. Dari water chalet untuk ke main building, kalau rasa jauh untuk berjalan kaki, boleh gunakan perkhidmatan buggy car. Tetapi  buggy car limited, so kena la menunggu turn sewaktu ramai orang.
  6. Kolam renang di bilik main building lebih privacy berbanding kolam renang di bilik water chalet. Sebab bawah bumbung dan orang luar tak nampak kita.

  7. Ini permandangan daripada tingkat 10 bilik di main building. Nampak tak kolam renang di water chalet tu? Kalau setakat budak-budak nak mandi kolam, no problem. Kalau jenis makcik-makcik macam saya ni, tetap tak sesuai nak mandi kat kolam yang orang luar boleh nampak walaupun body tak hot, tapi  malu itu masih lagi separuh daripada iman.

    Ini private beach yang ada di Lexis Hibiscus. Bangunan di tepi tu adalah bilik-bilik hotel ye. Semua bilik di main building menghadap ke arah laut. (Seaview).

  8. Ada karaoke, ada public swimming pool juga.
  9. Dalam setiap bilik, selain kolam renang, ada juga bilik sauna. Wowww...


Pandai anak sulung enjoy himself.

Setelah mendengar pandangan kawan-kawan yang berpengalaman, kami (saya dan kawan-kawan warga emas wannabe saya)  ni sengaja la request untuk menginap di bilik di main building, biar pun menurut organizer, water chalet dikira sebagai rebutan, dan siapa yang dapat stay di bilik jenis itu dikira bertuah, yelah sebab mahal kan. Kami tak kisah sangat bab harga tu. Yang penting kami teringin nak mandi kolam. Walaupun sebenarnya tak sempat pun nak menghayati keseronokan mandi kolam, mana taknya.... Jadual agak pack. Kami ni hanya mampu tumpang gembira bila anak-anak dan keluarga gembira. (Ada yang bawa anak2 dan suami@isteri, ada yang bawa mak ayah, ada yang bawa sepupu). 

Saya sempat mandi kolam sekali je. Itu pun sentiasa alert takut terlebih masa nanti lambat masuk seminar. Sauna pun saya tak sempat nak enjoy. 

Untuk pengetahuan kalian, bilik hotel di main building tu, memang sangat besar.

Ada 2 section yang dipisahkan oleh dinding di tengah-tengah. 1 section untuk 2 buah katil king. Satu section lagi almari dan segala rak. Banyak betul wardrobe dan rak dia.


Sehingga tamat semua seminar, kami pun pulang la dengan gembiranya. Sampai di rumah, suami saya kata dia tertinggal baju renang anak-anak di Lexis Hibiscus. Dia kata 3 pasang (sepasang sorang). Itu la bahananya kalau terlalu banyak lemari. Semua lemari kita nak letak barang kita. Last-last tak perasan ada barang tertinggal. Saya okay lagi mula-mula tu. Takpe la. Cuba nak meredhoi, saya pun terus buka shopee, beli baju renang baru, sama sebijik macam baju yang tertinggal tu. Kemain semangat. Makin hari, bila check balik, rupa-rupanya banyak gila yang tertinggal. 

Saya tahan je untuk tidak mengamuk. Hehehe. Betul, saya tak mengamuk. Dah tua-tua ni, malas betul nak bergaduh. Kita terus cari solution je. Saya cari contact number Lexis Hibiscus, tidak ketemuan. Hanya ada email address. Maka saya email la pertanyaan saya sama ada barang-barang saya yang tertinggal itu masih ada atau tidak. Alhamdulillah, customer service Lexis Hibiscus sangat professional. Dan mereka maklumkan, barang-barang saya masih ada. Syukur ya Allah.


Saya diminta untuk refer dengan kaunter di lobi hotel, dan perlu mention nak ambil barang 'Lost and Found'. Nanti mereka akan tanya details seperti no bilik yang saya menginap tu, tarikh check in, tarikh check out dan perlu tunjukkan email yang saya berurusan dengan tu. Simple je process nya. Tak pasal-pasal je kena datang balik ke Lexis Hibiscus ni kan. Selamat la saya memang plan untuk ke Melaka selepas itu. Dekat je la. 

Jujur saya akui bahawa hotel ini bukan di dalam range kemampuan saya. Andai bukan kerana berkursus, rasanya pilihan untuk bercuti di sini hanya akan terus berada di dalam waiting list sahaja. 

Sebelum ni, saya pernah stay di Grand Lexis yang letaknya juga di Port Dickson. Yang itu semasa Grand Lexis baru-baru lagi beroperasi. Masih belum kepam lagi la. Dan masa tu, dapat bilik Deluxe Suite. Tapi masa tu pergi dengan ofismate, so, tak la beriya sangat kan. Kekeke.



Itu la pengalaman saya duduk di hotel mahal. Walaupun ada lagi hotel yang lebih mahal, tapi bagi saya yang ni pun memang mahal la. 

Comments

  1. Saya belum pernah menginap di sini.
    Luas betul bilik dia, puas hati bawak satu keluarga.

    Alhamdulillah masih ada disimpan barang2 yang tertinggal tu. Jimat duit tak payah beli baru.

    ReplyDelete
  2. Banyak yang tertinggal rupanyaaa. Susah nak meredhoi kalau dah bnyk gitu. Hahaha.
    Seronok anak² dapat enjoy puas².
    Kalau saya pun hotel mahal camni masuk dalam wishlist je agaknye. Hihihi

    ReplyDelete
  3. Nasib baik staff Lexis Hibiscus sgt profesional. Semua brg selamat, Alhamdulillah.
    Btw, gambar 2nd last tu Grand Lexis ka? Private pool?

    ReplyDelete
  4. 2nd last pic tu Grand Lexis ka? Nmpk mcm private pool... wow!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...