Sejahteralah ke atas kamu.... Dalam post sebelum ni, aku ada cerita tentang aku terpaksa bersalin awal kerana high blood pressure yang tak turun-turun. Aku masuk wad dalam 7 hari juga la. Semasa di dalam wad, aku ni bila nampak nurse usung troli blood pressure monitor tu, aku dah panik. Bila nko dah panik, tekanan darah pun otobot la naik kan? Walaupun nurse suruh aku bertenang, jangan risaukan apa-apa, jgn runsing, tapi masalahnya aku takde runsing apa pun. Cuma aku serabut kena duduk dalam wad je. Itupun syukur la nurses di PPUM tu baik2 semuanya. Mereka sangat professional dan polite, so aku memang takde la nak bertambah stress nak mikirkan perangai nurse pulak. Aku ni jenis yg jarang makan ubat. Nak kata aku ni jenis yang ikut cakap mak bidan kampung, makan ulam-ulam sangat pun tidak juga. Dah tu aku ni spesis mende? Makan ubat malas, makan makanan alami pun lebih kurang gak malasnya. Bila awak jenis yg tak berapa makan ubat, tiba-tiba bila masuk wad, awak kena makan ubat sec...