Skip to main content

Pemudah Kehidupan

Sejahteralah ke atas kamu...


Beberapa tahun dulu, sebelum aku berkahwin aku pernah membuat pengakuan kepada tunang aku (sekarang suami la), bahawa aku ni malas menyapu (sampah, habuk, semua la). Aku tanya dia, betul-betul ke nak kahwin dengan aku ni? Confirm ke ni? Muktamad ke? Muktamad 100% ke dah keputusan ni? Taknak guna talian hayat dah ke? Then tunang kata, takpe, demi aku, kalau aku malas menyapu, dia sanggup menyapu. So, nanti lepas dah kahwin, rumah biar dia sapu. Eh, ni serius tau. Aku, dalam banyak-banyak kerja rumah, aku paling tak suka menyapu. Berbeza kan dengan kebanyakan perempuan lain. Biasanya orang perempuan malas atau paling tak suka lipat baju betul tak? Atau pun iron baju, kan? Kan? Aku pulak lipat baju aku suka je. Cuma sama ada sempat dengan tak sempat je nak lipat sekarang ni. Bagi 4 tambun baju pun, insyaAllah aku sanggup je lipat asalkan ada orang jaga anak dan kena bagi aku fokus dok diam2 lipat baju-baju tu, jangan ada interruption. Takde entertainment seperti TV dan dengar lagu pun aku boleh berkurung dalam bilik, lipat baju. Cuma memang kejung la pinggang aku lepas tu. 

Part iron baju pulak, aku mungkin tak terasa beban sangat kot. Kawan aku kata mungkin aku tak rasa lagi beban tu sebab anak aku belum bersekolah so takyah nak iron baju sekolah banyak-banyak dan bertuahnya aku, suami aku gi berniaga pakai T-Shirt je, takyah iron. Tapi.... saje je la aku nak bagi tahu, sebelum aku kahwin dulu, aku buat part time iron baju setiap weekend tau? Setiap kali iron baju, 2 bakul besar. Dalam -bakul tu paling kurang mengandungi kemeja dalam 7 helai, t-shirt 7 helai, jubah 7 helai, tudung 7 helai, telekung lagi, cadar lagi, seluar panjang lagi 7 pasang. Bayangkan le. Demi sesuap sushi, aku relax je boleh iron baju sebanyak itu dengan rasa gembira. Nak tunjukkan yang aku still okay dengan tugasan iron baju dan lipat baju berbanding menyapu sampah. Walaupun tengah viral steam iron Phillip yang menjadi idaman qolbu setiap isteri tu, aku pulak tak de perasaan pun ingin memilikinya. Sebab memang takde keperluan pun lagi dalam hidup aku buat masa sekarang. Masa depan aku tak tau lagi. Erm, buat masa sekarang pun, aku kerap gunakan iron bila menjahit. Jahit sebaris aku iron, jahit satu line, aku iron. Baru la hasil jahit tip top timplong. Guna iron biase je and i'm okay with it.

Pasal menyapu tu tadi, lepas aku kahwin.... ternyata.... janji suami aku nak menyapu rumah tu hanyalah janji dicapati je. Tihtih. Ada juga la dia menyapu, tapi memang lebih kurang macam aku juga la. Mungkin sebab memang tugasan tu memang tidak ditakdirkan untuk jadi tugasan hakiki seorang insan yang bernama suami.... kerna kau isteri.. ku ingin kau mengerti, bahwa hidup ini... tak semudah... yang kita janjikan kerana kau isteri ku... ewah. cakpong..cakpong. Koprasasau in the house. :P . Aku bukannya nak kata suami aku malas. Dia rajin. Lebih rajin daripada aku itu pasti. Cuma masalahnya, dia tu macam jelmaan aku juga. Paling malas menyapu. Hehehehe. Maklumlah... Belahan jiwa gituu...

Jadinya, bila dah dua-dua malas menyapu, rumah aku memang jarang sangat  la bersihnya. Setahun boleh kira berapa kali je aku menyapu. Lebih bersyukur kalau ada tetamu nak datang, maka terbela la sikit nasib lantai kat rumah aku tu walaupun dibersihkan dalam keterpaksaan. Masa ada anak sorang dulu, takde masalah lagi sebab Luth tu seorang yang cermat, bersih, dengar kata. Dia makan duduk setempat. Lepas tu takde buat sepah sangat. So, walaupun rumah tak bersapu, aku tak la rasa rumah kotor sangat. Sekali sekala, aku panggil cleaner datang rumah untuk bersihkan rumah. Terutamanya yang belakang pintu, tepi-tepi kabinet, bawah katil. Sebab aku, kalau menyapu, aku hanya sapu kat laluan aku je. Kahkah. Ish... memang buruk la sikap pemalas aku ni. Bila ada anak 2 ni, dan anak kedua ni pulak memang jenis tak makan saman sebab dia makan nasi. Kalau dia nak makan keropok ke, biskut ke.... dia makan je sambil berjalan, sambil bergolek. Atas karpet ke, atas sofa ke ikut sesuka hati dia je. Kalau aku haip ke dia, dia haip ke aku balik. Bila aku buat muka konon-konon garang dengan kening berkerut, ketap gigi, kira dah paling ganazzzz ah ni..... Dia boleh acah-acah aku, dengan senyum-senyum simpul pastu senyum nampak gigi. Dah tu cemana? Nak marah pun tak jadi tahuk? Eii... aku tengah geram ni bila teringat. Tetibe rasa nak kekah seekor kerbau (nak menunjukkan adegan keganasan). 

Dengan Yafith ni, rumah aku memang tiap-tiap hari sepatutnya kena sapu dan mop. Sebab makan nak suap sendiri, pastu bertarabur nasi bawah meja melekat-lekat kat lantai. Minum nak pegang cawan sendiri pastu curah air merata. Grrr.... Cuma tu pun, bersyukur la aku pemurah, aku bagi diskaun kat diri aku sendiri untuk mop seminggu sekali je. Kwangkwang.

Kenapa aku tak suka menyapu ialah sebab aku tak suka menunduk sakit pinggang. Then aku memang tak suka bila aku sapu, habuk terbang gi tempat lain, sapu lagi, terbang lagi, nak-nak jenis habuk yang macam sawang dan rambut. Jadi, bila aku synchronize kan aku punya malas tu dengan lantai umah aku, aku rasa macam memang tak matching sangat. Huhu. 


Kat rumah aku bukannya takde vacuum. Adaaaaaaaaa.... Dapat cabutan bertuah lagi hokey masa hari sukan kat ofis. Tapi vacuum tu aku tak suka sebab berwayar-wayar. Mana nak bawak setongkol bahagian vacuum yang badan beroda tu, satu hal lagi bahagian batang tempat penyedut lagi, dengan power cable lagi. Berselirat sangat aku rasa. Dah la tu, berat nak hangkut bawak keluar kotak, nak hangkut simpan lagi. Hoihhh satu kerja pulak nak keluarkan dan simpan.

Maka.... Aku pun beli la vacuum ni. Muehehehehhehe.. Aku cuma nak cerita pasal aku beli vacuum ni je, kat Go Shop. 

Oleh sebab dia berlampu kat bahagian depan tempat sedut tu, senanggg wei nak nampak habuk.

Vacuum yang aku beli ni, cordless. Actually bukanlah sesuatu yang begitu hebat pun vacuum cordless ni. Ramai orang dah milikinya pun. Aku je yang baru nak beli. Heheh. Cuma aku nak ceritanya.... betapa vacuum ni suits me very well. Aku yang malas menyapu ni, jadi macam tak kisah dah nak bersihkan lantai setiap hari. Kalau tak caya, tanya la suami ai.. I dah tak malas anymore. (Sebab memang terpakse kan. Hahah.). Sekurang-kurangnya aku dah tak perlu menyapu dengan cara konvensional dengan rasa terpaksa. 

Tengok ni. Baby pun rajin menolong.


Pastu, yang lagi convenient nya vacuum ni, aku senang nak ambil dan simpan. Macam letak penyapu je, berdirikan dia sebatang kat tepi lemari. Letak je dalam charger dia. Bila abih bateri, on je switch takyah nak sambung charger susah-susah pun. 



 
Tapi ada 2 je kelemahan vacuum ni. Pertama bateri dia hanya tahan dalam 40 minit je sekali pakai. So, ko kena make sure masa vacuum tu, ko jimat tenaga dia. Jangan nak peramah sangat bersembang dengan jiran sambil vacuum terpasang statik je. Rugi. Tapi, untuk keperluan aku, aku okay je dengan jangka hayat bateri tu. Sebab rumah kecik je, so tak perlukan masa yang begitu lama pun untuk habiskan satu rumah. 4o minit tu cukup sangat.

Kedua, kuasa sedutan dia tak la kuat mana. Kalau nak sedut sampah yang besar-besar dan yang lekat-lekat kuat kat lantai tu, dia tak mampu la. Then kalau karpet tebal sangat pun tak boleh kot. Lagi sekali, untuk kegunaan rumah aku, okay je dengan kuasa sedutan yang macam tu. Sebab rumah aku bukan la kotor sangat tahap neraka jahannam. Jadi, walaupun tak berapa kuat, masih mampu bersihkan rumah aku. 

Semoga aku terus istiqomah rajin vacuum, tapi dalam masa yang sama aku berdoa agar anak-anak aku tak istiqomah sangat membuat sepah. Huhu. Aku cerita ni takde sesape bayar pun. Begitu la nasib blogger timbul tenggelam macam aku ni. Kalau Cik Epal yang cerita pasal vacuum ni, mesti dah dapat bayaran ribu riban. Oh, i envy her so much.

Comments

  1. aishh..rindu nak blog gosiping...koi selalu nampak iklan vacum robot tu...rasa nak belikan mak kat kampung la...hihihi

    ReplyDelete
  2. boleh tahan intro... hujung2 baru faham tujuan utama entri.

    ReplyDelete
  3. aku sebelum kawen deal suh en suami basuh toilet... aku cakap aku malas basuh toilet padahei aku geli...tp sama cam ko gak kot..kalau harapkan dia 5bulan sekali kot br basuh huhu...last2 aku gak yg buat...

    pemudah kehidupan bila kemalasan tahap gaban datang adalah panggil cleaner tolong basuhkan hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...