Skip to main content

My Beauty Regime

Sejahteralah ke atas kamu...

Tajuk tu mesti la taknak kalah. Walaupun aku bukan instafemes mahupun hijabistas, tapi aku nak share juga la mekap yang aku pakai.

Okay sebelum tu nak declare dulu, aku ni bukan kaki mekap. Tak reti mekap. Dan tak kisah dengan jenama mekap. Aku beli sekadar untuk, 'asal boleh je', janji ada. Alat make up yang aku ada pun hanya bedak/compact powder, cushion foundation, lipstick, blusher(ni pun orang bagi) dan eyebrow-liner. Sahaja. Aku ada eye shadow tapi warna hijau dan bronze je, jarang sangat pakai. Lipstick pun aku ada 2 je. Satu jenis glossy, satu lagi jenis ikut warna darah. Jenama pun yang biasa-biasa je beli kat Watson/Guardian. Maybelline. SilkyGirl. Tu je la. 


Dalam post ni, aku nak share pasal cushion foundation yang aku pernah beli dan pakai. But still, jenama biasa-biasa je. Ye la. Aku ni bukan orang kaya. Rakyat marhaein je. 


Ada 5 jenis cushion foundation yang aku pernah guna;

1. Bio Aqua France Snow BB Cream Air Cushion (Casing putih)


2. Bio Aqua Air Cushion CC Cream (Casing ungu)

3. ST Professional Make Up Doll Skin BB Cushion (Sendayu Tinggi)


4. Original Raw 10 Cushion Foundation



 5. Laneige BB Cushion Pore Control


Semua aku beli secara online, kecuali Sendayu Tinggi tu aku beli kat Watson, Sunway Pyramid. Bio Aqua tu, nama cam meyakinkan je, packaging pun macam meyakinkan, tapi harga dia masyaAllah. Murah gile! Tak caya try cari kat Shopee. Boleh beli 5 set dengan harga yang hanya dapat 1 set Laneige. Original 10 Raw Cushion Foundation pula aku beli di Go Shop.



Aku dah buat ujian perbandingan terhadap kesemua cushion foundation ni untuk tatapan korang semua. Harap dapat membantu bagi sesiapa yang tengah survey foundation. 

Perbandingan tu adalah seperti berikut;

 1. Ujian Menutup Cela dan Bintik Hitam Pada Wajah
Aku tulis jenama setiap cushion foundation ni pada tangan. Dan aku cuba cover tulisan tersebut untuk menunjukkan sejauh mana setiap foundation mampu menutup cela di wajah. Setiap jenis foundation itu aku akan sapukan dengan jumlah sapuan yang sama amount nya. Aku menggunakan tangan sebab nak tunjuk demo kat muka, macam malu je. Ye la wakkk, kite ni tak cantik mana. Biasew biasyew jeww. Takde macam Wawa Zainal pun.


Hasil daripada ujian perbandingan ini aku dapat simpulkan, Laneige dan Original Raw 10 Cushion memberi coverage yang terbaik. Untuk Laneige, hanya sedikit sahaja diperlukan untuk cover tulisan pada tangan aku. Sapuannya hanya 2 lapis. Original Raw 10 perlu lebih sapuan berbanding Laneige. Hasil yang sederhana ialah Bio Aqua casing putih. Diikuti dengan Sendayu Tinggi, dan akhir sekali Bio Aqua casing ungu. Ketiga-tiga yang terakhir ini texture foundationnya sangat cair. Mungkin sesuai la dengan harga.





 2. Ujian Kalis Air. Wahhh... Over kan.



Aku lalukan air paip yang aku buka laju dalam masa seminit. Dan aku tumpukan laluan air tu satu persatu bagi setiap sapuan foundation pada tangan tadi.


Kemudian aku tengok kesan selepas tangan kena air. (Mohon jangan kecam kulit tangan kasar macam kulit buaya. Kuikui.)


Nampak macam semua masih kekal dan kalis air. Yang paling ketara langsung tak berubah hanya Laneige dan Original Raw. Kemudian lap guna tisu kering. Dan sental sikit-sikit. Hasilnya seperti dalam gambar. Sila buat kesimpulan sendiri ye.



3. Ujian Menanggalkan Make Up



Hasil, dengan menggunakan wet tissue, semuanya boleh tertanggal dengan mudah. So, takde masalah untuk membersihkan foundation ni asalkan ada wet tissue. Lagi elok kalo nak guna kat muka, gunakan baby wipes. Sebab kalau selamat untuk kulit bayi tu, maksudnya lembut la tu untuk kulit kita. Tapi kalau sape yang ada alergik, guna la produk yang sesuai untuk kulit masing-masing.


Rumusan; 

Dalam 5 jenis ni, aku paling suka Original Raw 10 Foundation. Walaupun kalau korang tengok aku test kat tangan memang la nampak macam bertompok, tapi bila dah blend dengan peluh dan sebum pada muka, dia jadi cantik glowy bersewi-sewi hokey. Kulit aku yang kering ni pun dah tak nampak flaky. Malangnya nak repeat order kat Go Shop dah sold out dah. Dah la sold out, tak restock plak tu. Hangin lintang sungguh aku rase satu badan. Bukan Go Shop je yang dah tak restock produk ni, tapi memang production daripada kilang pun discontinued. Ntah bergaduh rebut harta sesama adik beradik ke, ataupun kilang tu kena santau angin dengan pesaing ke, aku tak sure la. Keke.

Ranking kedua pula ialah Laneige. Dalam 5 jenis cushion foundation ni, hanya Laneige je cushion dia ada texture 3D. Kepekatan dia pula paling pekat. Memang tak perlu pakai banyak pun. Dan seperti yang korang dah tengok test pada tangan yang aku buat tu, warna Laneige nampak paling sekata dan natural. Yang ini juga boleh cover kulit kering flaky aku.

Yang lain tu average  je la. Sendayu Tinggi tu macam so-so je. Cair sangat liquid dia. Tapi ringan je foundation dia. Cuma tak berapa handal menutup cela dan tompok hitam. Kiranya kalau dia ni ditakdirkan jadi manusia, mesti dia akan jadi manusia yang tak pandai cover line, asyik kantoi je. Muehehe. So, kalau di antara 3 ni pula aku prefer Bio Aqua Air Cushion (casing putih). Sebab macam dia okay sikit daripada ST dan harga dia pun murah.

Allergic test aku tak buat sebab setakat ni alhamdulillah aku takde masalah allergic. Kulit buaya memang tak berapa nak alergik sangat. Masalah kulit aku hanya kering dan pori terbuka. Tu pun orang bagi petua suruh gosok dengan ais sebelum tidur, aku macam malas nak buat. 
 
Maka, itu sahajalah rumusan aku. (tak sia-sia cikgu BM aku ajar buat karangan jenis rumusan. Boleh manfaatkan untuk tulih blog rupa-rupanya. Mesti Cikgu Jaludin bangga ada anak murid macam aku. Eh, tetibe.)

Lepas ni kalau aku ada rezeki lebih, aku nak try Sulwhasoo dan Mamonde plak. Pastu Etude House dan ada lah beberapa lagi brand yang aku terfikir nak try. Aku lupa dah tajuk dia. Ajet-ajet Korea je kan aku ni. Sulwhasoo dengan Mamonde kira mahal juga la. Aku nak beli kena fikir 10 kali juga la sebab harga tu boleh beli beskal kat anak-anak aku atau boleh bawak anak-anak gi makan Sushi. Berbelanje perlulah genius. Dengan ekonomi sekarang, takleh la belanje guna otak udang. Kita kan nak bantu ekonomi US. Berkorban la sikit. Oppss...

KPop! Eh, tersamsul plak. KBai!

 

Comments

  1. semua yg disebutkan tadi...semua tak pernah guna...yer tak pernah guna bedak jenis cushion tu...hehehe...teruk betul penjagaan muka koi ni...

    ReplyDelete
  2. kalau kami di indonesia kalau mau beli produk kosmetik hal yang di perhatikan itu adalah ada label halalnya dan izin dari instansi kesehatan

    ReplyDelete
  3. hai lyd..lama aku tak masuk sini..hehe.lut apa kabo? rajin lagi ko blogging ye..keep it up..dah review makeup ni apa kata buat video makeup plak macam bella..hahaha

    ReplyDelete
  4. tabik! rajin buat ujikaji. Pengguna bijak ni!

    ReplyDelete
  5. first time tengok review detail macam ni..kipidap

    ReplyDelete
  6. boleh masuk raja lawak nih, tapi blog rumusan seriously amat berguna. Thank ya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...