Sejahteralah ke atas kamu...
Kawan-kawan ofis aku ni melampau tau. Masa aku cuti bersalin, derang pos gambar kuku yg derang cat guna nail polish. Marah sungguh aku. Main nail polish tak ajak aku. Nail polish yg kawan-kawan aku pakai tu jenis peel-off. Itu pun sebab ada salah seorang kawan aku yang aku panggil dia Harimau Bintang, ada anak dara yang masih bersekolah rendah. Anak dara si Harimau Bintang tu la yang membawa masuk nail polish peel-off tu ke ofis kiterang. Kalau tidak, makcik-makcik macam kiterang ni, mana la tahu akan kewujudan natang tu dalam dunia ni. Ingatkan jenis cat kuku yang macam cat yang takleh tanggal tu. Takut hoihhh nak pakai yang jenis tu, sementelah orang bercerita tentang jika mati dalam keadaan masih memakai cat kuku, nanti cat kuku tu takleh ditanggalkan daripada kuku walaupun dengan menggunakan nail polish remover. Jadi, kuku si mati perlu ditanggalkan daripada jari-jarinya. Spooky huh?
Nampak tak kat sini, jangankan budak-budak boleh terpengaruh. Kawan-kawan aku yang tahap-tahap ustazah ni pun boleh termakan dengan godaan nail polish. Dah, kata pompuan kan? Kalau dah namanya pompuan tu, mesti teringin nak pakai. Lagipun senang nak tanggalkan untuk berwuduk. Seronok la kita.
Aku masa tengah cuti bersalin tu, menggelupur rasa nak masuk kerja sebab nak gi main kuku-kuku dengan kawan-kawan. Pastu bila aku masuk ofis, aku suruh kawan aku bawak dtg ofis nail polish yang dia beli tu sebab aku nak try. Aiiii, pah ke ceroh dia tak bawak. Asyik lupa je. Taknak main dengan aku la tu. Takut aku pakai habis la tu cutex dia. (Ketawa tekup mulut dengan 2 belah tangan).
Lama sangat aku tunggu kawan aku nak bawa kat ofis, pastu aku nak gi beli kat kedai pun aku tak reti, lagipun tak tau kat mana ada jual, aku beli thru online je la penyudahnya. Teruk sungguh. Memang makcik-makcik sangat perangai kau kan kak? Ni memang balas dendam ni, Aku beli 8 kaler nail polish peel off tu. Okay starting from now let me call it 'cutex'.
Lepas dah beli 8 kaler tu, aku dah berjaya buat kawan-kawan aku jaki. Kami pun seronok je main warna-warna kuku time lunch hour kt ofis.
Pastu kan, kawan aku si Harimau Bintang tu dia taknak kalah. Senyap-senyap dia beli juga cutex yg macam aku beli tu sampai 20 botol!! Maju sungguh. Seronok sungguh kehidupan kami bila dpt cuba satu persatu warna yg ada.
Tak terhenti di situ je, dari masa ke semasa kami masih lagi membeli warna-warna cutex yang cantik yang kami belum ada. Semakin hari semakin tamak. Pantang ada salah seorang yang nak buat pembelian online, pasti ada kawan-kawan lain yang nak selit order. Padahal, kalau tanya orang lain, dah lama dah mereka tau pasal peel off cutex ni. Kiterang je yg ketinggalan zaman. Hukhuk.
Mari aku kongsi sikit kaedah memakai cutex peel off ni. Sorry ye, gambar-gambar ni agak disgusting. Sebab model tangan ni kulitnya hitam. (Aku la tu. Hahah.)
1. Untuk first-timer, masa pakai tu memang akan comot. but don't worry, practice makes perfect.
2. Perlu pakai tebal sikit, jangan terlalu nipis pada kuku. Nanti susah nak peel it off. Kalau pakai tebal pula jangan sampai terlalu banyak nanti bertakung pun tak cantik juga.
3. Pakai cutex tak perlu sampai betul-betul tepi kuku. Nanti susah nak tanggalkan.
4. Kalau nak mudah tanggalkan cutex peel off tu daripada kuku, boleh cuba basuh tangan, basuh pinggan lagi baik.
5. Cara lain untuk mudah tanggalkan cutex ialah dengan menggunakan wet tissue.
6. Boleh combine warna ikut kretiviti. Boleh lapiskan dengan glitters.
6. Boleh combine warna ikut kretiviti. Boleh lapiskan dengan glitters.
Persoalannya, boleh ke pakai cutex ni? Huhu. Aku pegang sebagai harus la kot. Sebab pakai bukan untuk tunjuk ke sesiapa dan bukan berniat untuk impress kan sesiapa. Tak pakai depan orang pun hanya pakai sewaktu di meja kat ofis je. Dan lagi satu, bila nak ambil wuduk untuk bersolat, senang ditanggalkan. InsyaAllah sah wuduk.
kita pakai inai je...tp suka jugak cutex jenis peel off ni...nti nak cubala...
ReplyDeletemenjawab soalan lyd dekat blog rin :cari dekat label review korean drama
Benda ni tak lama dulu, anak dara dalam rumah ni mmg kemaruk Lyd. Mak dia layankan jugaklah....to tak banyak warnalah. Sampai la, ada lagi bendanya. Lama dah tak pakai, lupa agaknya diaorang
ReplyDeletehahaha korg mcm kanak-kanak le ...
ReplyDeleteanak dara ai yg kecik tu yg suka main natang ni ...
ada la beli 2-3 kaler utk dia ... 2 Rm10 kot ari tu sebotol RM8 rasanye kat ioi city mall
saya tak tau pun! hahaa..ada anak sedara ckp gak sbb saya tegur bila nampak kuku dia warna2.
ReplyDeletebab warnakan kuku ni saya tak minat, hormon pompuan kurang kot.. :D
Makcik vogue ni pun tak tahulah, Lyd. Maklumlah zaman cutex-cute mute ni dah lama berlalu dalam hidup I tau. Eh, jangan fikir bukan-bukan pulak. Habis kisah lampau I you nak kenang-kenangkan dalam kepala tu apahal? Kahkahkah!
ReplyDeleteTak sangkalah ada juga grup makcik-makcik yang teruja benor nampaknya pakai cutex peel off ni ya, Lyd. Nasib baiklah I tak sepejabat. Kalau tidak, memang wajid terjerumus sama macam nih!
saya suka...saya sukaaa....
ReplyDeletebaru tahu kewujudan benda ni..hihikk kesian kat kami..cantik gak bila pkai kan.. yg penting senang nak tanggalkn...
ReplyDeletealamak..mak2 ni..main2 pulak kat opis ye..terbanyang anak perempuan mesti syok dapat main cutex ni
ReplyDeleteKiutnya kuku kaler-kaler! Ok la tu jenis peel off, senang nak tanggalkan. Kalau pakai warna merah ke maroon ala pakai inai :)
ReplyDeleteAmboiiii... Main kaler2 kuku nampak. Kemahen lagi tau.
ReplyDeleteFoh,
ReplyDeleteDari bintang.
mmmm so tak ada alasan untuk mencantikan diri kan...so xde alasan kna tgu period baru boleh pakai...salam perkenalan.
ReplyDeleteSaya takde period.
Deletebestnyaa.. lama dh tak pakai. yelah zaman dlu bkn jenis mcm ni. time period jelah. bwk gi skolah sorok2
ReplyDeletemmg meriahlah kaler2 ni.. Hehe.. Kalo kaler clear pon cantik..nmpk kuku cun je.. Cam lya mmg x suka pakai.. Inai pom x suka pakai.. Pakai pom time kawen..kerna terpaksa..haha
ReplyDeletepunya la lama tak singgah sini, sampai luth pun dah ada adik... apa khabar skrg? ingat kita lagi tak? hihihi..
ReplyDeletecomel sangat baby tu... bape bulan dah?
psstttt kutix tu best je nampak.. mcm nak gi beli gak..