Skip to main content

Peraturan Dalam Rumah!

Sejahteralah ke atas kamu.

It's been a while.

Okay, let me tell a story. Dalam rumah aku, ada peraturan-peraturan tertentu yang aku tetapkan untuk semua orang. Luth, papa Luth dan Yafith pun kena. Muahahaha. Aku agak kejam di situ. Alaaa, tapi semuanya untuk kebaikan keluarga juga. Dan sebenarnya orang yang paling banyak kena ikut peraturan macam-macam tu hanya Luth sorang je. Orang lain takde la mende sangat nak kena ikut.

Peraturan yang general untuk semua orang dalam rumah ialah:

1. Dilarang Makan Di Atas Karpet.
Kalau nak makan sambil tgk tv, silalah makan di atas lantai di tepi karpet. Kalau tidak, aku akan membebel berkarung-karung. Kalau ikutkan aku nak buat peraturan, 'jangan makan sambil tgk tv' terus. Tapi tak berapa nak logik sebab jarak meja makan dengan depan tv tu hanya lebih kurang 4 langkah je. Rumah kan kecik. Walaupun kecik, rumahku istanaku tau. Wowww.

2. Susun Selipar Sebelum Masuk Rumah.
Yang ni aku rasa biasa je kot untuk setiap rumah. Mesti la kena susun selipar, letak kat rak kasut. Luth pun memang menyerap peraturan ni dengan baik, sejak umur 2 tahun dia dah susun selipar dia sendiri tanpa disuruh.

3. Sinki Perlulah Sentiasa Kosong.
Aku ni agak pemalas tapi aku tak suka bersepah. Jadi aku buat peraturan supaya aku tak perlu buat kerja. Hehe. Dalam sinki tu aku memang takleh kalo ada pinggan yang tak basuh. Aku pesan siap2 kat hasben ai, kalau taknak basuh pinggan lagi, letak pinggan kotor tu kat atas tepi sinki tu takpe, asalkan jangan kat dalam sinki. It's a big NO. Part ni aku rasa hasben aku okay kot sebab kalau ikutkan, dia lagi la pengemas daripada aku. Rajin plak tu. Kacak plak tu. Eh, terpuji lebih-lebih pulak.

4. Jangan Sangkut Baju Merata.
Yang ni biasa hasben aku la. Sangkut kat kerusi makan. Sangkut kat birai katil. Sangkut kat baby chair Luth. Kadang2 kat tempat yang tak berkaitan langsung seperti di atas water dispenser. Daaaa?! Aku bebel jugak la, tapi dia selambe je menjawab. Dia kata dia tumpang kejap je, atau ayat yang selalu dia jawab, "ala, sementara je". Zaba je la.

Itu antara peraturan untuk semua orang. Peraturan-peraturan untuk Luth pulak lagi la banyak. Nasib kau la nak. Ini di antaranya;-

1. Main Tab Hanya Pada Jumaat, Sabtu dan Ahad Sahaja.
Dah zaman gadget. Takkan la aku tak bagi langsung dia main gadget kan? Kena ikut peredaran zaman juga. Dah cuba ko bayangkan kalau zaman kita kecik dulu, mak kita tak bagi kita main lompat getah atau main batu seremban. Mau kita jadi naik gila kan? Setakat ni peraturan main hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ni Luth masih boleh serap. Aku bersyukur sebab dia ni memang reti bahasa. Aku tak susah nak ajar dan jaga dia. Yang kelakarnya, ada sekali tu sebelum aku bagi tab, aku cakap, "boleh main tab hari ni, tapi Luth kena.....?", aku sengaja biar tergantung ayat tu nak suruh dia sambung. Dia jawab sambil mengekek-ekek suka, "........kena kemas mainannnnn". Aku pun iyekan terus la padahal sebenarnya aku nak suh dia makan nasi je malam tu. Dah dia offer plak nak kemas mainan, rasa nak melompat plak mama rasa.

2. Dilarang Bawa Mainan Ke Tempat Tidur.
Luth dan Yafith masih tidur bersama kami. Aku memang stressed out kat Luth, jangan bawa mainan kat atas katil. Kalau kami ajak dia tidur waktu dia tengah main mainan, then dia bawak mainan masuk bilik, aku suruh dia pergi simpan balik mainan tu. No way. Tapi kadang-kadang ada gak terlepas. Pandai dia, bila aku dah tidur, dia senyap2 gi ambik mainan dia. Biasanya satu je dia bawak. Aku kalau dah tidur aku dah takde mood dah nak membebel. Aku bior je la.

3. Makan Aiskrim atau Coklat Hanya Selepas Makan Nasi/makanan berat.
Kat umah aku biasanya memang ada aiskrim. Penting tu. Untuk dijadikan umpan untuk Luth dengar kata. Keke. Tapi yang lagi kuat makan eskem dan selalu ngabihkan eskem ialah papa dia. Aku kureng skit eskem. Kena ikut mood kalo nak makan. Biasanya kalau Luth nak aiskrim, aku akan pastikan dia makan nasi dulu. Lepas tu baru aku bagi dia aiskrim. Itupun 5 suap je. Kadang2 aku umpan dengan Horlick Malties. Itupun aku cuma bagi 3 ulas je. Kalau vitamin C atau vitamin kanak-kanak pun sama. 3 ulas je aku bagi. Certain time kalau prestasi dia bagus sangat macam dia dah kemas mainan sendiri ke, aku up sikit dos gula-gula. Jadi 4. Itupun dia dah menggelitik gembira. Terhibur pulak aku rasa. Yelah, mana taknya. Dia appreciate sangat padahal aku masa kecik dulu, nak makan cekelat sekilo pun mak aku takde marah pun. Ehee. Luth ni dia sangat choosy. Picky eater orang putish kata. Tapi yang bagusnya bila dia macam tu, dia memang tak makan sebarangan la. Kalau orang bagi makanan pelik-pelik sikit je, mmg dia refused. Nenek pengasuh bagi air sirap pun dia taknak sbb warna merah. Sumi jelly pun tak makan. Air kotak pun dia taknak kecuali susu dutch lady. Nuggets pun taknak. Burgers apatah lagi. Kalau jajan cikedis, yang potato chips macam Mr Potato atau Pringles dia makan la. Tapi dia tak pernah mintak kalau gi kedai.

4. Kalau Pergi Kedai Hanya Boleh Tengok Je Mainan, Tak Boleh Beli
Ini dah kira peraturan luar rumah. Tapi applicable hanya untuk Luth. Dia dengar kata je setakat ni. Memang tak pernah lagi menangis kat kedai atau pasaraya sebab nak mainan atau nak coklat atau nak eskem. Tapi pernah sekali ari tu dia menangis kat Midvalley bila aku suruh dia berhenti main kat games arcade dan ajak balik. Hahah. Comel. Tu pun aku tak turutkan terus. Aku bagi dia syarat dulu. Kalau nak main lagi, kena ikut mama dengan papa beli barang dulu, lepas tu baru sambung main. So dia okay la lepas tu. Lega aku.

5. Cium Adik Guna Hidung.
Luth ni sejak ada adik, dia punya cium kat adik dia sampai berlendir muka adik tu. Cium guna mulut kena air liur. Geli aku tengok. Menderita sungguh nasib adik dia. Aku selalu je larang dia cium adik dia. Nanti dia mesti dia jawab, "Luth nak cium guna hidung je". Haihh. Geram kiteww.

6. Jangan Gigit Kuku.
Orang kata kalau budak gigit kuku ni kecacingan. Ye ke? Habit dia gigit kuku sampaikan aku langsung takyah potong kuku dia guna pengetip kuku. Sentiasa pendek. Bab yang sentiasa pendek tu dah betul dah. Tapi selekeh la, kotor. Yekkk sangat kau ni Luth. Aku dah marah tak jalan. Aku dah slow talk tak jalan. Aku soft talk pun tak jalan. Aku bagi reverse psychology pon tak berjaya jugak menghentikan tabiat gigit kuku dia tu. Last sekali aku hypnose dia. Masa dia tengah tidur, aku cakap kat dia, "Luth tak gigit kuku kan?". "Luth tak suka gigit kuku kan?", "Gigit kuku tu kotor kan?". Setiap ayat aku tu, dia akan angguk. Kalau angguk tu maksudnya masuk dah dalam minda separa sedar dia. Aku ulang lagi selama beberapa hari. So, sekarang dia dah tak gigit kuku. Sebab aku tengok kuku dia dah panjang. Baru semalam aku potong kuku dia guna pengetip kuku. So, parents. Baca ni. Kalau ada apa-apa yang kita nak anak kita ikut cakap kita, boleh cuba cara hypnosis ni. Eh, aku ada sijil tau. Tapi level beginner je la. Kahkah. Cukup la tu, tau sikit sikit.

7. Letak Botol Susu Di Sinki.
Aku baru je buat peraturan ni dalam 2 minggu. Aku suruh Luth hantar botol susu ke sinki selepas dia minum susu. Buat masa ni, kadang-kadang dia ikut, kadang-kadang dia buat tak tau je. Tapi aku pun kalau peraturan baru, aku tak kuatkuasakan terus. Bagi masa sikit untuk dia sesuaikan diri.

Itu je la kot peraturan-peraturan yang aku ada untuk keluarga aku. Hasben aku pun ada juga buat peraturan. Peraturan buang sampah ikut kategori. Tapi tu memang perlu buat juga sooner or later kan. Kiranya dia dah suh kami berlatih buat dulu la sebelum PBT wajibkan asingkan.sampah. Demi menyahut seruan YB KJ.

Korang pula macamana? Ada peraturan-peraturan yang menarik untuk dikongsi? Mana la tau kan, kot-kot idea menarik yang boleh aku apply kat rumah aku pulak.

Aku belanje gambar Yafith sekeping. Ni nenek pengasuh panggil anak Oshin. Sbb mata sepet sgt ni. Dah tu, aku ke yang Oshinnya? Ke papa dia?

Comments

  1. Hensemnya Yafith..hehe..jgn gigit kuku tu susah skit nak larang kalau tengah tumbuh gigi, tangan masuk mulut..kuku habis tergigit sekali

    ReplyDelete
  2. Salam singgah bila ada kelapangan hari ini.Moga sihat2 selalu yer. Baguslah ada peraturan sendiri mcm ni. Didik anak2 sedari kecik, Apa2pun ada hadnya. Terbaiklah.. Baby baru yer... comel sgt ! tahniah

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mama !
    lamanya menyepi. rindu tau..

    of course kene wujud segala mak nenek peraturan tu dlm rumah kalau x mo serabut pala otak.

    setakat ni, rania sepah menan blh hadam lg tp bab apaknya suka letak baju kat kerusi lah, pintu lah ade je tempat nk di try test letak..
    mmg org llki mcm ni kot.. bila gtau sama la jwapan mcm asben lyd kate tu..
    panasssssss jek telinga nih. mata pula sakit nau nengok tau..

    ReplyDelete
  4. Peraturan mestilah ada Lyd kalau tidak sampai ke besar hidup takda peraturan. My husband takdalah letak baju mana nak tapi sesekali kalau datang malasnya tu ada jugalah diletaknya baju kat kerusi. Yang jadi mangsa selalu anak-anak lelakinyalah. Kalau kita suruh HD campak baju tu dalam laundry basket, serta-merta dilaungkan nama anak lelaki sulungnya suruh tolong 'campak dalam laundry basket'! Macamana nak amalkan kepimpinan melalui tauladan kalau gaya gini! Kalau I lah, sekali I cakap buat derk, I ambil baju tu terus campak dalam laundry basket, tak kiralah bersih ke kotor!

    ReplyDelete
  5. bab sangkut baju merata tu, aku pun buat. ehh, tapi sementara je tau. hahaha...

    ReplyDelete
  6. Banyaknya peraturan..bagus sebenarnya ada peraturan dlm rumah supaya anak terdidik sejak kecil..

    sy takda la pulak letak peraturan apa2.smua yg sy nak berlaku dengan baik sy keep cakap byk kali smp smua faham..lebih kepada mendidik la.ini pun nanua peraturan ke.huhu

    cthnya pas makan basuh pinggan.aiman buat peraturan ni..tp abah depa la pulak kadang2 kalut nk p kerja tinggal je dlm singki.tu cmna..sbb tu la ada peribahasa melentur buluh biar dr rebungnya.hahaha

    ReplyDelete
  7. Aduh lupa nk komen.comelnya la hai yafith ni..mata sepek..muka sweet jambu je

    ReplyDelete
  8. peraturan y kt rmh tu lbh krg je dgn lya..
    mkn kna mkn kt meja mkn je..
    klo org dtg rmh..siap fasya plok pesan..kna mkn kt meja mkn je..hahahaa
    adoiii..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya