Skip to main content

Isteri Cemerlang VS Isteri Pemalas

Sejahteralah ke atas kamu....

Isu ni mungkin dah basi bagi kebanyakan Netizens, tapi takpe la, aku nak juga buat ulasan. Dah kata blogger, kan? Mesti la nak kupas isu-isu hangat di alam maya walaupun pendapat aku bukan penting pun.

Aku percaya, ramai yang dah baca screenshot status daripada seorang wanita yang memanggil dirinya Cik Atenn tu kan? Kalau ada yang belum, biar aku share sikit screenshot status tu.


Masa mula-mula baca status dia ni, aku memang rasa hot. Haiihhh panas hati aku ni. Dalam hati aku berkata, "Kau dah kenapa pompuan? Bajet good-good je ni?", sambil bibir tersenyum sinis sebab aku tau Cik Atenn tu masih lagi belum ada anak. Tapi ternyata aku hanya hot-hot chicken shit je. Aku takde la marah sangat pun. Keke.

Mari aku nak flash back sikit. Suatu masa dulu, sebelum aku jadi seorang isteri, aku macam dah letak mind set bahawa nanti bila aku dah berkahwin dan menjadi isteri, aku akan jadi isteri tip-top. Penampilan aku akan jaga supaya sentiasa cantik berseri dan vogue, rumahtangga akan sentiasa terurus dan akan aku uruskan semuanya sendiri dengan cemerlang tanpa sedikit pun menyusahkan suami. Ewah, giteww azam budak hingusan. 

Waktu tu, aku pelik bila tengok kebanyakan wanita yang  selepas berkahwin je tak jaga penampilan. Seolah-olah dia fikir macam, "aku dah bersuami, aku tak perlu try hard dah untuk kelihatan cantik". Waktu itu juga aku kesian rasa dengan wanita jenis macam tu. Apa salahnya kalau maintain je jaga body, jaga the hotness dan vogueness serta semua 'ness' yang ada kan? Baru la suami tak cari lain. Tu pun salah satu pandangan enteng aku juga satu masa dulu.

Hakikat sebenar, wanita selepas berkahwin tu yang tak jaga penampilan mungkin sebab suami yang suruh pakai moderate je supaya tak jadi perhatian lelaki lain. Walaupun memang ada lelaki yang kisah dan ambil berat tentang penampilan isteri. Itu terpulang kepada jenis suami masing-masing la kan?  Dan sebenarnya ramai yang berpakaian seperti 'makcik-makcik' selepas berkahwin iaitu pakaian longgar, warna baju yang kusam dan tudung besar tu sebab nak tutup aurat. Bukan pasal mereka tak reti melawa. Alahhhh, setakat bergaya tu, apa la sangat. Ada duit, beli baju baru, warna terang, pastu fit sikit bagi nampak bentuk montot dan nenen, nanti otometik akan jadi vogue. Pakai mekap tebal sikit dgn eye shadow yang bersesuaian, nampak la menarik. Sesungguhnya bukan kerja susah pun untuk melaram. Yang susah ialah bila seorang wanita perlu seimbangkan aurat dan penampilan supaya tak nampak terlalu makcik-makcik sangat. Itu pun puas dah berkompromi.

Apa yang aku fikirkan waktu itu bagi aku agak berasas jika aku menjadikan mak dan kakak-kakak sebagai rujukan kalau bab uruskan rumahtangga. Mungkin ada suami masing-masing menolong, tapi mungkin waktu suami tolong tu aku tak nampak. Boleh dikatakan rumahtangga mereka terurus, anak-anak terjaga dan makan minum suami juga terjaga. Memang tip top. Itu pun waktu aku belum kenal bakal mak mentua aku siapa. Kalau waktu tu dah tau siapa sebenarnya yang akan jadi mak mentua, lagi la aku berkobar-kobar nak jadi isteri tip top. Semua benda uruskan sendiri hokey. Mana ada bapak mentua nak tolong dalam pengurusan kerja rumah. Mak aku pun sama. Semua urusan rumahtangga uruskan sendiri, abah aku mana ada tolong. 

Aku bukanlah nak memburukkan kaum lelaki yang sezaman dengan abah aku. Aku cuma nak cerita je yang kejadian lelaki bernama suami yang tidak membantu langsung kerja rumah itu wujud. Dan wanita yang bergelar isteri membuat kerja rumah seorang diri sambil jaga anak itu juga memang wujud. Lelaki zaman dulu, pinggan dia pun tak angkat hantar kat sinki selepas makan. Tinggal je kat meja, biar isteri kutip. Ada yang lagi berperangai dewa, air basuh tangan pun tersedia kat atas meja. Suami memang raja.

Jadi, bila fikir balik status Cik Atenn tu, aku memang tak salahkah dia kalau dia keluarkan status macam tu jikalau rujukan dia ialah kaum wanita di sekeliling dia. Sudah terbukti yang wanita zaman mak-mak kita dulu hebat. Hebat mungkin kerana tiada pilihan. Terpaksa buat semua, sendiri. Sebab kalau nak kata mereka surirumah sepenuh masa, sekarang pun ramai juga surirumah sepenuh masa yang memang marah gila sambil komen maki-maki terhadap status Cik Atenn tu. Sekarang alasan mak-mak ni ialah, bila dah ada anak, nak berak pun tak sempat. Aku setuju tu. Kalau aku duduk rumah jaga anak pun, gitu la juga gayanya anak aku. Aku masuk toilet baru je 4 saat, dia dah melalak kat luar toilet tu suruh buka sebab nak tengok aktiviti aku dalam toilet tu. Ada ke patut? Kang ternampak najis mutawasitah mak dia ni kang mula la tak lalu makan 44 hari. 

Jadi, pernah terfikir tak, cemana mak kita lakukan dulu-dulu?  Hebat kan?

Kita yang menjadi isteri ni kalau nak diikutkan memang la nak memenuhi keperluan suami dengan sesempurna yang mungkin. Isteri mana la yang suka nak biarkan suami buat kerja rumah selagi kita larat nak buat semuanya. Terutamanya masa baru-baru kahwin. Saat itu, semuanya indah dan kelihatan sempurna belaka. Tapi percayalah Cik Atenn, keindahan itu semua hanyalah fatamorgana sebaik sahaja bila ada anak. Bukan pasal dah malas nak buat kerja rumah lagi, masalahnya sebab ko sendiri akan keletihan disamping tidak sempat nak uruskan semuanya tanpa bantuan orang lain. Senang cakap, tanpa bantuan suami. Waktu itu, baru la ko akan rasa betapa tak bersalahnya disaat ko tengok suami ko pegang penyapu apabila rumah ko bersepah, berhabuk dan bersawang. Belum tengok kain baju kotor yang menimbun. Kalau suami tu jenis lelaki tahap sultan, memang takkan susut la timbunan tu selagi isteri tak selesaikan. Tapi kalau lelaki budiman, tentu akan faham dan ringan tulang untuk tolong isteri dia selesaikan rumahtangga.

Ramai orang marah dengan status tu bukan sebab mereka bencikan Cik Atenn tu, cuma rasa bengang sebab statement yang dibuat tu tidak berdasarkan pengalaman sebenar kebanyakan isteri. Itu lebih kepada pengalaman personal yang sepatutnya hanya perlu dibincangkan dengan kawan-kawan secara tertutup je, bukan secara terbuka di laman sosial. Memang la Cik Atenn share status tu di FB dia je, tapi kena ingat, once uploaded di FB, sesuatu tu boleh jadi viral. Kalau dah viral, memang teruk la kena kecam. Kena ambil pelajaran tu ye. 

Untuk Cik Atenn, jika membaca ni... Jangan la putus asa untuk menulis buku ye. Mungkin ini adalah salah satu perjalanan hidup pahit yang awak terpaksa tempuhi sebelum jadi penulis yang berjaya. Allah nak awak belajar dan dapat pengalaman melalui cara ini. Nanti kalau dah keluarkan buku betul-betul, lagi berat dugaan. Kot kena kritik dengan penganalisa buku ke. Lagi pedas kot komen yang akan diterima. Nasihat hakak, kena kutip pengalaman banyak-banyak lagi sebelum tulis buku. Mungkin boleh test market dengan buat e-book sebelum habiskan duit publish buku bercetak.

AKhir kata, all the best isteri-isteri terhebat semua. Teruskan berjuang dalam mengurukan rumahtangga dan mendidik anak-anak hokey. 

Comments

  1. jadi isteri dengan anak-anak kecil tak sempat nak uruskan diri sendiri pun. masa untuk diri sendiri pun kena curi-curi bagi ada.. huhu..

    ReplyDelete
  2. tu la kan panas jugak la baca status dia mula2..tp org masih dlm mood honeymoon kot..nk salahkan dia tak boleh jugak.sbb dia tak ada anak..tak rasa lg cmna makan garam.dia ada anak esok baru dia berakai.syok sgt layan suami macam sultan kan.haha..

    ReplyDelete
  3. Yelah...tgk rujukan la kan...
    Ramai je kaum bapak veteran yang berperangai dewa...

    ReplyDelete
  4. Cakap memanglah senang! Nak menterjemahkan cakap tu melalui perbuatan yang susah. Betul tu Lyd. Masa sebelum melalui, memanglah cita-citanya nak jadi isteri terbaik, tercantik, terunggul buat suami. Masa baru kahwin, memanglah semangat berkobar-kobar lain macam. Kalau boleh, pepagi suami nak basuh muka tu, air basuh muka pun kita nak sediakan walaupun bilik air sedepa aje dari katil. Bila dah ada anak satu, barulah terserlah 'ayu'nya... ^_^ Bukan senang nak buat semua kerja sendiri. Bukannya kita tak mampu. InsyaAllah mampu. Mak kita yang ramai anak mampu, tak akanlah kita yang baru ada anak satu tak mampukan. Kalau nampak sang suami tetiba ambil vakum nak tolong vakum lantai, rasanya bukan rasa bersalah, terus angkat tangan bersyukur ke hadrat Ilahilah sebab suami sangat 'memahami' ^_^

    ReplyDelete
  5. kalau pun kita mampu buat semua jangan ajar sangat laki tu jadi sultan kat rumah..sekali sekala biar dia tau juga buat kerja2 rumah ni..

    ReplyDelete
  6. Mmg terbakar bc status budak tu...biar dia kawin esok baru tau...kekekke

    ReplyDelete
  7. Rasanya hubs kita memula tergolong dlm golongan dewa2 nk jugak lyd..pastu bila kita dh start smbg masters ms thn 2008...hubs kita trs berubah tau..rajin jaga anak..tolong jemur baju..setel pinggan mgkuk kt dapo..inshaAllah..manusia ni kita blh didik...dan sentiasa doa Allah permudahkan kisah rumahtangga kita..amin

    ReplyDelete
  8. perhaps budak tu x kahwin lg kot....

    klau x keberatan boleh lar tengok n follow my blog http://perniagaan-yuk.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. bila dh sah hubungan suamiisteri, bg lya...suamisteri tu sdri harus saling mbantu dlm sgala urusan rumahtangga.. susah senang bersama..
    part buat kerja rmh tu... yelah..si isteri y lakukan..tp suami pom perlu bantu.. esp bila dh ada ank ramai.. & wanita bkerjaya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya