Sejahteralah ke atas kamu...
Sekarang ni, aku suka sangat tengok Shah Rukh Khan(SRK). *Tersipu i masa nak buat pengakuan ni tau*. Padahal biasanya kalau tak pregnant dulu, atau bila-bila pun sebelum ni, aku tak pernah minat pun SRK. Tak faham aku. Aku selalu je tengok clip video lagu-lagu daripada filem yang SRK berlakon. Yang paling aku suka lagu Chammack Challo. Lagu yang dinyanyikan oleh Akon untuk filem Ra One. Dalam filem tu SRK jadi robot.
Dulu masa mengandungi Luth, aku suka tengok cerita kartun Barbie. Lagi la melampau. Agaknya sebab tu la anak aku sopan kot. Sopan sangat la Barbie tu ye. Hakhak.
Bab alahan tu memang la sama. Tapi sekarang aku sukaaaaaaa sangat makan benda-benda masam. Tak padan dengan gastrik tu. Tak kira la buah ke asam ke. Kalau mangga, nak yang masam je.
Ini contoh benda masam yang aku suka makan sekarang. Aku panggil asam taik hidung. Hehehehe. |
Berbeza la dengan masa pregnant kan Luth dulu. Aku langsung takleh makan benda masam. Makanan yang masam membuatkan aku lagi loya. Waktu Luth dulu, aku hanya boleh makan buah honey dew. Sekarang aku dah takleh makan dah honey dew. Kembang tekak aku. Benda-benda manis aku dah tak berapa suka kali ni.
Ada dua benda yang aku mengidam nak makan. Satu dah dapat. Iaitu persimmon atau pisang kaki. Yang kedua, aku kepingin sangat nak makan kurma fresh yang masih ada pada tangkai. Yang masih keras dan berwarna kuning. Tapi memang aku rasa macam takde harapa nak dapat dalam masa terdekat ni. Sebab daripada pembacaan aku di Google, kurma hanya berbuah pada musim panas (summer) sehingga pertengahan musim luruh (Autumn). Sekarang ni bulan November. Dah musim sejuk. Takde harapan la nak beli. Kalau ada pun nanti mungkin tahun depan la baru aku dapat makan. Tapi takpe la. Malas nak fikir sangat.
Kandungan aku sekarang dah masuk 17 minggu, lebih kurang 4 bulan la. Alahan, muntah tu dah kurang. Pagi-pagi masih muntah, petang-petang masih loya. Tapi dah cukup baik sebab aku dah tak muntah bila makan. Dah boleh makan tu kira bersyukur sangat dah. Alhamdulillah. So, sekarang aku nak wish, "Welcome back weight gain".
Aku tak tau la kenapa, pregnant kali ni aku jadi malas sangat. Masak tu memang dah tak la. Kemas rumah memang jauh sekali. Rumah aku sekarang dah macam sarang beruang. Pastu yang paling jijik, aku malas mandi. Hakhak. Setiap hari aku mandi sekali je kalau hari bekerja. Tu pun memang mandi kerbau. Jirus air sikit, sabun ala kadar then bilas. Gosok gigi pun laju-laju je. Suami aku mandi lagi lama daripada aku mandi. Ye lah. Dia kan jambu. Kena la jaga penampilan. Kekeke. Tapi ada yang lebih jijik. Kalau time cuti, aku memang tak mandi 2 hari. MUahahahahah. Teruk benor aku rasa. Tapi aku rasa terlampau sejuk untuk mandi. Rasa macam nak kejang urat-urat aku kalau aku mandi. Harap-harap bau aku tak busuk la. Kalau busuk pun, harap-harap suami aku bertahan la. Bertabahlah ye Papa Luth. Lagi 5 bulan je lagi perangai pelik macam ni akan berlaku.
Dulu masa mengandungkan Luth, aku tak reti cemana rasa 'baby mengeras'. Luth pun aku hanya dapat rasa dia bergerak masa kandungan dah 7 bulan. Tapi baby yang kedua ni, masa 4 bulan ni aku dah selalu dah rasa dia bergerak. Pastu selalu mengeras. Rasa macam terharunya akhirnya dapat juga rase cemana kalau baby mengeras. Hari tu masa aku pegi buat rutin check up, doktor buat ultra sound, memang aku nampak baby aku duduk tak diam langsung. Asyik bergerak je ke sana ke mari. Doktor kata, aktif sangat macam ni, no wonder la mama dia alahan teruk sangat. Kehkeh. Tertanya-tanya jugak aku, "ada kena-mengena ke baby aktif dengan alahan?".
Jantina baby masih belum nampak. Aku excited nak tahu sebab aku tak sabar nak gi shopping baju baby. Tapi kadang-kadang aku rasa malas juga nak shopping sebab sebelum shopping, aku kena tengok dulu baju-baju lama Luth dulu yang mana boleh pakai lagi. Haaa, part itu la aku paling malas. Kalau boleh taknak la membazir sangat. Aku ni bukannya kaya. Selagi boleh jimat, aku nak jimat. Ni, baju aku pun dah lama aku tak beli. Sebab rasa macam takde feel langsung nak beli baju sendiri. Ye lah, aku kan konon-konon nak jahit baju sendiri je. Baju-baju ready made ni selalunya tak kena dengan kriteria aku. Kalau ada pun, aku kena mencari. Part nak mencari tu yang aku paling malas. Huu... Kriteria aku bukanlah nak yang vogue sangat pun. Cuma aku nak baju yang takyah gosok, tapi bukan Lycra. Baju mengandung pun takde lagi. Baby bump dah mula menjelmakan diri. Aku pakai jubah je la kot. Lagipun baju-baju aku, saiznya lebih kurang je macam saiz baju orang mengandung. So, apa nak risau, kan?
Ok, ni aku saje nak cerita. Ada orang sekampung dengan aku, di ups status kat FB. Dia kata tak sedar dia mengandung, sekali bila pergi check tu pun secara tak sengaja rupanya dah 6 bulan dia mengandung. Aku rasa, best gile dia ni. Mesti la kalo tak perasan tu takde alahan apa-apa. Tinggal lagi 3 bulan je. Takyah susah-susah nak menanggung. *Kawan sekampung aku tu kata, dia memang jenis yang aturan haid tak tentu masa. Lepas tu badan jenis gempal.*. Tapi tu lah. Rezeki orang kan? Seronok woo.
Itu je la nak cerita kali ni. Panjang kan, macam biasa. Hanya orang-orang yang gigih je rajin nak baca post aku yang panjang ni. Yang tak gigih, hanya tumpang komen walaupun sekadar baca perenggan pertama dan skip-skip. Peacee.
Komen peace je boleh...sebab setiap satu perenggan tu aku ada je nak komen...tp bila dah sampai bawah..lupa plak nak komen apa tah tadi..
ReplyDeleteMasa anak pertama dsn kedua dulu saya dan isteri memang excited nak tau jantina bayi. Tapi bila lahir anak pertama hingga ketiga lelaki, kami tak mau tengok jantina lagi, biar Allah tentukan...
ReplyDeleteTahniah sis :D
ReplyDeleteKlu msk blog lyd seyes rin gigih baca smpi habs..hahahaha...ngaku terus...
ReplyDeleteRin ms ngandung 4 4 ank rin suka makan benda manis...suka sgt okeh..aiskrim hmpir everyday..hadoii..tp alhamdulillah..xd plak gula ke diabetis ke..syukur sgt
Tahniah kak.. Alhamdulillah.. Bakal menjadi dua.. Smg sihat sentiasa.. Xde alahan lg.. Amenn..
ReplyDeleteklu berbeza dgn luth , mungkin baby girl kot ... sis plg suka kakak preggy sbb mcm2 mknn dia beli . sis tumpang sekaki ler ... hehehee
ReplyDeleteharap harap baby girl la kan.
ReplyDelete2 hari lyd, biar betul betul.. hikhiks.
Sama pula dgn akk masa ank 1st suka tgk citer barbie akk siap beli cd konon klu baby girl bole comey cam barbie tp yg keluar boboy hahah, yg kedua pun nk girl tp boy jg....hahaha yg ketiga buat xtau je tp alhamdulillah gigirl akhirnya... Baju pun masa baby rembat baju abg2 mls nk beli byk sbb baby cpt membesarkan.
ReplyDeletemengandung tak sama, pastu anak pun akan berbeza. semuanya special in their own way
ReplyDelete