Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Beza Yang Pertama Dan Kedua

Sejahteralah ke atas kamu... Sekarang ni, aku suka sangat tengok Shah Rukh Khan(SRK). *Tersipu i masa nak buat pengakuan ni tau*. Padahal biasanya kalau tak pregnant dulu, atau bila-bila pun sebelum ni, aku tak pernah minat pun SRK. Tak faham aku. Aku selalu je tengok clip video lagu-lagu daripada filem yang SRK berlakon. Yang paling aku suka lagu Chammack Challo. Lagu yang dinyanyikan oleh Akon untuk filem Ra One. Dalam filem tu SRK jadi robot. Dulu masa mengandungi Luth, aku suka tengok cerita kartun Barbie. Lagi la melampau. Agaknya sebab tu la anak aku sopan kot. Sopan sangat la Barbie tu ye. Hakhak. Bab alahan tu memang la sama. Tapi sekarang aku sukaaaaaaa sangat makan benda-benda masam. Tak padan dengan gastrik tu. Tak kira la buah ke asam ke. Kalau mangga, nak yang masam je. Ini contoh benda masam yang aku suka makan sekarang. Aku panggil asam taik hidung. Hehehehe. Berbeza la dengan masa pregnant kan Luth dulu. Aku langsung takleh makan benda masam. Makan...

2 Perkara Mendebarkan Bila Anak Demam

Sejahteralah ke atas kamu... Minggu lepas Luth demam. Aku rasa, mana-mana mak (dan ayah) pun akan terselit rasa panik bila anak demam, walaupun demam tu demam biasa je, termasuk la aku. Risau. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni kan macam-macam penyakit pelik-pelik yang muncul. Yang mula-mulanya nampak macam penyakit biasa tapi tetibe sebenarnya penyakit kronik yang tak dapat diselamatkan lagi. Abih tu macamana la mak-mak ni tak risau kan? Bila Luth demam, ada 2 perkara yang aku cukup rasa berdebar-debar nak harungi. Satu debaran negatif, iaitu risaukan kesihatan dia. Risau nak hadapi dia punya cranky dan tantrum. Tau je la kan orang sakit ni. Kalau kita demam pun rasa cepat nak marah je. Muka pun boleh bertukar jadi Maikel Jeksen dalam video clip lagu Thriller macam ni; Inikan pula kalau anak kecil yang sakit. Nak cakap sakit kat mana tak pandai. Yang boleh harapnya menangis je la sekuat-kuat hati. Mak ayah ni kalau tak sabar boleh terpelanting sampai ke dinding budak tu...

Perihal Orang Yang Berhutang.

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku pernah berhutang dengan orang, meminjam duit dengan orang, tapi aku dah habis bayar walaupun mungkin lambat. Walaupun lambat, aku bagi tahu siap-siap kepada orang tu, kenapa aku lambat bayar. Alhamdulillah hutang-hutang semua dah selesai. Perasaan aku bila dah habis bayar hutang tu memang rasa lega sangat. Rasa seperti melepaskan 10 ekor badak sumbu yang ada di atas pikulan aku selama ini. Dalam masa yang sama, ada orang juga berhutang dengan aku. Nak kata terlalu banyak tu, tidaklah sampai puluh ribu. Tapi ada la dalam ribu juga. Aku mula la rasa geram. Sebab aku rasa, aku gigih bayar hutang orang lain. Tapi orang yang berhutang dengan aku seolah-olah tiada usaha pun nak bayar hutang dia pada aku. Sampai satu tahap bila aku ingatkan dia tentang hutang, dia boleh tanya, "eh, ada eh?". Maksudnya dia tak ingat pun yang dia ada hutang dengan aku. Jadi ko expect dia nak bayar pulak kalau hutang tu pun dia tak ingat? Kalau ikutkan hat...