Skip to main content

Cerita Lembu Korban

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku sebenarnya malu nak cerita, tapi aku cerita jugaklah. Raya Haji tahun ni, adalah pertama kali aku melakukan ibadah korban. Huhu. Sedih kan? Raya tahun ni juga, aku tak balik kampung. Pertama sebab buat ibadah korban tu di flat tempat aku tinggal ni. Lagi satu sebab, mak dan pak mentua aku datang ke sini untuk beraya di sini. (Rumah adik ipar, di Banting). 

Di flat kami tu, ada 4 ekor lembu yang disembelih untuk ibadah korban tu. Salah satu daripadanya ada satu bahagian ibadah korban aku.

Dalam 4 ekor lembu tu, ada seekor lembu yang paling besar. Warnanya hitam. Dia gemuk dan nampak kuat. Lembu hitam yang besar tu adalah yang pertama disembelih. Kalau tidak silap, lembu tu dikorbankan oleh tokey lembu dan keluarganya. Selesai urusan penyembelihan lembu pertama tu, barulah turn untuk lembu korban yang ada bahagian aku. Kiranya lembu aku, adalah lembu kedua.

Jarak antara lembu hitam yang pertama tadi dengan lembu korban aku hanya lebih kurang 4 meter. Yang lembu hitam tu dah terbaring dah. Dah mati.

Oleh sebab ini adalah pengalaman pertama aku buat ibadah korban, semasa tukang sembelih berselawat dan memuji Allah bersama-sama aku serta orang-orang yang ada bahagiannya di dalam lembu kedua tu, aku jadi macam sebak sikit. Ye lah, ko bayangkan la. Punya lama aku hidup. Punya lama dah bekerja. Baru sekarang ada peluang buat ibadah korban. Dalam hati aku terharu la sebab Allah beri peluang kepada aku. Dan Allah permudahkan urusan aku. Sedih tau. Pastu aku dah start menangis dah masa orang sembelih lembu tu. Bukan nangis sebab simpati kat lembu tau. Tapi nangis sebab mengenang simboliknya ibadah korban tu dan macam-macam la benda yang buat aku rasa terharu sangat. Konon je kan.

Masa tengah feeling-feeling syahdu tu kan.... aku tengok orang-orang yang sebelah kiri aku macam lari. Potong terus feeling sedih aku. Berenti kejap nangis. (aku bukan la nangis teresak-esak tau. Cuma aku keluar air mata je la). Mata aku melilau memandang ke kiri. Kenapa pulak yang kecoh-kecoh tu? Sekali bila kawasan sebelah kiri tu dah clear sebab semua orang dah lari, barulah mata tertancap kepada lembu hitam yang telah mati disembelih tadi. Dia bangun nkau! Berdiri tegak memandang ke arah aku dan semua orang yang ada berdekatan situ. Berdiri dengan leher yang terkelobong dan masih berdarah berjejesan. Spooky gile oiii!

Masa tu tukang sembelih tengah sembelih leher lembu kedua. Sebelum tu ada ramai orang tolong pegang badan lembu yang sedang disembelih tu. Bila masing-masing dah tengok lembu hitam tu bangun, semua pakat lari tinggalkan tukang sembelih tu sendirian je dengan lembu yang dia tengah sembelih tu. Dalam masa yang sama, lembu hitam pun tengah tenung tukang sembelih. Cube ko bayangkan kejap apa perasaan tukang sembelih tu. Huhu. Aku masa tu dah menceliput lari naik tangga untuk ke jalan besar. Dari jauh aku nampak husband aku yang sedang mendukung Luth pun dah mencibang lari ke lorong nak masuk rumah kami. 

Memang panic at the disco la sorang-sorang masa tu. Mujurlah ada saudara seagama kita dari Pakistan yang turut serta dalam acara korban tu, pandai handle situasi genting tu. Mereka adalah dalam 3,4 orang lelaki dewasa berpakaian kurta mengambilalih untuk menguruskan lembu hitam yang bangkit dari kubur tu. Mereka la yang berhempas pulas untuk menjatuhkan semula lembu hitam tu. Rasanya sebab mereka lebih berpengalaman kot berurusan dengan lembu dan haiwan ternakan. Bravo! Tahniah baiya! Aku tengok yang tukang sembelih tadi pun dah selesai sembelih lembu kedua tu dengan selamat. Alhamdulillah. Lepas tu baru la aku turun balik ke tempat sembelih tu, dan masuk rumah. Mabuk la aku lama-lama bau darah dan tahi lembu kat situ.
Lembu hitam yang bangkit tu. *budak kenit tu pun pakai kurta jugak. Kemain orang pakistan minat ke dia. Siap amik gambar dengan budak Luth ni. Aku rasa sebab dia pakai kurta kot.



Macamana lembu hitam tu boleh bangun, aku dapat tahu ada orang pergi cabut ikatan pada kaki lembu tu. Kan aku dah kata lembu tu nampak kuat. Mungkin lepas putusnya urat halkum dan urat merih dia, dia masih ada kekuatan yang bersisa. Itu yang boleh bangun balik tu. Memang pengalaman betul la tu untuk aku. Heheh.

Daging bahagian aku, aku yang perlu agihkan sendiri. Mereka bagi dengan tulang dan hati serta limpa juga. Tapi agak susah juga nak agihkan daging-daging korban tu. Sebab nak cari fakir kat kawasan yang aku sendiri pun tak berapa kenal sangat orang situ, agak susah la. So, selain bagi kepada jiran dan keluarga, husband aku agihkan juga kepada saudara seislam kita yang bekerja di Petronas sebelah rumah kami tu. 


Daging korban yang dah dibahagi-bahagikan ke dalam plastik

Lepas tu masukkan pulak ke dalam paper bag.


 

Comments

  1. Ya Allah..camne boleh bangun lembu tu lepas di sebeleh..
    jarang ada orng letak dlm bekas kertas. elok darah daging boleh resap pda beg kertas tu..

    ReplyDelete
  2. mujur dia tak meluru terkam orang..masa tu agaknya mata dia pun dah kabur2, nampak mak ayah dia je melambai2 gitu..kan?/hahha

    ReplyDelete
  3. ya Allah Lyd, menakutkan! Sbb mmg ada org meninggal dek libasan lembu korban.
    Mmg pengalaman bercampur baur utk Lyd..gembira takut sume ada. hehee

    ReplyDelete
  4. Lembu korban nenek pernah terlepas dan kitorang adik beradik yang tengah excited nak tengok lembu kena sembelih ni bertempiaran lari. Kain baju kurung dah la sesempit mungkin. Nasib baik tak tersadung or disondol.. Hahahaa..

    Salam perkenalan.. :)
    http://anakcikgunawi.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. Woo...aku pub tak prnah buat jorban...cuma berhajat nk buat tahun depan

    ReplyDelete
  6. Tahniah Lyd.....
    Okje paham sangat air mata awak yg gugur tu....
    Okje selalu cenggitu tau....tetiba jer boleh nangis, tak ke haru tu hihi...

    Wah Luth dah ada baiya angkat yeh hihi....

    ReplyDelete
  7. ower lah lembu tu. masih ada rasa survive nak hidup. tahun ni aku ada buat ibadah korban untuk anak-anak aku. lembu aku lah yang paling meronta-ronta sekali dan menendang pak imam,payah nak handle. tapi taklah la rare mcm lembu yang hidup balik tu.

    hahahaha.

    sometimes depa cakap tu ikot karakter tuan dia. wallahualam.

    ReplyDelete
  8. Macam mana lah boleh bangun tu selepas sembelih. hahah. nasib semua ok tak ada pape.

    ReplyDelete
  9. Hihihi....lucu ada seram pon ada bc entry ni tauuu....nini masuk korban tapi tak p tgk pon....p amik daging je watbalik..kikikiki

    ReplyDelete
  10. Wow pengalaman pertama je dh tragis..lembu bangun dari kubur namanya.hehe..

    Luth memang comey apa..lg pakai kurta maunya abag2 pakistan tak ajak selfie

    ReplyDelete
  11. semoga ibadah korban diberkati., aminn

    ReplyDelete
  12. Memang kuat betul lembu tu yerp. Dah sembelih pon boleh bangun balik.

    ReplyDelete
  13. tak dapat nak bayangkan feeling masa tgk lembu tu bgn balik sambil darah memancut.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah

    amboi luth ada peminat jauh nmpak..

    ReplyDelete
  15. Smpt lg feling2. Haha... Tp alhamdulillah. Msh diberi peluang buat ibadah korban.

    ReplyDelete
  16. yeke? memang spooky giler tu
    kalau saya mau tak cukup tanah lari
    ngeri plak membayangkan

    ReplyDelete
  17. kes kt tmpat lya pom, lembu dh kna sembelih..siap lari smpai tgh jln..sampai jem hbs jln.. last tarik lembu tu perlahan-lahan dgn lori.. kuasa Allah semua tu...

    tulah, mmg ssh nk cari y betul2 fakir skarang kan...

    ReplyDelete
  18. terbaca entri lama nih, tahun 2017 ni ade cikKak buat ibadah qurban lagi tak? wak tanye je

    ReplyDelete
  19. Salam, saya Nurul, boleh saya minta izin untuk cik untuk share di Facebook?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya