Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Susahnya Bila Anak Dah Pandai Takutkan Hantu

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku memang tak pernah ajar anak aku takut. Takut yang berkenaan dengan takut hantu ke, takut gelap ke, takut bunyi guruh ke, atau apa-apa ketakutan yang sengaja aku create konon-konon untuk bagi dia dengar cakap aku. (Tapi dia takut dengan orang kalau yang tak biasa jumpa. Dan juga takut dengan aktiviti fizikal macam nak suruh terjun ke meja ke. Yang tu aku tak ajar. Sendiri datang). Mula-mula dulu, aku masih boleh suruh Luth ambil barang dalam bilik yang gelap seorang diri. Dia hanya akan bertenang je kalau bunyi ribut petir. Kalau aku tinggalkan dia seorang diri di mana-mana dalam rumah pun dia masih lagi bertenang. Sejak akhir-akhir ni, seksanya aku rasa bila anak aku dah mula pandai takut kepada hantu. Ntah mana dia belajar tak tau. Kang tiba-tiba dia kata.."Mama, ada hantu". Aku pulak yang rasa nak jadi hantu, sambil bertanya, "Kat mana ada hantu?". Dia jawab, "Dalam bilik". Aku dengan suami aku selalunya aka...

Cerita Lembu Korban

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku sebenarnya malu nak cerita, tapi aku cerita jugaklah. Raya Haji tahun ni, adalah pertama kali aku melakukan ibadah korban. Huhu. Sedih kan? Raya tahun ni juga, aku tak balik kampung. Pertama sebab buat ibadah korban tu di flat tempat aku tinggal ni. Lagi satu sebab, mak dan pak mentua aku datang ke sini untuk beraya di sini. (Rumah adik ipar, di Banting).  Di flat kami tu, ada 4 ekor lembu yang disembelih untuk ibadah korban tu. Salah satu daripadanya ada satu bahagian ibadah korban aku. Dalam 4 ekor lembu tu, ada seekor lembu yang paling besar. Warnanya hitam. Dia gemuk dan nampak kuat. Lembu hitam yang besar tu adalah yang pertama disembelih. Kalau tidak silap, lembu tu dikorbankan oleh tokey lembu dan keluarganya. Selesai urusan penyembelihan lembu pertama tu, barulah turn untuk lembu korban yang ada bahagian aku. Kiranya lembu aku, adalah lembu kedua. Jarak antara lembu hitam yang pertama tadi dengan lembu korban aku hanya l...

Cranky & Clingy

Sejahteralah ke atas kamu... Tajuk je bahasa inggeris, post ni dalam bahasa melayu. Jangan risau. Berdebor la tu nak buka google translate. Heheh. (cheh aku ingat org lain bodo bahse inggeris macam aku gamoknya. Kekeke.) My Beloved Husband Sejak aku pregnant ni, orang yang paling penat ialah husband aku. Sebab aku sangat-sangat mabuk. Selalunya tak ada tenaga, moody dan tak larat nak layan si kenit budak Luth. Aku tidur awal. Kul 9.30 malam aku dah tido. Husband pulak akan take over semua..... Maksud aku SEMUA tugas-tugas aku seperti basuh baju lipat baju sidai baju, kemas rumah, main dengan Luth, mandikan Luth dan penuhi semua keperluan rumahtangga termasuk la memasak. Huhu... Walaupun dia hanya mampu masak nasi dan sayur. Kadang-kadang goreng cekodok. Atau rebus kentang dan telur. Bukan sebab dia tak boleh masak makanan-makanan canggih yang lain. Tapi aku tak boleh langsung nak terhidu bau-bauan menumis atau bau rempah-rempah. Memang termuntah la aku.  Aku kesian k...

Style Rambut Lelaki Melayu Jaman Sekarang

Sejahteralah ke atas kami.. eh, ke atas kamu... Korang tahu cemana rambut mohawk? Takkan tak pernah dengar rambut mohawk? Ok, bagi yang tak tahu, ni la salah satu gambar rambut mohawk yang keluar bila ko taip 'mohawk'.  Aku perasan, ramai lelaki Melayu kat Malaysia ni yang suka buat rambut gaya mohawk ni. Kawan-kawan, keluarga, budak muda, budak kecik, separuh umur semua nak tiru gaya ni belaka. Selamat la aboh aku yang umur 80 tahun tu tak buat rambut gaya gini. Kalo tidak aku nak viralkan je kat FB biar dia femes. Boleh aku tumpang femes. Hehek. Amboi, giler femes rupa-rupanya aku ni ye. Biasanya rambut yang cuba digayakan oleh lelaki Melayu ni takde la macam gambar kat atas tu. Yang atas tu teruk benor rupe dia. Setakat yang macam Zayn Malik ni je. Kira jambu la kan kalau buat style rambut camni. Tapi harus la lelaki-lelaki melayu ingat, bahawa bukan semua jenis muka sesuai buat fesyen rambut gini. Kalau dah try sekali then nampak macam kelakar, next time...