Sejahteralah ke atas kamu.... Antara alahan mengandung dengan sakit bersalin, aku lagi tak tahan nak tanggung alahan mengandung. Ohh, saia taa kuadddd.... Sakit bersalin tu, walaupun kesakitan dia, memang bapak la sakit sangat, tapi dia macam sekali je. Rasa sakit sebelum bersalin masa contraction, lepas tu bersalin... then dah takde dah sakit tu. Tapi kalau alahan.... aduiii... pening kepala, loya sepanjang hari. Dulu masa pregnant kan Luth, aku memang akan muntah setiap kali aku makan. Huhu. Tiap-tiap hari. Sehinggakan berat badan aku turun banyak kilos. Aku dah tak ingat tapi aku rasa macam belas-belas kilo jugak turun. Mengandung kali ini, aku harap yang alahan tu tak terjadi. Kalau setakat rasa loya-loya tu bagi aku, aku masih boleh handle. Masa mula-mula aku tahu aku pregnant ni, kandungan dalam 5 minggu. So, alahan tu takde sangat melainkan rasa loya je. Aku dah rasa happy sebab harap-harap macam gitu je la alahan aku untuk trimester pertama ni. Masuk je 7 ming...