Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Email Untuk Awak

Awak..... Saya ada masalah..... Nak cerita at awak ni..... Masalah 1. Ini. Hand bag saya. Sampai macam tu sekali reputnya. Bag murah. Gitu la kaedahnya.  Penyelesaian 1. Beli beg baru. Tengok ni. Saya suka beg ni. Senang nak bawak gi shopping atau keluar bersantai. Boleh beli kat sini .... Masalah 2. Saya memang sentiasa nak sediakan makanan sihat untuk keluarga kecik kita. Tapi selalu je ter babas, ter linggam, ter alagapas... Bulan lepas kan saya dah beli meat grinder. Yang murahan punya je. Impian nak buat burger sendiri.  Sekali tak sempat nak buat apa pun, dah cair bahagian pemegang blade dia, sebab diperbuat drpd plastik. Sebab terlalu panas. Padahal itu saya baru guna untuk kisar tomato. Belum kisar daging pun lagi. Aduii...... Penyelesaian 2. Beli meat grinder baru. Actually lagi bagus kalau dapat food processor ni. Saya pilih yang pling murah dah ni. Sebab kita kan nak jimat. Teeheee.... Bo...

Resepi Chocolate Cheese Cracker Oreo. Gitu.

Sejahteralah ke atas kamu... Petua untuk mendapatkan cheesekut yang sedap dan rasa yang mewah, sila hindarkan daripada menggunakan susu pekat manis dan serbuk Milo. Kalau tidak nanti, rasanya macam air milo je la. Huhu. Lagi satu, guna cream cracker Hup Seng Cap Ping Pong. Baru la sedakkk.   Ini bahan-bahan yang aku guna. (Semua gambar diambil melalui Google). Cream cheese yang dalam bekas bulas tu yang aku gunakan. Yang jenis ni memang dah sedia untuk disapukan pada roti. Jadi texture dia tak begitu pekat. Jadi, kena guna sikit je susu, actually kalau tak letak susu langsung pun takpe. Susu boleh guna susu jenis apa-apa pun. Asalkan biskut tu boleh direndam. Anggap je macam ni, rendam biskut dengan minuman yagg sedap Bagi yang tak tahu, gula caster ni ialah gula biasa je. Cuma dia halus lagi. Tapi tak la sehalus macam tepung. Yang macam tepung tu dipanggil gula icing.

Semua Orang Nak Sihat, Tapi Tak Rajin Nak Sediakan Makanan Sihat

Sejahteralah ke atas kamu... Aku bukan tak tahu petua-petua untuk kurus. Aku tau banyak petua. Salah satu daripadanya ialah dengan meminum jus epal hijau setiap hari. Memang terbukti, sebab abang aku yang amalkan dan ternyata dia jadi makin selim. (Tapi dia pun taklah gemuk mana pun dulu, cuma boleh nampak la perubahan susut berat badan tu).  Ok, bila namanya 'abang', maknanya..... kalau dia nk minum jus apa sekalipun setiap hari, memang takkan menjadi masalah. Sebab walaupun epal tu dia yang belikan, tapi yang mem'blend'kan buah epal tu dan menjadikannya jus ialah orang lain. Dan pastilah orang itu ialah kakak ipar aku. So, kira untunggggg la.... Ada orang tolong sediakan. Cuba kalau aku yang nak amalkan macam tu. Daripada memotong buah, (sambil potong sambil makan), blend, tapis. Lepas tu minum. Lepas tu kena basuh semua. Aishhh... Buat sekali je sebulan boleh la sabar. Nak buat tiap-tiap hari? Ermmm, mmg aku takde kerajinan tu. Bagi aku, aku memang tak k...

Bertukar Rutin Itu Bukan Masalah

Sejahteralah ke atas kamu... Kita biasa berdepan dengan masalah. Bila munculnya masalah, jalan penyelesaian yang kita ada selalunya kita tak suka. Mungkin tak suka sebab banyak benda yang kita kena ubah, terutamanya rutin harian. Jadi, sama ada suka atau tak suka, kita perlu mengubah kebiasaan kita dalam melakukan sesuatu perkara, demi menyelesaikan masalah kita. Contoh ye aku bagi. Bila Luth takde pengasuh satu masa dulu, papa dia akan bawa dia berniaga. Oleh sebab kereta kami hanya ada satu, jadi aku yang selalunya drive kereta pergi dan balik ofis, kena naik tren bila balik dari ofis. Bukan itu je. Aku perlu bersilat tiap2 hari menyediakan bekal untuk Luth makan, sama ada masak bubur, nasik dengan sup, bihun atau sebagainya. Kalau masa arwah Nenek Zah yang jaga Luth dulu, aku tak perlu pun memasak bekal untuk Luth (maa dia masih sihat wal afiat). Nenek Zah kata tak perlu bekalkan apa-apa. Biar dia yg masak untuk Luth makan. Tapi bila dia dah jatuh sakit, aku perlu sediakan ...

Kisah Luth Yang Tak Menarik Pun

Sejahteralah ke atas kamu... Kalau ada sesiapa yang terlupa, aku cerita sekali lagi, nenek pengasuh Luth yang selama ni mengasuh Luth, dah meninggal dunia kerana cancer. Owh, begitu cepat tiba ajalnya. Aku masih terasa macam mimpi. Masih teringat-ingat dia pegang bahu aku untuk tenangkan aku bila aku risau pedooh masa mula-mula aku hantar Luth ke rumah dia dulu. Masih ingat dia kata, "Jangan risau, takde apa-apanya". Semalam, hari pertama aku hantar Luth ke rumah pengasuh baru. Aku risau pedooh lagi sekali. Memang rasa jiwa kacau juga sehari dua sebelum hantar tu. Sebelum ni, aku ada bawa Luth menziarah rumah pengasuh baru ni untuk suai kenal sesi pertama. Chey wah, macam masuk skolah plak siap ada bersesi-sesi suai kenal tu. Pengasuh baru ni namanya Makcik Yam. Luth panggil nenek Ayam. Pun boleh la Luth. Asal ada bunyi je sudah. Lepas lawatan pertama tu, aku balik kampung seminggu. Lama la spend time dengan Luth. So, bila nak hantar Luth ke pengasuh selepas bercuti ...