Skip to main content

Sewing Tools Kit Pattern

Sejahteralah ke atas kamu...

Ini contoh sewing tools kit yang aku buat sendiri. Tujuannya adalah untuk menyimpan alatan menjahit aku dengan lebih kemas dan tersusun. Mutu jahitan memang la 'out'. Tengok warna benang pun terlampau contra dengan warna fabric. Tapi macam biasalah, asal boleh je aku ni.



Aku gunakan fabric daripada shopping bag. Malah, memang shopping bag tu la yang aku potong untuk buat sewing tools kit ni. Senang bila ada beg peralatan menjahit macam ni. Senang nak usung bawak pergi-balik ofis. Kadang-kadang ada masa rasa nak menjahit waktu rehat kat ofis. Siapa nak tempah angkat tangan? Okay, tempahan ditutup. Hewhewhew.

Comments

  1. Ok.. tak sempat nak order.. tempahan dah ditutup rupanya.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. cantikkk nye kreatif la bleh guna beg shopping tu..

    ReplyDelete
  3. nk tempah soh buat dress kat rania la, boleh ?

    ReplyDelete
  4. Tempahan baru dibuka dan kemudian dah ditutup? Ruginya saya...

    ReplyDelete
  5. Tabik kt lyd.pndai dan kreatif sgt.pndai jahit jubah bdk x.hehe.klu pndai nk tmph ni..

    ReplyDelete
  6. Pandai lyd buat sendiri..acik mesin jahit pun tak de dah sekarang ni

    ReplyDelete
  7. akak memng kreatif... sy ada jgk kit alatan jahitan ni.. dpt free masa masuk Palapes dulu.. yg army punya.. smpai skrg still guna lg... sbb senang nk bawk p mana2.. hehehe

    ReplyDelete
  8. kira ko ni tergolong dlm org kreatif gaklah..

    ReplyDelete
  9. kreatf.cantik apa lyd.boleh bukak tempahan dah ni

    ReplyDelete
  10. Bestnya jadi orang yang pandai menjahit nih.

    ReplyDelete
  11. Oh, bangganya I kalau dapat buat satu macam ni! Haruslah nak kepit bawah ketiak ke hulur ke hilir kembang kempis hidung ni rasa bangga tak bertempat. Tapi itulah, nak jahit butang pun terkial-kial inikan pulak nak buat sewing tools kit katanya. Silap haribulan syok menjahit terus dapat blouse sehelai walaupun asalnya nak buat sewing tools kit katanya *_*

    Nak tempah! Nak tempah!

    Amboi, sombongnya! Cepat jerk tutup tempahan maklumlah dah ramai pelanggan katanya *_*

    ReplyDelete
  12. baru nak tanya dah kena tutup tempahan ... elok wat side income jual online ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...