Sejahteralah ke atas kamu........
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Kata Ustaz, kalau mahu hati betul-betul tenang, 10 minit sebelum masuk waktu, kita dah tunggu dah nak solat. Dah ready ada wudhuk dan hanya tinggal nak solat je.
Selepas solat pula, selepas berdoa duduklah sekejap untuk muhasabah diri. Bermonolog dengan Allah. Cuba bercakap dengan Allah, mengadu dengan Allah. InsyaAllah kalau kita bercakap dengan Allah, kita takkan dikata gile.
Kita ni, contohnya pasangan suami isteri la. Kadang-kadang kita dah tahu dah pasangan kita dah selamat sampai ke destinasi perjalanannya. Kita nampak dah kawan dia dah update gambar dia dengan pasangan kita di Facebook, tapi kita tetap nak tunggu pasangan kita sendiri yang inform kat kita, "Saya dah selamat sampai dah, alhamdulillah". Betul tak? Perasaan bila dia sendiri beritahu tu seperti terapi emosi untuk kita [yang isteri je la kot rasa macam terapi]. Atau pun contohnya yang selalu jadi kat aku. Bila anak aku nangis, aku tahu dia nk susu, tapi aku sengaja nak suruh dia cakap, "Nak tutu", baru aku gi buat susu. Sebab aku rasa macam comel sangat bila dia sebut tu. Saje nak dengar dia sebut sendiri.
Jadi, sama jugalah dengan apa yang Ustaz Sabri cerita. Allah hanya nak mendengar rintihan dan rayuan hambanya. Walaupun Allah dah tahu apa yang terjadi kepada kita sebab kita ni
hambaNya, kadang-kadang Allah hanya mahu mendengar kita minta
daripada-Nya sebelum Dia memberi kepada kita. Kita tak tahu betapa sayangnya Allah kepada kita. Dan kita pun takkan dapat membayangkan betapa comelnya kita ni di mata Allah, sehinggakan Allah kadangkala suka mengusik kita dengan ujian. Dulu, aku pernah jadi cikgu. Aku selalu usik budak-budak comel yang aku suka. Dalam erti kata lain, aku suka buli dierang. Sampai derang rasa macam cikgu ni selalu je buli dia, mesti sebab cikgu tak suka dia. Tapi sebenarnya kita lagi suka usik orang yang kita suka kan? Haa, bolehla cuba relate dengan hubungan kita dengan Allah.
Ustaz bagitahu, Rasulullah pernah bersabda, 'Setiap kebaikan itu adalah Islam, kerana setiap kebaikan itu datangnya daripada Allah.'.
Ustaz beritahu lagi, jika solat kita yang kita lakukan tu ala kadar saja, bermakna, kita belum lagi termasuk orang-orang yang soleh. Jika kita melakukan perbuatan soleh, walaupun di belakang anak kita, insyaAllah aura orang soleh tu akan sampai kepada anak kita yang akan menjadikan anak kita insan soleh.
Ada 4 peringkat di dalam perhubungan manusia.
1. Forming
2. Storming
3. Norming
4. Performing
Forming adalah proses membentuk sesebuah perhubungan. Kalo yang baru kahwin dan bercinta selepas nikah, masih di peringkat forming. Proses mengenali hati budi, kenal pasti perangai dan menyesuaikan diri dengan pasangan.
Selepas melalui fasa forming, akan berlaku storming. Iaitu sebarang ketidaksefahaman. Masalah-masalah yang kita kenalpasti dalam diri pasangan. Kekurangan-kekurangan dia yang sebelum ni kita tak nampak but now dah terang lagi bersuluh spotlight.
Cara kita menangani storming ialah dengan menyesuaikan diri dengan segala kekurangan tu. Proses pasrah terhadap semua storming itu dipanggil norming. Maksudnya, macam redha dan alah bisa tegal biasa dah dengan kekurangan-kekurangan pasangan.
Akhir sekali, barulah hubungan itu berada di dalam proses performing. Menuju puncak, gemilang cahaya menuju cita, seindah rasa.
Okay, yang ustaz bagi tips tadi, katakan la rumah tangga kita ada masalah. Rasa macam sampai tahap pudar, dan bila tengok muka pasangan je dalam hati rasa macam, "Ya Allah, makhluk ni lagi. Takde muka lain dah ke yang nak muncul depan mata nih.", kalau dah tahap gitu, kena cepat-cepat forming semula hubungan kita. Salah satu cara yang paling berkesan untuk forming semula hubungan suami isteri, ialah bawa pergi berjalan. Ataupun melancong. Seelok-eloknya pergi ke tempat yang jauh. Yang takde orang pun kita kenal kat situ supaya kita hanya bergantung antara satu sama lain je, dah takde pilihan. Ustaz kata, insyaAllah bila spending time semasa travel tu akan memulihkan hubungan suami isteri.
Okay itu je la yang dapat aku kongsi. Ceramah pun pendek je. Sejam je. Harap ada manfaat untuk yuolls.
banyak ilmu yang dikutip kat entri ni
ReplyDeleteWow.serius suka baca entry lyd hari ni.byk sgt ilmu yg rin dpt lyd.tq so much
ReplyDeletealhamdulilah..terima lasih atas ingatan nie..kadangkala yan ni ada ego juga..tahu nak menang je :-((
ReplyDeletePerkahwinan adalah satu evolusi perasaan yg sukar dijangka. Makin lama kawin, makna cinta menjadi satu variasi yang kian kompleks dan sukar diterjemah dengan kata-kata mudah...
ReplyDeletesetuju..
ReplyDeletekita pernah rasa mcm tu
ye la dh lama kawin anak xda.. kan.
pergi bercuti.. baru tahu..
thanks lyd..
banyak ilmu ustaz bagi dikongsi bersama2 pembaca blog lyd..ehh kena melancong tenpat jauh2 perlu fulus agak ustaz.hahaha..gurau je!
ReplyDeleteyg siap sedia seploh minit sebelum waktu Solat tu la punya susah nak buat..belum kategori soleh lagi la..uhuk..
Sangat bermanfaat ni..
ReplyDeleteBoleh saya share di FB?
Boleh Daddy Ziyyad. Saya berbesar hati.
DeleteFSNP step yg kena harungi dgn akal yg positif ;) TQ sharing...
ReplyDeleteSALAM SINGGAH
ReplyDeletetq sharing. memang tengah ada masalah pun skrg ni. tapi tu lah. rilek2 dulu.
ReplyDeleteThank you, Lyd. Bermanfaat sangat-sangat walaupun tak pergi mendengar sendiri. Lain kali you buatlah selalu macam ni. Suka pulak I membacanya. Mana yang elok, boleh juga kita teladani, kan.
ReplyDeletecara penyampaian yg baik, gunakan analogi..mudah nak paham. i like!!!
ReplyDeletenice sharing.
ReplyDeleteorg bujang ni dok fikir , mcm manalah agaknya bila dah melangkah masuk ke alam perkahwinan ...
ReplyDeleteterima kasih kak lyd atas perkongsian.. sgt bermanfaat.. insyaAllah
ReplyDeletebtw..byk manfaat dalam membentuk sesebuah hubungan sesama manusia mahupun dengan Pencipta..
ReplyDeleteThanks for sharing lyd. Sangat bermanfaat.
ReplyDeletePatutla tak pernah gi berjalan jauh...si dia tak jemu tgk muka koi rupanya
ReplyDelete