Skip to main content

Cara Mudah Membuat Playdoh Atau Plasticine Di Rumah

Sejahteralah ke atas kamu...

Saje nak share resepi membuat playdoh di rumah. Kalau korang ingat lagi masa kita kecik dulu, main plasticine atau nama kampungnya tanah liat, bau dia, Allahurabbi, macam nak pitam. Bau macam cat yang kuat sangat kan? Itu sebenarnya toksik. Eh cemana mana eja dia? Toksid? Toksin? Tokmoh? Ahh tak kisah la, yang penting in English dieja toxic. 

Banyak je non-toxic plasticine dijual kat pasaran. Cuma nak membelinya tu, mampu ke? Beli sekali memang la mampu. Beli banyak kali boleh mampu[s]. *plural*.

Meh sini aku nak ajar cara korang berjimak berjimat dengan membuat sendiri playdoh untuk anak-anak yang baru nak up ni. Ramai dah tahuk rasanya, tapi kalau yang tak tahu, silalah baca. 

Pertama sekali ingin aku pesan, untuk membuat playdoh ni ada banyakkkkkk resepi. Tak semestinya apa yang diajar oleh seorang tu adalah paling betul dan takleh tukar-tukar ingredients. Be creative and open your mind. Ni salah satu resepi paling mudah dan sempoi mampoi cikepoi yang aku dapat daripada kawan balik terbaru aku, iaitu G to the O to the O to G to L to the E, gooooo google!! [*berangan nak jadi pom pom girl dulu masa kecik, tapi tak layak sebab muka banyak jerawat*].

Okay...okay... Back to the track. Ini bahan-bahan yang kita perlukan untuk buat playdoh sendiri.


1. Tepung gandum cap Sauh. Atau cap wau atau cap kunci atau ikut suka. Aku guna tepung Self Raising flour yang aku beli konon-kononnya nak baking, tapi pah ke ceghoh batang idung kek pun tak muncul. Memang aku dan kek tidak ditakdirkan bersama, melainkan untuk makan je. Buat kek? Nehi babuji nehi.

2. Pewarna makanan. Ko boleh guna pewarna sirap ros, atau pewarna lebihan yang korang guna buat apam polkadot ke kalo ada buat la. Atau beli je la food coloring. Sebotol baru singgit setengah. Nak guna setitik je pun. Yang lebih tu, nanti boleh guna buat water color home made pulak. Nanti aku kongsi kemudian.

3. Losyen tangan dan badan. Biasanya lepas kita bersalin, akan dapat banyak set toiletries baby yang ada mandian bayi, losyen, talkum. Tapi biasanya losyen lambat sikit habis. Eh, ke anak aku je yang tak pakai losyen. [Jap tengah fikir.]. Aku rase ye la.. Anak aku je yg tak dipakaikan losyen. Sebab tu kulit dia kerapu sikit dengan gigit nyamuk. Atau pun boleh je gunakan losyen mana-mana yang dah tak kuasa nak pakai tu. Daripada biar dia berubah bau warna dan rase, lebih baik le tukar jadi playdoh. *Resepi asal suruh gunakan hair conditioner. Tapi kat umah aku takde hair conditioner, so aku kan terlebih kretip. Aku pakai je la losyen. Utk makluman, aku memang spesis tak rajin pakai losyen. Huhu, Sebab tu kulit aku macam kulit buaya. Boleh buat handbag.


Okay itu je 3 bahannya. Playdoh yang aku buat ni tak sesuai utuk dimakan ye. Kalau nak resepi yang boleh dimakan tu, kena gunakan tepung, pewarna dan air garam. Tapi walaupun kata selamat dimakan, kalau anak termakan banyak, boleh cirit birit juga. Dah tu tepung mentah kan? Apa tak ciritnya. Playdoh ni kalau untuk anak yang besar Luth dan tengah excited nak makan tu, tak sesuai la. Tapi kalau untuk anak yang dah 4 tahun dan dah pandai beza makanan dengan plasticine, insyaAllah bagus. Pertama sebab secara tak langsung boleh melembutkan tangan mereka. Dan kedua senang nak cuci dan tak melekit sangat kalo tertinggal kat lantai. Maklum le, dalam losyen kan bahan dia licin dan menyerap. Satu lagi kelebihan guna losyen ni, dia akan berbau harummmmm je.. 

Nak tengok je gambar ni. Dan cuba hadamkan. Kalau tak faham angkat tangan.

















So, that's it. Rupa mmg nampak macam kering, tapi mereka sebenarnya sangat moisture dan lembut serta tak mudah patah. Agak liat-liat la. Selamat mencuba!

Comments

  1. ini je ke bahannya?nampak mudah benau.. ingatkan kena tambah tepung pulut bagi liat-liat

    ReplyDelete
  2. tq share..akak nak buat..nak bagi cucu main.. :-))

    ReplyDelete
  3. Ok nk cuba buat sbb ari tu beli playdoh kat budak2 ni pastu doh tu dh keras dan dah bercampur warna

    ReplyDelete
  4. cantik..eh jimat sgt ni bleh bikin sndri ^___^

    ReplyDelete
  5. Nampak mudah aje utk buatnya, tapi kalau saya try buat mesti tak jadi!!

    ReplyDelete
  6. aku rasa nak buat juga kat luth aku..
    kalau tak jadi siap ko..

    ReplyDelete
  7. Yeayyy balik nak buat utk anak buah, takdelah kene beli playdoh yang mahal ituwwww hehehehe

    ReplyDelete
  8. ohh best letak losyen,sbb bau wangi.tunggu Afia besar sikit baru buat.haritu buat habits dilenyeknya kotorkan rumah.aiman pulak tak minta.main kejap je.budak lalu lot.,ke anak aku yg tak kreatif.haha

    ReplyDelete
  9. Senang sangat nak buat yerp. Baru jer beli tanah liat kat daiso ☺

    ReplyDelete
  10. Alahai senang betul rupanya! Nasib baik kat rumah dah takda siapa nak main playdoh lagi. Tapi kalau ada, memang pi supermarketlah cari bahan. Katanya senang jerk kan. Kalau I benda senang macam ni lepas 2,3 purnama barulah menjelma objek yang dibuat tu *_*

    Ex pom pom girl buat playdoh ni untuk siapa? Untuk Luth ke atau untuk mamanya yang gian main tanah liat dulu-dulu? I know, I know, tak payah jawab ^_^

    ReplyDelete
  11. klu dah jadi momy blh la cuba . utg luth dpt mak yg caring cam gini ...

    ReplyDelete
  12. dah byk kali nk buat..tp kesudah tak buat-buat lagi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya