Sejahteralah ke atas kamu...
Aku suka sangat makan fast food walaupun aku tahu itu adalah makanan yang sangat tak sihat. Aku masih tergamak lagi makan burger dan kentang goreng yang aku beli dari restoren makanan segera. Biasanya aku makan fast food masa hari bekerja. Aku memang jarang sangat beli fast food jika Luth ada bersama aku.
Pernah sekali tu, husband aku cuti. Dia bawak Luth datang ofis aku. So, petang tu sebelum balik, kami sempat beli set burger di Burger King. Sebab masa tu ada promotion kupon yang berharga RM6 dapat beli belian bernilai RM20. Aku beli burger yang setnya ada kentang goreng. Aku harap-harap Luth tak suka, tapi jangkaan aku silap. Aku tengok anak aku makan beriya sangat kentang goreng tu. Pegang tangan kiri dan kanan. Lepas tu suap laju-laju, then tadah tangan mintak lagi. Waktu tu rasa macam nak luruh hati aku sebab rasa bersalah, bagi dia makan makanan yang tak sihat. Well, ko tahu la kan. Kentang goreng daripada restoren makanan segera, dengan bahan pengawet, dengan minyak gorengan yang berapa kali ulang tu, dan ntah apa yg dimasukkan lagi pada kentang goreng tu pun kita tak tau. Seram sejuk bila aku fikir. Kita yang dewasa ni, mungkin takpe lagi walaupun tak elok. Sebab kita dewasa. Yang si kenit tu, perut suci lagi. Owhh... Ku tak relaaaa... *tekup muka*.
Sejak kejadian tu, aku memang tak pernah beli lagi fast food depan Luth. Hehe, tapi aku masih mentekedarah lagi burger dengan fries. Ni pun kejap lagi rasa nak gi beli Whopper Double kat Burger King. Hakhak.
Jadi, demi memenuhi selera anak aku [sekali sekala], aku bersemangat api nak buat sendiri fries di rumah. Gigih aku mencari gi google. [Sebenarnya tak gigih mana pun. Senang je jumpa peralatan ni.]. Namanya Potato Chipper. As Seen On TV katanya.
Aku beli produk ni sebab nak dapatkan bentuk kentang goreng yang sekata dan sama saiz. Baru nak nampak sopan santun sikit masa nak makan tu. Aku gunakan ialah 6 biji kentang jenis Russet. Sebab kentang ni besar-besar, isi putih dan kurang mata tempat tumbuh tunas tu.
Langkah demi langkah membuat kentang goreng. Cara ni aku adaptasikan daripada How's It Made yang aku tengok di YouTube.
1. Kupas kulit kentang dan potong guna potato chipper. *Harap maaf, tiada adegan mengupas dan adegan memotong kentang pula dilakukan oleh Mat Azghul. *
2. Rendam kentang yang telah dipotong di dalam air biasa selama 5 minit untuk membuang kanji pada kentang itu.
Pangjangggggg.... |
3. Selepas itu, tos kentang tersebut dan keringkan. Lap dengan tisu jika ingin cepat. Kalau ada banyak masa lapang, boleh tunggu kentang tu mengering sendiri.
4. Kemudian kukus atas rebus kentang tersebut sehingga separuh masak. Ingin diingatkan, jangan terlebih kukus atau rebus. Nanti kentang terlalu lembik akan menyusahkan proses seterusnya. Hanya sekadar separuh masak. Masa dicadangkan: 15 minit.
5. Selepas kukus. Biarkan sejuk [suhu bilik]
6. Kemudian goreng separuh masak lagi. Jangan sampai garing.
7. Selepas itu toskan minyaknya. Biarkan sejuk seketika sebelum dibungkus untuk dimasukkan di tempat sejuk beku anda.
Kalau nak makan terus, di step no 6 tu, selepas angkat, goreng semula. Pandai-pandai la kawal api ye. Jangan besar sangat nanti hangus dan jangan terlalu kecil nanti serap minyak. Minyak untuk menggoreng pula haruslah banyak. Jangan goreng setakat minyak pada dasar kuali je. Tak setaraf mekdinal la kentang goreng tu nanti.
Masih lagi failed bab-bab menggoreng. Serap minyak. Heh. Bingai. Yang aku buat ni agak lama aku kukus, jadi dia terpatah-patah. Lepas ni insyaAllah boleh improve. |
Memang leceh sikit nak buat ni. Sebab banyak step. Tapi bila aku tengok anak aku makan sungguh-sungguh, aku rasa berbaloi dan terharu sebab aku tahu makanan tu aku buat sendiri, dan terjamin kebersihan dan mutunya.
wahh siap ada alat ptong kentang tu ye...cantik jadi panjang2..
ReplyDeleteermm tapi mcm renyah skit kan..tapi takpe berbaloi bila luth makan bnyk kan ;)
Saya dah lama tidak mengalu-alukan kedatangan fast food dari memasuki perut saya. Maklumlah usia dah merangkak senja, hehehehe...
ReplyDeleterajinnya... sy pengemar kentang goreng nih.. selalu beli yg siap 2 n balik goreng di rumah klu rajin beli kentang n potong2 ikut suka hati n goreng.. heheheh tapi biasanya malas so bnyak beli yg dh siap...
ReplyDeletebagus mama luth jaga sungguh pemakana luth.kita setahun pertama je.pastu BG je apa benda pun kt Afia.to mash dalam pemantauan la..no jaga sgt pun kt rumah pengasuh depa bagi..so pasrah je la.pernah buat tp Afia to suka,aiman sukalah cuma no serupa kerajinan la no buat benda ni sbb kita takda benda salah alat maacam awk ni lyd.huhu alasan!
ReplyDeletesy buat tak payah kukus,Goreng sekejap je pastu msuk freezer,dah keras leraikan pastu boleh terus Goreng macam yg frozen kita beli tu.rangup n Sedap!sy tak suka kentang gebu..huhu
rajin lyd...mudah kan buatnya...buat sendiri lebih jimt :-))
ReplyDeleteLyd...beli kat mana potato chipper tu & berapa harganya? Berkenan plak sebab iolls & anak² penggemar kentang ☺
ReplyDeletetetiba terbekenan la pulak.
ReplyDeletecer buat entry khas beli dgn sape, boleh ?
xpa janji luth suka makan hasil kerja keras mama.
oooh.
ReplyDeleteboleh buat sendiri yek?
hehe.
Macam terliur je tengok pemotong kentang ni. Rasa kalau beli satu ni mampu menaikkan semangat nak ke dapur selalu *_* Banyak steps nak kena buat kentang goreng ni ya. Agaknya kalau rajin dan malas tu seimbang dalam diri dan adakalanya berat malas banyak (macam I ni) agaknya menjadi ke tidak kentang goreng ni... Nasib baik anak-anak kat rumah tak minat kentang goreng. Kalau ya pun mereka teringin, ada satu kakak jual kat gerai area rumah ni yang jual. Sos dia uhuh....sedap betul. I lah selalunya yang teringin *_*
ReplyDeleteteringat pada seorg budak yg hanya mkn kentang sahaja 24 jam sehari . kentang yg dia nak makan mestilah tegak .klu bengkok sikit , mmg x mahu dan dia adalah kanak2 yg sgt bijak ...
ReplyDeleteLyd...anak.wa yang autism tukan...dia mmg tak makan nasi..cuma minum susu dan kadang2 makan biskut...tapi dah seminggu ni..dia suka makan kentang ...tapi wa pun risau sbb asyik beli yang frozen je...try beli kentang fresh...pas tu goreng...dia langsung tak nak sbb lembik hahaha...so tq sangat sebab share ni...nanti boleh try...btw...mana beli pemotong kentang tu..
ReplyDeleteowhhh... asya suka sgt..lya slalu buat homemade punya..tp selama ni..potong2.. basuh n terus goreng.. lps ni nk buat camni la..blh buat stock terus.. cuma lya suka terap2 kentang tu mcm2 bentuk.. hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah..perkogsian yang bagus..lepas ni boleh cuba buat n frozen kan.. lagi selamat untuk anak..
ReplyDeleteSalam perkenalan,,,blog walking.. tupperwaremurahoutlets.blogspot.com
salam, boleh saya tahu mana nak dpt kentang jenis russet..
ReplyDelete