Skip to main content

Book Review: DIAgnosis dan DIAgnosis 2

Sejahteralah ke atas kamu...




Aku beli buku ni 2 ketui di MPH Online. Aku rasa aku lagi suka beli buku online la, sebab kadang-kadang kalau pergi kat kedai MPH, buku yang aku nak tu takde stok di cawangan tu. So, kena gi cawangan lain. Itu kalau ko memang dah tau buku apa yg ko nak beli la. Tapi kalau saje-saje walk in dan belum decide lagi buku apa nak beli, lagi elok pergi ke kedai buku terus. Boleh la belek-belek, baca synopsis.

Buku DIAgnosis ni penulis-penulisnya ialah para doktor-doktor yang bertugas di Hospital Kerajaan. Aku kalau di alam nyata, aku suka dengar pengalaman doktor merawat pesakit, sebab selalunya pengalaman yang mereka cerita tu ada ilmunya. Contoh paling mudah aku bagi, blogger Daddy Ziyyad. Dia doktor tau. [Cepat gi mintak MC dgn dia]. Blog Daddy Ziyyad, [Macam Macam Ada] ni aku memang admire sebab banyak ilmu yang aku boleh dapat di situ. Dengan ucapan, "Bila DZ nak tulis buku plak?"

Jadi, sebab tu jugalah aku suka buku DIAgnosis ni. Sebab penulis-penulisnya yang doktor-doktor belaka tu, cerita tentang pengalaman mereka bersama pesakit. 

Kenapa DIA tu mereka buat guna hurup besar? Sebab DIA itu melambang Allah. 

Salah seorang penulis di dalam DIAgnosis ialah Dr Anwar Fazal. Cerita yang dia kongsi agak menarik dan kelakar juga.

DIAgnosis, aku baca dalam masa sehari. Itu memang pecah rekod personal la tu. Sebab biasanya aku amik masa sebulan nak habiskan sebuah buku. Tu pun selalunya lebih daripada sebulan. Memang ralit aku mengadap buku ni. Bilangan muka surat dia lagi kurang daripada buku DIAgnosis 2 yang sekarang ni aku masih belum habis baca. 

Salah seorang penulis di dalam DIAgnosis 2 ialah blogger femes, cantik, comel, eduketed dan buah hati mesti akan suka juga tulisan dia di dalam buku DIAgnosis 2 ni. oggers semua iaitu Fatin Liyana. Homaiii... FL tulis buku? Woww... Sapa suka baca blog FL, mesti akan suka dengan tulisan dia dalam DIAgnosis 2.DIAgnosis 2 aku belum habis baca lagi. Tapi dah 2/3 dah. Masih lagi dikira cepat berbanding buku-buku lain. Maknanya apa? Maknanya buku ni betul-betul kena dengan selera aku la tu.


pstt: Nak gossip sikit. Kalo nak tahu, Dr Anwar Fazal tu, tunang kepada Fatin Liyana. Tepuk kompang! Pung pak ke pung pak kepung pak kepung.

*memanggil orang lain bodoh, takkan menjadikan ko cerdik walaupun sedikit*

Comments

  1. Ya Allah betsnye buku ni ..aku mmg suka buku cam ni ... aku mmg ikut blog Dr fatin tu ....

    ReplyDelete
  2. itulah blogger FL ada promote kat blog dia..apa pendapat lyd mengenai buku ni? teruja baca?

    ReplyDelete
  3. Oh, ya ke bakal pengantin tu dua-dua tulis buku? I pun suka baca kisah doktor-doktor rawat pesakit ni walaupun hakikatnya I sendiri takut hospital, takut ubat dan bau-bauan di hospital ni. Kerana tak pernah terjah mana-mana kedai buku agak lama, makanya haruslah nak mengaku dah lama den tak baca buku berilmiah mahupun yang kurang ilmiahnya.

    ReplyDelete
  4. Ooh..ni la buku yg Lyd ckp tu ya. Syabas! Khatam dgn pantas.

    *memanggil org bodoh, hanya membuat hati kita tak tenteram..tiada bahagia!

    ReplyDelete
  5. menarik ja bukunya..apa kata share sikit yg kisah2 menarik tu..ala pilih2 ja yg best..sbb nak beli buku mmg tak la kan..dpt review sikit2 jadilah..kongsi ilmu n pengalaman org kata..dpt pahala tu!hehe..

    ReplyDelete
  6. sy dh beli Dignosis2 yg 1 punya tak baca terus meloncat ke 2 hihihi betul2 mmng best bku tuuu bnyk ilmu kita bleh dpt...

    ReplyDelete
  7. Macam magnet lah buku ni, Bagai menarik² soh beli ☺

    ReplyDelete
  8. ok. aku percaya kat review ko ni lyd.

    terasa nak beli la pulak...

    ReplyDelete
  9. ada usha2x jugak buku ni tapi hold dulu beli buki fixi plak. hehe. memang dah tau diorang dah bertunang. semoga mereka kekal sehingga di akad nikah nnti.

    ReplyDelete
  10. ok.. nampak macam best..dah lama tak membeli buku...boleh masuk dalam list ...

    ReplyDelete
  11. mcm best jer buku tuh.. nak kena cari nih.. baucer buku ada lagi leh guna tuk beli buku nih.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Menarik buku ni, aah meereka bertunang, pasangan yang ideal :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca