Skip to main content

Sanah Helwah Ya Luth

Sejahteralah ke atas kamu....

Sabtu lepas adalah 2 JamadiAwwal 1436 adalah ulangtahun hari kelahiran Luth yang ke-2. Kebetulan Jumaat malam tu ada kenduri kesyukuran di rumah abah aku jadi aku selit la sebijik kek kira macam belanja part dessert la konon. Memang takde niat nak celebrate tiup-tiup lilin segala. Ini kek yang aku hidang masa kenduri di rumah aku. Nampak ni, ke'arab'an sangat ucapan pada kek tu kan. Baru la sesuai dengan papa dia yang kearaban tu.


Kek biasa je. Kek vanilla dengan krim kaler putih. Simple je sebab tempah kat kampung. Bila dah selalu sangat jumpa kek canggih yang macam-macam pesen, lasttttt sekali hati tetap suka dengan kek pesen lama mcm ni. Mintak tolong ibu yang tempahkan. Jadi, alang-alang tempah kek untuk rumah abah, takkan la tergamak aku tak tempah untuk rumah ibu sekali. Tak begitu manis la kalau tak tempah. So, aku tempah la 2 bijik kek. Satu lagi kecik sikit sebab rakyat kat rumah ibu tak ramai sangat. 


Memang takde buat jamuan langsung di rumah ibu. Hanya makan kek je. Luth pun bila aku cakap, "ini kek Luth", dia macam 'bo-layan-ado-den-kesah' je. Lepas tu sambung main. Kan aku dah kata, memang pedooh je nak sambut-sambut bday budak besar itu. Nanti umur 4@5 tahun baru aku buat birthday party untuk dia. Cheywahhh... Berangan tak kena bayar sangat iolls kan.

Pagi Sabtu tu, bawak dia main air kejap kat sungai. Tapi nak gi main air pun takut-takut. Sopan sangat anak aku nih hoih. 




Ini Amaluddin dan Syifa.



Tiba part jiwang. Pesanan mama untuk Luth, mana la tahu satu hari nanti Luth baca blog mama.

Luth, 2 tahun menjaga dan membesarkan Luth adalah pengalaman terindah di dalam hidup mama. Terima kasih mama ucapkan kepada Luth sebab sepanjang 2 tahun ni, Luth sangat mudah dijaga, sangat behave dan cerdik. Mama terpakse meyakinkan hati mama yang Luth akan konsisten menjadi mudah dijaga, behave dan cerdik sehingga ke akhir hayat. Well, kalau bukan mama yang nak puji Luth cerdik, siapa lagi? Mesti la Papa. Hekhek. 

Luth anak yang baik, anak soleh mama, gadget yang paling canggih pernah mama miliki. Eh, bukan miliki secara mutlak, Allah yang pinjamkan kepada mama. Betul, bagi mama, Luth ni seperti gadget. Canggih sangat. Macam-macam aplikasi yang mama boleh install pada Luth dan macam-macam kemampuan yang Luth boleh buat. Memang gadget paling menyeronokkan. Luth adalah gadget mama yang berbentuk manusia.

 Mama harap, Luth akan terus jadi gadget yang berkapasiti tinggi dan paling pintar berbanding gadgets lain yang ada di dunia ni. Mama harap Luth terpelihara selalu agar Luth 'tak rosak' dan 'tak corrupted' apatah lagi 'masuk air' dan juga 'hang'. Wahh... Teknologi Maklumat sangat kan wish mama pada Luth ni. Akhir kalam, [ewah kalam sangattt], mama nak cakap ni... tapi mama malu lah.. er.. mama... errr... sebenarnya mama.... ihik ihik... mama sebenarnya sayang sangat pada Luth. I love you, truely madly deeply Savage Garden gitew. Ta-ta budak baik soleh komei tomei nomei mama. Mama buat prekkk kat perut nak? Ehehehe...


Okay, merapu giler ucapan birthday aku untuk anak. Hakhak. Peace. Kupai.

Comments

  1. Hepi besday luth..semoga hd ank yg berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  2. happy bufday luth... wah sweet nya mama luth ni... hikhikhi

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, jika cantik acuannya, cantiklah hasil yang akan terbentuk. Tapi kenalah ramuannya sempurna, jangan terlebih tepung takut keras, jangan terlebih soda takut cepat mengembang dan cepat pula lepernya... Begitu juga dengan bahan2 yang lain...

    Sekejap je nanti, tahu2 Luth sudah teruna dan muda remaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Cik. Harap2 dapat jadi acuan yg terbaik utk anak.

      Delete
  4. happy belated birthday ye luth..
    semoga kamu membesar sebagai anak yang soleh...

    ReplyDelete
  5. jernih air sg tu..susah nak cari sg jernih macam tu zaman skrang..

    selamat ulang tahum luth..semoga jadi anak yang bijak dan soleh..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Yan, agak jernih sungai ni. Sungai ni cetek je, dulu masa kecik2 selalu gi mandi sungai ni.

      Terima kaish di atas doa2 ni Yan.

      Delete
  6. Sanah helwah Luth....betul2...bedeooh je nak bt party2 bagai masa diorg xreti apa...aku pn just beli kek & wat makan2 kt umah je ngan family husband... diorg bukan nak tau pn ape bende masa besday party tu...mak bapak yg over...errr tp sapa nak buat jugak tu x de hal la kan... ni pendapat kite kan hehe

    untuk zharif aku beli kek yang ada gambo ultraman.. dia xcited gak la nak potong kek tu & pastu dua baham kek tu...zharif mmg suka makan kek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zharif ikut ko kot. Suka makan kek. Eh, kek je ke. Ermm. Rasa mcm ko suka makan semua benda. Sama gak macam aku. Hakhak.

      Mmg pun, tak sambut tu utk anak2 kita je. Org lain nak sambut, takde masalah. Aku layan jugak. Seronok sebenarnya bila celeb bday anak, dan berkumpul ramai2. Cuma utk aku, aku tak rajin nak host kan party harijadi.

      Delete
  7. Sanah helwah luth,sweet sgt ucapan mama utk luth.sy plak yg syahdu.huhu..semoga jadi anak soleh cemerlang dunia akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh.. terima kasih Puan Kutu. Mama dia mmg over sikit kalo bab2 beri ucapan ni. InsyaAllah Luth akan jadi anak soleh yang cemerlang di dunia dan akhirat.

      Delete
  8. canggih sangat wish mama utk luth kan ;) smga menjadi ank yg soleh ye luth

    ReplyDelete
    Replies
    1. Canggis kan? Zaman teknologi ni mesti kena bagi ucapan canggih skit. InsyaAllah cik Kopi. Luth akan jadi anak yg soleh.

      Delete
  9. Semoga luth sihat dan mmbesar dgn soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Puan Punzel. InsyaAllah Luth akan menjadi insan soleh.

      Delete
  10. assalamualaikum lyd...dah besar Luth rupa2nya yer...moga membesar menjadi anak yg soleh yer...amnii...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama MasZull. Terima kasih di atas wish tu. InsyaAllah dia akan jadi insan soleh.

      Delete
  11. kek cantik la Lyd..betul la..besar ni bukan dia peduli pun..tunggu 4,5 tahun nanti,kek spiderman dia mintak tau..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... macam dah dapat baca masa depan dah yg bila dia umur 4 tahun nnt mesti akan tiba saatnya dia request utk bday party dia. Time tu mama akan disapprove kek yang berunsurkan katun pengarut. Hahah..

      Delete
  12. Cantik sungai tu....
    Nak mancing la...patin buah..perghh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada patin kat sungai ni. Haiyoo. Sungai cetek je.

      Delete
  13. Makbulkan segala doa mama luth, Ya Rabb..Amiin..amiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... aamiinn... insyaAllah. Terima kasih di atas doa ini.

      Delete
  14. kejap jer rasanya.. dah 2 tahun Luth... happy birthday luth... may Allah bless u.. amin....

    p/s:suka tang ayat gadget yg boleh in install 2... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn?? Macma baru je lagi awk baca pasal kisah akak pengandung dan alahan. Tetibe dah keluar anak, dah besar dah pun. How time flies...

      Delete
  15. hepi besday luth..cantik lokasi tu..ko pegi sungai mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bundle, ni kat kampung aku. Nama tempat ni Pasir Kubur. Huhu.

      Delete
  16. happy bday luth.

    nak kekkkk! betullah kak salidot. aku pun muak dengan kek gitu gini. kot ksang nak kek pun macam nak butter cake je kalau boleh.

    nak kek!!

    ReplyDelete
  17. Happy belated Birthday luth. Semoga membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai dan sihat tubuh badan.

    ReplyDelete
  18. selamat hari ulang tahun ke2 luth..auntie lambat wish..semoga membesar menjadi anak yang soleh..dengar cakap mama ye..
    kek tu cantik..cam boleh letak atas dulang hantaran

    ReplyDelete
  19. Happy belated birthday, Luth. Suweet sangat ucapan Mama dia dengan berlatarbelakangkan gambar Luth takut-takut nak rase air sungai ya :) Mama buat prekkk kat perut tu macamana? Nak juga ilustrasi gitu *_*

    ReplyDelete
  20. sanah helwah luth..
    dah 2 tahun dia.. alhamdulillah

    smoga luth mbesar dgn bijak n mbesar mjadi anak y baik paras rupa n budi pekerti.. amin2..
    touching part ucapan utk luth tu... msti dia terharu bila dia faham nanti..itulah cabranya...

    suka kek luth..2-2 simple..

    ReplyDelete
  21. happy bufday luth..moga membesar sbg anak yg soleh utk mama dan papa..

    p/s: wat prekkk kat perut tu apa? mcm comel je hehehe

    ReplyDelete
  22. sanah helwah ya luth
    ppstt: buat prekkk tu guano.cer kabir nk.jugak buat kat rania.ihik :’)

    cntiknya air sg tu..

    ReplyDelete
  23. happy belated birthday luth!
    sedap nampak kek tu

    ooo...itu amaludin, nak buat menantu lah =)
    buat prekk kat prut tu, biasa sangat buat kat anak-anak =)
    apapun luth, moga jadi anak yang soleh ye

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya