Skip to main content

Pisang Goreng Cheese Bercoklat

Sejahteralah ke atas kamu...



Aku suka pisang goreng.

Aku suka cheese.

Aku suka coklat kuasa lapan.

Bila semuanya bergabung, maka akan.... kebaboom!!! Terlebih suka.

Cubaan membuat sendiri pisang goreng cheese.
Aku gunakan pisang tanduk. Pisang tanduk ni la yang originally digunakan di Bandung untuk produk-produk yang berunsurkan pisang. Ari tu aku beli, sebijik je. Harganya RM4.50 sebijik. *berpinor kejap bijik mata aku*

Dah sebesar lengan dah saiz dia.

Potong-potongkan jadi begini. Nampak macam keledak plak. Tapi aku suggest kepada sesiapa yang nak gunakan pisang tanduk untuk goreng, kalau boleh, biarkan kulit pisang tu betul2 telah bertukar kuning semuanya untuk memastikan bahawa pisang itu telah betul-betul ranum. Kalau tidak, rasa pisang tu masam dan keras serta kelat sikit.


Untuk resepi pisang goreng yang rangup dan sedap, boleh rujuk di sini.

Aku gunakan keju cheddar yang aku parut sendiri. Cheddar yang aku gunakan jenama Beqa. Okay, nama dia macam kelakar dan tak femes [ke, sebab aku je yang tak tau], tapi aku tertarik sebab bila baca ingredients Beqa yang aku beli tu, dia tak menggunakan rennet from animal, tapi tumbuh-tumbuhan. Sesuai juga untuk vegetarian. Jadi, dengan logo halal New Zealand, aku tersangat yakin la yang cheddar Beqa ni halal. Baq hangggg...


Untuk coklat pula, aku gunakan saje coklat susu coklat bar yang jual kat kedai. To be specific, aku guna Dairy Milk Cadbury. Kalau ada yang tak yakin dengan kehalalan Cadbury, boleh la guna Van Houten, Vochelle, Beryl's atau sesuka hatimu. Lagi sedap kalau guna coklat mahal berbanding coklat rice.

Inilah hasilnya yang membuatkan en Suami tersenyum bila dihidangkan begini kepada beliau.





Yang mana satu betul? Pisang goreng atau goreng pisang? haa, jawab...jawab..

Comments

  1. anak acik suka ni Lyd..pernah acik beli..goreng pisang cheese ni 3 ketul 3.50..sebab cheese mahal kot kan..

    ReplyDelete
  2. aku pun salu guna brand BEGA . hihi.. aku lau buat ni. aku sorang je mkm. depa dua beranak tekak kg. huhu. xmkn cheese,

    ReplyDelete
  3. I guna goreng pisang tapi mereka kata (kawan-kawan alam maya den ler...) pisang goreng. Which is which I dunnolah walaupun I guru BM celup. Hahaha....

    Brand beqa ni memang pernah beli banyak kali tapi bukan kerana rennet tumbuh-tumbuhan, I main beli jerk :)

    ReplyDelete
  4. Dap..dap...walahhhh...hahs.pisang tanduk tu yg bt rin terliur sgt nih...hehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Lyd, Cheese & coklat memang feveret. Ok...Lpas ni beli brand beqa lah.

    ReplyDelete
  6. Wow tergoda tgok..macam berjanji plak harini sy pun up entry sama..tp yg sy beli bertambah hampeh.cheese sah2 secoet.nk buat sendiri tak terbeli cheese lg.haha tgok yg lyd telan air lio..cheese beqa tu lyd,klu nk tau highly recommended utk menu baby.melalui pembacaan depa kata sesuai Sgt jenama tu.

    ReplyDelete
  7. Cikgu BM kata yg betul pisang goreng sebab pisang tu yang digoreng. Goreng pisang pula perbuatan menggoreng pisang, yang goreng pisang tu manusia, jadi bila sebut goreng pisang maknanya manusia yang menggoreng pisang itulah goreng pisang, hehehehe.. Ia seperti juga bolasepak, sepatutnya sepakbola kerana bola tak pernah sepak orang, oranglah yang sepak bola...

    ReplyDelete
  8. pisang goreng.
    kalau goreng pisang bukan ke pisang tgh digoreng.lupa dh.pernah jdi isu juga masa zmn skolah dlu.hahaha..

    sddappppp ni..
    skali rasa nk lg.tp ttp xdpt goda cik suami saya.dia x suka.pilih lempeng pisang lagi dia..

    ppsstt: lyd, saje je kan.. guna je apa apa pon..janji halal..hikhik
    ala, saya makan dah cadbury.. suka yg almond jugak.
    ala, kit hari lagi saya ajar baby makan apam..
    skrg baru merasa makan carrot selepas makan puri
    kurma.alhamdulillah, berjaya.tiada adegan tolak menolak.redha j telan apa yg umi dia suapkan..

    ReplyDelete
  9. pisang goreng. kalau goreng pisang..tu perbuatan.

    saya tak pnh mkn pisang goreng cheese..camni rupa buatnya. bolehla try, nak beli asik ingat org tu goreng minyak byk lah..apa la..tak jadi2.

    pisang skrg mmg mahal kan. suami saya suka sgt mkn pisang, tu yg terkejut tengok rege pisang makin naik.

    ReplyDelete
  10. pisang goreng! hehehe... sy penah mkn tapi tak tau la dpt yg tak sedap kot rsa mcm muak terus tak penah beli dah..

    ReplyDelete
  11. Kalau di Indonesia, kami panggil PISCOK - Pisang Coklat. Tapi xde lah letak cheese.

    CISSS. BIKIN TERLIUR JE

    Dah baca ni? Campuran Halia - Minuman di Syurga :)

    ReplyDelete
  12. fullamakkk...menjejes air liur...cheese penuh bercoklat...

    ReplyDelete
  13. Kat tempat bunda ni ada orang jual...tapi bukan pisang tanduk...dia letak parutan cheese dengan coklat rice..macam sama jer tecture cheese n coklat rice tu......Sedap..

    ReplyDelete
  14. Kelmarin..baru makan pisang cheese kat ofis time minum petang.
    bila tengok resipi ni..teringin nak wast sendiri lagi petang ni.

    sedaaaapnyaaaa..lagi2 tambah coklat.yummy

    ReplyDelete
  15. Lg sdp kalau cheese tu cair. Perghhh... pisang tanduk mmg mahal. Kalau bertanduk lg la mahal.

    ReplyDelete
  16. pisang goreng ke, goreng pisang ke, dua2 boleh..janji sedapp hehe

    ReplyDelete
  17. sedapnya.. kak lyd boleh bukak kedai nih... hehehe

    ReplyDelete
  18. ni motif nak bagi saya teringin la ni kan
    tapi saya tak boleh makan cheese, sakt peyut =)

    yang betul adalah pisang goreng! sangat pasti!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...