Skip to main content

Pengisian Jiwa Anak-anak

Sejahteralah ke atas kamu...


Semasa di kampung baru-baru ini, aku mengambil kesempatan untuk menziarahi kubur Allahyarhamah emak aku. Sebelum pergi tu, ada anak buah aku nak ikut. So, aku ajak je la. Ada 2 orang yang ikut. Sorang lelaki darjah 1 dan sorang lagi perempuan 5 tahun. 
Masuk je di perkarangan kubur, aku jalan terlampau gopoh agaknya sampai kaki aku terpeleot, lepas tu aku melatah, "Opocot!".
Anak buah aku yang lelaki darjah 1 tu terus je pandang aku dan cakap pada aku, "Tak baik melatah".....
Aku terdiam. Kami semua masih lagi menapak untuk ke pusara emak. Sehinggalah aku terdetik nak tanya kepada anak buah aku tu, "Amaluddin, kenapa Amaluddin kata tak baik melatah?".

Dia menjawab dengan nada yang sopan dan lembut, "Kalau nak melatah, cakaplah 'Ya Allah' ke".... 

Untuk seketika, aku terasa seperti layang-layang terputus tali. Dia baru darjah satu, tapi dia mampu berkata-kata sesuatu yang ber'isi'. Ko mampu?

Sebenarnya bukan itu sahaja. Aku perhatikan je Amaluddin. Attitude dia bagus. Naik kereta baca doa, turun kereta berbasmallah. Dia bermain juga. Dia berlari juga seperti budak-budak lain. Tapi sambil main, sambil menyapu laman rumah aki. Mampu? 

Satu masa dulu, aku pernah juga terasa seperti layang-layang terputus tali macam ni dengan abang kepada Amaluddin. Waktu tu abang dia darjah 6. Aku forward sms yang ala-ala 'kalau tak forward nanti musibah akan terjadi kepada orang yang tak forward sms tu'. Lepas tu abg dia reply sms tu dan ayat dia lebih kurang macam ni, "Tak baik maksu, boleh rosak akidah kalau percaya mesej macam ni". Huuhuu... Nangis kuar belon ikut idung kejap.


...........................

Anak itu adalah cerminan kepada ibubapa. Kalau ibu bapa kata pada anak, "mak tak pernah ajar kau bercakap kurang hajar" tapi dalam masa yang sama si 'emak' tu suka cakap merepek-repek dan bercerita palsu tentang orang lain sambil kutuk-kutuk orang lain depan anak, memang betul mak tak ajar, tapi mak tunjuk melalui perbuatan. Memang mak tak ajar anak mencuri, tapi bila pergi pasaraya, mak selambe je ambil kerepek-kerepek yang timbang tu dan makan tanpa kebenaran dengan alasan nak rasa walaupun peniaga tu takde pun kata boleh rasa sample. Ajar anak tu bukan macam, "baik anak-anak, hari ni mak nak ajar kau berbohong. Cara untuk berbohong ialah dengan mereka-reka cerita dan buatkan ia nampak seperti benar. Dan menipulah selalu. Nescaya hidup kau akan masuk neraka jahannam". Bukan macam tu anak dapat ajaran daripada kita. Kita tak perlu ajar begitu, tapi hanya melalui perbuatan kita.

Aku rasa semua orang perasan yang anak kecil akan tiru perbuatan orang dewasa ataupun perlakuan sesiapa jua yang berada di sekeliling dia. Kalau perbuatan baik yang dia nampak, maka baiklah perbuatan yang akan dia ikut. Vice versa. Sebab tu, aku memang berhati-hati sangat dengan apa yang aku buat dan apa yang aku cakap sejak ada anak ni. Sebab aku nak dia reflects attitude aku yang baik-baik je. Tapi... aku rasa kalau nak bandingkan aku dengan ibu bapa Amaluddin, i'm not good enough. A long way to go to be like them. Tengah berubahlah ni slow-slow.

To be honest, kalau aku tengok anak-anak kecil pandai menyanyi lagu frozen atau apa-apa lagu, aku tak impress sangat. Rasa biasa je. Sebab memang la dia akan pandai nyanyi tak kira lagu apa pun kalau setiap masa pasang lagu tu. Begitu juga kalau anak pandai menari ikut rentak lagu. Tak impress pun. Kalau suka tengok pun cuma sebab comel. Sebab comel tu je yang membuatkan heart melting.  

Pendapat peribadi aku, anak yang membuatkan aku impress ialah anak yang ada attitude dan pemikiran tersendiri. Dia mampu berfikir dan memberikan pendapat yang ber'nas' walaupun dia masih kecil. Haaa, itu la baru boleh dibanggakan oleh seorang emak. Dan itu jugalah yang kurangnya dalam fikiran anak-anak orang Malaysia sekarang. Jangan terasa, tapi kena mengaku itu hakikat.

Pelan pendidikan aku terhadap Luth ialah bila masuk je umur dia 2 tahun ni, aku akan mula cerita kepada dia tentang Allah Maha Esa. Buat masa awal-awal ni aku akan ajar sikit-sikit tentang A-B-C, Alif-Ba-Ta dan 1-2-3. Tapi bukan menjadi keutamaan, kalau dia pandai, pandai la. Kalau dia kurang cekap menghafal sekali pun dalam usia awal ni, aku takkan paksa. Sebab apa yang aku nak fokus pada usia awal dia ni ialah akidah dan akhlak yang mulia. Itu yang paling penting. ABC tu semua, sooner or later dia akan reti juga nanti. Tak menjadi ke kudis pun kalau lambat sikit je daripada budak lain.

Nak membentuk akidah dan akhlak anak, perkara utama yang perlu ibubapa lakukan ialah mahirkan komunikasi anak terlebih dahulu. Explain, explain dan explain. Cerita je tentang semua benda. Jangan sekali pun rasa macam, "Alah, dia kecik lagi, bukan dia faham pun kalau aku cakap ni". No, bukan pasal faham ke tak faham. Tapi tentang bunyi setiap ayat dan perkataan tu. Bagi dia biasa dengan bahasa yang kita guna.

Anak ni, walaupun bila kita cakap dia nampak macam tak faham, tapi sebenarnya otak dia absorb apa yang kita sebut tu. Cuma mungkin dia belum boleh ulang balik apa yang kita cakap tu, sebab kemampuan berkomunikasi dia kurang. Jadi, yakin je semasa kita explain pada anak tentang apa-apa jua sekalipun. Nak buka lampu kita sebut, nak pakai kasut kita sebut, nak lipat tilam, nak buka TV dan yang paling penting perkara rutin yang perlu dia lakukan tu yang paling utama kita kena ajar dia. Maksudnya, ajar dia nama perbuatan itu apa. Mandi. Berak busuk. Gosok gigi. Tukar diaper. etc.

Di antara akhlak yang penting bagi seorang anak selain daripada bersalam dengan orang bila bertemu ialah jadi lebih sensitif dengan persekitaran. Amaluddin, bila aku bawa dia ke sungai tempat orang berkelah, perkara pertama yang dia nampak ialah tempat tu kotor. Dia tanya aku, "maksu, kenapa banyak sampah? Kenapa kotor?". Mende la yang boleh aku jawab. Kang kalau aku jawab, "derang tu memang tak guna, sampah sendiri pun tak tahu nak buang, hanya tau buang merata-rata je", nanti Amaluddin kata pulak, "tak baik kata orang tak guna", nanti aku yg pitam lagi skali. So, aku jawab, aku tak tahu je la walaupun jawapan tu tak menunjukkan ciri-ciri keibuan dan kecikguan langsung. Amaluddin kata, dia kutip sampah di padang sekolah dengan abang dia. Tapi esoknya dah penuh dengan sampah semula tempat tu. Daripada nada dia, ternyata dia rasa kecewa.

Sensitif dengan persekitaran juga ialah seperti, kalau tengok orang sedih kita perlu ajar dia untuk tenangkan orang itu, jika tengok orang susah dan lapar, ajar dia untuk bersyukur dengan kesenangan yang dia ada. Ermm... itu pelan nya. Ada banyak lagi. Tapi tidak adil pula kalau aku nak cerita panjang-panjang tentang cara mendidik anak di sini. Sebab bukan semua orang perlukan cerita begini. Aku ni baru je 2 tahun jadi mak. Anak aku dah la sorang je. Orang lain dah lalui semua ni terlebih dahulu. Cuma aku harap ada manfaat untuk ibu-ibu sezaman aku ni. 

Anak itu akan jadi saham kita di akhirat. Yang tidak akan terputus selepas kita mati ialah, sedekah jariah [berapa banyak yang mampu kita beri kalau kita tak kaya mana pun. Lagipun bila kita mati, kita dah tak mampu nak bersedekah lagi], ilmu yang bermanfaat [berapa banyak ilmu je yang pernah kita ajar orang? Lain la kalau kita ni cikgu KEMAS ke, atau orang alim yang banyak ilmu. Lagipun bila kita mati, kita dah tak dapat mengajar lagi dah, hanya semata-mata bergantung kepada ilmu yang sempat kita ajar sebelum mati je], tapi yang terakhir sekali, DOA ANAK YANG SOLEH. Yang ini walaupun  kita dah mati, kalau ada anak yang soleh, insyaAllah dapat membantu kita di dalam kubur dan jika lagi beruntung, di akhirat kelak pun dapat bantu kita. Jadi, jom lah.... didik anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Tapi yang paling utama, kita dulu yang perlu jadi soleh dan solelah. Kalau tak mampu jadi soleh, cukuplah jangan jadi jahat. Huhu.


Comments

  1. bestnya perkongsian ni... teringat anak kat rumah T_T

    ReplyDelete
  2. First of all maapkan daku punyelah lama aku tak berblog walking sampai header bulan dah jadik ladybird ngeh, ngeh....
    Secondly, aku pun rasa macam nak kluar belon dari idung baca stetmen ko ni. Ntah la smenjak dua menjak ni apa2 cite pasal 'tkenang jaman dulu' atau cite psl mak-mak memang buat banyak belon kat hidung. Ok aku tengah period. Maseh.
    Jemput Singgah: D.A: Kambing Bakar & Salad siap dalam 15 min jek!

    ReplyDelete
  3. terharu bila baca.. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. Apa yg lyd nyatakan didalam entry ni semuanya betul..anak tu cerminan ibu bapa.bersama kita berubah kearah yg lebih baik, Insyaallah..untuk melahirkan anak soleh n solehah..

    TQ juga kerana mengingatkan..manusia kan mudah lupa..:)

    ReplyDelete
  5. aku percaya pada bnd yang kau cakap, mak ayah kite adalah kite, kite adalah anak2 kite. kerana kite dan persekitaran tu.

    sebagai contoh, mak ayah kite sukakan haiwan. otomatik anak-anak die akan sukakan haiwan. dan care of it sampai ke tua. even mak ayah ko dah tak duduk sekali dengan ko.

    pembelajaran scara tak lansung. the best teacher ever.

    ReplyDelete
  6. untung mak bapak dia, sejuk perut mak dia mengandung. mungkin sedari kecik dulu mak dia dah ajar perkara2 yang baik, alunan zikir2 sebelum tidur..

    ReplyDelete
  7. terima kasih kak Lyd..mula terfikir kenapa anak kadang-kadang ada bercakap dengan ayat yang sakitkan hati.

    ReplyDelete
  8. setuju dengan perkongsian ini. beranilah keluar dari kebiasaan keluarga kita yg tidak mendatangkan manfaat demi menjadikan generasi akan datang yg soleh dan solahah.
    anak-anak adalah cerminan kita..huh

    ReplyDelete
  9. alahai.
    insaf jap.
    terima kasih lyd atas perkongsian ni..
    sama sama la kita berusaha ke arah itu
    smga urusan kita juga dipermudahkan nanti

    ReplyDelete
  10. Menjawab pertanyaan budak-budak pun perlu berhikmah...dan berhemah...takut nnt melekat jawapan kita yg bkn2 seumur hidupnya....haha

    ReplyDelete
  11. cantiknya akhlak dia... moga menjadi insan yg soleh nanti.... tahniah buat ibu bapanya... :)

    ReplyDelete
  12. Thanks atas perkongsian lyd. Bijaknya amaluddin.

    ReplyDelete
  13. I setuju dengan statement yang last tu - tak mampu jadi soleh, cukuplah jangan jadi jahat. I pun pegang prinsip yang sama. Cuma kadang-kala ada juga tersasar. Anak-anak memang cerminan diri kita sebagai ibu/bapa tanpa kita sedari. Pernah terjadi sekali, Abang tak pergi sekolah kerana takda kenderaan (Daddynya tak dan nak balik ambil pi sekolah). Sebab takda mc, I tulislah surat tapi kata dia sakit perut. Bila dia baca, dia terus kata, " Mommy, bukan ke berdosa kalau menipu?' Oh... my mistake!

    ReplyDelete
  14. amin..insyallah... sememangnya usia mcm ni sesuai utk pembentukan akidah..sbb rohnya mudah terima semua tu. moga semua dipermudahkan.. lya klo blh nk undur smula msa n lakukan smula pdidikan y sebetulnya utk Fasya.. huhu.. dulu sakit, x byk msa dgn dia..dia hndle diari dia sndiri..

    ReplyDelete
  15. amaludin sebaya afif anak saya, prangai tu buat saya nak jadikan menantu =)
    sejuknya hati kalau anak begitu
    malu pula dengan diri sendiri walau saya berusaha untuk menjadi seperti parent amaludin
    belum terlambat untuk saya mencuba kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...