Skip to main content

Ntah Apa Yang Ada Dalam Kepala Otak Dia?

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku marah ni. Semalam aku dapat satu gambar baby yang bermuka pucat bersama seorang lelaki dewasa. Aku terus je tak fikir panjang, pergi share kat FB aku. 

Lepas aku dah share baru aku terfikir, kalau terkena kejutan elektrik, kenapa muka pucat dan bukan hitam terbakar? Lagi, kalau betul kena kejutan elektrik, dalam kelam kabut tu kenapa sempat ambil gambar pulak? Kalau ko sendiri pun kan, katakan anak ko terjatuh kerusi ke, atau terluka kena pisau ke, ko masih ada hati ke nak ambil gambar dia sejurus selepas kejadian tu? Mesti la tak kan? Kecuali bila dah selesai urusan seperti dah balut luka, atau dah comfortkan dia. *tapi yang pasal elektrik tu, kita masih boleh berhati-hati sebab kena karan tu tak mustahil boleh berlaku ye.*


Lepas aku share, ada yang pos gambar ni pulak di komen.



Dan juga, ada yang pos gambar ni juga di komen. Yang ini paling meyakinkan. Sebab nampak lebih logik dan lebih tinggi kredibiliti orang yang share tu [Syria Care]. Tapi yang mana yang sebenarnya, hanya Allah jualah yang lebih tahu.
 

Ini bukan kali pertama aku kena. Malahan berpuluh-puluh kali. Gambar askar Filipina ditembak mati, tapi dikatakan askar diraja Malaysia yang mati di Sabah. Gambar banjir, gambar kemalangan, tanah runtuh dan ntah hapa-hapa lagi gambar yang caption nya adalah pembohongan. Pembohongan itu bermakna fitnah. Ini serius. Tapi walaupun serius, Wonder Pets pun tidak mampu untuk selesaikan.

Aku tak boleh nak digest perbuatan orang-orang yang suka reka cerita ni. Apa sebenarnya yang ada dalam kepada otak mereka? Yang aku pasti, perbuatan mereka memang biadab, kurang hajar, tak berguna satu sen pun dan memang perangai itu sangat hina bercampur keji. Tapi aku mendoakan mereka akan insaf dan jadi lebih sensitif serta more emphatic next time. Aku marah ni, aku marah! Cepat kipas aku sebelum aku meletup.

Aku ni jenis yang tak suka menipu. [Baca betul-betul ye. TAK SUKA menipu tu bukan TAK PERNAH menipu. Semua orang pernah menipu kot, kecuali Rasulullah.]. Dan aku juga bukan jenis orang yang suka reka cerita palsu. So, aku ingat orang lain pun sama. Sebab itu bila keluar sesuatu berita, aku mula-mula mesti rasa macam percaya sebab aku tak terfikir pun orang akan buat perkara yang aku tak buat iaitu menipu.

Ternyata aku silap besar. Manusia ni hati dia tak sama. Gigi sama kuning tapi otak tak sama saiz. Ada yang tergamak mempersendakan gambar orang lain dengan niat asal sebab nak melawak. Niat nak bergurau. Tolonglah... Melawak ada limit dia. Bergurau pun kenalah tahu batasannya di mana. Tentang kematian orang, tentang musibah, tentang kemalangan orang lain juga tentang agama adalah dilarang untuk dipermain-mainkan. Malahan sebenarnya perkara bohong adalah tidak dibenarkan sama sekali tak kira dalam kategori apa sekalipun. Cuba la belajar berkata yang benar-benar sahaja, boleh tak?

Bagi aku, orang yang suka buat cerita ni adalah orang yang kebulur jumlah 'Like' dan lapar 'Share' di laman social. Dia rasa hidup dia dah berjaya dah kalau dapat ribu riban jumlah Like atau Share. Kot Like yang banyak tu boleh bantu dia di dalam kubur nanti daripada kena belit dengan ular besar. Dia tak fikir pulak berapa ramai orang maki dan sumpah seranah pada dia? Nampak sangat tak matang. *tetibe aku dah macam jadi tak matang jugak sebab beriya gi marah derang dalam blog. Siap buat entry plak tu.*

So, aku berharap kita yang membaca dan menerima sesuatu info ni agar jadi lebih bertanggungjawab. Setiap apa yang kita baca daripada sharing di FB atau Whatsapp dan what so ever social media, sila fikir dulu sebelum share kepada orang lain. Ye aku faham kadang2 niat kita share sebab nak orang lain, atau kawan-kawan kita tahu sesuatu perkara tu. Tapi lebih elok jika sebelum share tu, kita nilai dulu sama ada cerita atau artikel tu betul ke tak. Terutamanya yang melibatkan Rasulullah. Pastikan artikel tu disertakan dengan petikan hadis atau firman Allah baru share. Kalau setakat kata-kata atau ayat-ayat karangan biasa je, lebih baik tak perlu dipanjangkan [kalau melibatkan agama la]. 

Sama-sama la kita jadikan dunia maya kita lebih baik. Kita mampu mengubahnya. Dan walaupun kita tak mampu nak ubah orang lain, at least kita didik diri kita dulu untuk lebih berhati-hati. Key pointnya kat sini ialah, think before you share. 

Ok. Tu je.


Comments

  1. semalam rin pun ada terima 3 gambar ni tru wasap...tp tula..memula hubs la hanta yang gambar terenjat elektrik tu..sbb nk pesan jangan biarkan suis charger on je 24 jam kan?tp rin pk kenapa tak hangus muka budak tu..rupa2nya cerita xbetul...huhuhu

    ReplyDelete
  2. hmmmm tersebar meluas semlm .... dasat betui kan ....

    ReplyDelete
  3. sebab tu saya tak pernah share benda-benda mcm nie...tak tau kenapa..

    ReplyDelete
  4. kaknoor pun dpt jugak dari wasup semalam, ish macam2 lah skg ni banyak nya berita2 yg tak betul dri yg betul donya akhir zaman ni, penipuan sana sini dan menjadi2

    ReplyDelete
  5. takpe lyd. bkn ko je kena. ramai je penah kena. zaman sekarang kan zaman fitnah. next tym hati2 la nak share mende. .

    ReplyDelete
  6. acik memang jarang tekan butang share tu lyd..kecuali lagu2 yang acik suka je..tekan share untuk simpan..sebab tak tau nak simpan macam mana

    ReplyDelete
  7. gigi sama kuning..hehe sempat ko melawak Lyd!

    pasal pics ni mmg ada gak geng grup WA discuss smlm. Ntah sape yg mmg sah2 takde kerja, tu yg buat kerja2 mempermainkan org. Biar dia dok kumpul dosa.

    ReplyDelete
  8. Kakak pun dpt ws tentang ini dan juga dijadikan isu perbualan kakak dgn abang malam tadi. Memang tak logik kalau anak dah lebam macam itu nak ambil gambar. Sedangkan anak kepedasan makan sambal pun kita dah sibuk cari air inikan pula mati.. Logik kalau kena tembak kakak macam percaya.

    ReplyDelete
  9. Macam2 cara orang nak cari publisiti murahan....yang jadi mangsa dan teraniaya si mangsa yang tak berdosa...

    ReplyDelete
  10. la yeke?saya dpt msg pasal charger enset tu. hmm sesuka je buat cerita. kena tipu la kita ni bulat2

    ReplyDelete
  11. ye la..kdg tu bkn awk sorang je..lya pon gitu.. ghairah share sesuatu tnpa usul priksa tlebih dahulu.. kdg2 kt terlalu prihatin..last2 bila tahu kbnarannya geram jugak kan.. ntah y mana satu betul.. atau ketiganya pon x betul.. y pasal syria, maybe y ni je la y paling blh dipercayai walaupon mungkin tidak..maybe org ambil kesempatan gambar ni utk dapatkan dana/kutipan..

    ReplyDelete
  12. sambung skit lagi..

    betul tu...

    think before ur share...

    ReplyDelete
  13. Saya kalau jumpa gambar2 macam ni memang tak pernah share sebab was was. Tak pasal2 dapat dosa sebarkan benda yang salah pulak karang.

    ReplyDelete
  14. Walaupun cerita tergigit wayar charger itu cuma cerita palsu, tapi kita perlu berhati2 dengan apa jua wayar yang di dalamnya ada aliran letrik, termasuk wayar charger. Tak lama dulu saya pernah baca di dalam akhbar seorang pelajar meninggal terkena renjatan letrik akibat tertidur di atas wayar laptop yang rupanya sudah haus dan sudah terkeluar dawai di dalamnya...

    ReplyDelete
  15. En suami ada cerita pasal gambar ni tp sy amik endah tak endah je.tengah bakar samperit.haha..

    Betul tu takkan anak jatuh berdarah mulut sempat lagi tangkap gambar. Mestilah sy redakan keadaan dulu, sapu ubat dan tengok dia dah OK baru snap masuk blog,muahaha..Ini bukan statement terasa ye!

    Mmg betul sekarang ni banyak sangat manipulasi cerita.kita bodoh la klu pecaya bulat2..

    take note! Fikir dulu sebelum share..

    ReplyDelete
  16. ada jugak dpt berita ni kat wasap n fb
    ada jugak yg bodoh sebarkan berita yg palsu..diorg ni nak ape sebenarnya kan..nak glemer ke..dpt dosa adalah
    tp apapun..syurga bagi budak tu

    thx siggah blog iols..slm perkenalan dr penang talak sumbung hehe

    ReplyDelete
  17. KY pun sekarang takut nk share apa2 berita..kecuali kita boleh fikir secara logik akal kita..

    ReplyDelete
  18. Tulah sekarang ni mmg pikir banyak kali sebelum share Lyd. Rasanya tak yah share lagi senang kot....

    ReplyDelete
  19. saya klu tgk fb sekali lalu jer ... nak share benda camni mmg kena fikir keperluannya . klu mendtgkan manfaat dan membawa pahala oklah . tapi klu sesaja nak share sbb kesian atau seumpamanya , cukuplah skadar kita je yg nampak dan baca ... manusia yg seronok dgn benda camtu mmg lah ramai . dah mcm x de perasaan pula menokok tambah ...

    ReplyDelete
  20. Diana pun ada terima jugak. Tapi biasanya memang never share. Sbb byk yg tak betul Dari betul...

    ReplyDelete
  21. ada dpt juga.
    mber kerja lama bg kata phone
    yg kedua dr group skolah
    kata yg gaza..
    tp saya mmg x forward ke mana.just bca n delete..
    kdng kdng pening n pelik la

    sama sama la kita doakan smga dorng insap

    kalau bab yg mnyamar mlibatkan polis terus j wasap tnya mmber polis.. nk tnya betul ke tak..
    kalau betul baru bg org lain.. kalau dia kata palsu.. sndiri mau ingt la kan..

    ada ngtatif ada positif.
    sndiri pikir..

    ReplyDelete
  22. Memang pelik umat manusia ni. Berlumba-lumba nak 'share' segala benda. Sakitkan hati bila kita baca dengan penuh khusyuk tetiba berita tu palsu sebenarnya. Masa mereka buat tu apalah yang ada dalam akal fikiran mereka yang educated sangat tu sampai terpaksa letak kat lutut, mengacau bilaukan perasaan orang lain?

    I tak pernah share apa benda pun yang I baca kalau tak pasti kebenarannya. Eh, I tak aktifkan pun kat media sosial kecuali berblogging jerk. Memanglah takda share apa-apa pun!

    ReplyDelete
  23. Dapat jugak dlm wassuo group. Tapi tak berani nak download gambar tu. Macam² kan.

    ReplyDelete
  24. yang last tu baru betul ckit saya rasa...
    kenapa la nk buat cm ni...

    ReplyDelete
  25. Haha... Mmg x share sbb tkt x sahih je pn.byk bnd yg x share sbb kdg2 org yg buat ni saja2 je. Mmg kes isi myk full tank kete meletops tu. Kan auta je semua tu.

    ReplyDelete
  26. sy akan share kalau bnda/berita 2 dah kuar berita dkt tv or dkt akhbar... sebab dah nyata soheh...kalau setakat dkt Fb or whatssap memang bagaikan mencurah air jer sy tegok... hehehe

    ReplyDelete
  27. saya pun kena pasal gambar tu,
    yelah lyd, memang kejam sape dok reka cite gini
    tak tahu apa niat mereka tapi obviously berdasarkan apa yang lyd terangkan di atas
    pada saya sangat tak bermoral walau apa sahaja tujuan, sedangkan rasullullah sendiri
    benci mereka yang berbohong sebab ia boleh menjurus ke arah benda tak baik
    sekarang nak share pun, takut kecuali dah sahih
    tak kisahlah walau jadi orang yang terakhir share

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...