Skip to main content

Kenapa Suami Curang? Kenapa Kena Ragut?

Sejahteralah ke atas kamu....

Kenapa Suami atau Isteri Curang?

Allah berfirman:

Sama ada ko setuju ke tak, trend orang sekarang iaitu 'berCouple', ada girlfriend-boyfriend itu adalah salah satu cabang yang Allah maksudkan 'mendekati zina'. Mohon jangan terasa, walaupun dulu sebelum kahwin, kita pernah lalui zaman bercouple ni harap Allah ampunkan kita, tapi memang bercouple itu haram dan tak ikut syariat pun sebenarnya.

Bila cakap Allah ko langgar. Bila Allah kata jangan mendekati zina, tapi ko masih nak bercouple-couple, dan kebanyakan orang sekarang rasa aktiviti bercouple tu adalah 'normal' dan 'up-to-date', maka sebab tu la senang-senang je suami orang ke isteri orang ke, mula la mencuba-cuba untuk rapat dan berjinak-jinak dengan orang lain yang bukan mahram. Maka terjadilah 'couple'. Sebab benda tu kan perkara 'biasa'. So, apa salahnya keluar bersama, dan bergurau senda main cubit-cubit tepuk tampar. Last sekali..... kesannya, tak sengaja dah tercurang kepada pasangan. Benda ni tak terjadi sendiri. Benda ni bukannya "abang tak sengaja. Abg tak rancang pun untuk jatuh cinta, tapi ini semua takdir". Hekk mu. Memang la tak rancang, tapi benda2 berkaitan hati perasaan ni, berkembang dan boleh dipupuk. 

Kalau bukan dengan seseorang yang baru dikenali, mungkin juga dengan 'bekas-bekas' kekasih yang satu masa dulu pernah jadi pujaan hati. Zaman sekarang dah ada WhatApps, ada WeChat, ada Telegram, ada LINE, banyak cara boleh berhubung. Mula-mula reunite dengan kawan-kawna sekolah. Lepas tu terimbas kenangan lalu. Lama-lama rindu. Pastu nak jumpa. Pastu tak senonoh. Puii. Puncanya tetap, 'bercouple'.

Kalau sorang 'try' dan sorang lagi melayan, benda tu boleh jadi melarat. Jadi, tolonglah. Tolong jaga diri sendiri dan jaga kelakuan. Terutamanya di dalam group sekolah kat laman sembang. Jangan la nak 'bergurau' bab-bab feeling dengan kawan lama korang. Tak seswaiii...

 Bila Allah dah kata, JANGAN tu maksudnya ada la sebab dia. Tak perlu nak berada di dalam 'a state of denial' sangat. Kononnya bercouple tu sebab nak kenal pasangan. Kenal tu perlu, tapi bukan kenal yang setiap inci pasal dia ko kena tahu. Ikut setakat yang syariat benarkan sahaja. InsyaAllah selamat. 

Jadi, keywordnya kat sini ialah... jangan bercouple. Bercouple itu mendekati zina. Mendekati zina adalah bahaya.




....................................

Kenapa Wan Maimunah Kena Ragut?

Ada tak ko terbaca pasal kes wanita yang kena potong tangan sebab ada perampok yang nak meragut gelang tangan dia. Sampai macam tu sekali. 

Ada ko ingat lagi pasal Wan Maimunah kena ragut rantai leher dia yang bergayut-gayutan tu? Iklan tu memang dah jelas sangat dah utk suruh kita berwaspada dan jangan letakkan diri kita sebagai target perompak.

Surah 24 (An Nuur)
31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Memang la, orang kalau dah jahat, jahat juga. Kalau dah namanya penagih dadah, bukan dia kira pun orang tu tutup aurat atau sorok perhiasan ke tak. Memang dia akan cari walaupun kita sorok. Tapi, kita pun bertanggungjawab terhadap diri kita. Kita jangan la beri peluang dan mendedahkan diri kita sendiri untuk jadi mangsa ragut. Kita protect diri kita sedaya upaya, ikut cakap Allah. Allah kata sorok, maka kita sorok la. Kalau nak jadi juga selepas kita berikhtiar, itu dah bukan bidang kuasa kita. Yang penting, sembunyikan perhiasan.

Okay, ini sahajalah tazkirah Jumaat daripada LydSunshine yang tak sempurna ni. Kalau ada tersalah dan tersilap, harap maafkan. Yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Manakala yang baik itu adalah langsung daripada Allah. 

Comments

  1. setuju pasal reunion tu dh bnyk kes jdi kan..masing2 dh kwen bila tejumpa balik dan2 nk mengimbas kngn silam plak...

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana memberi takzirah mengenai dua isu berkait dengan panjang lebar. semoga Allah ampunkan dosa laluku dan semoga aku terus mencuba memperbaiki auratku, dan memperlindungkan segala perhiasanku.Ameen..

    ReplyDelete
  3. MEkasih atas tazkirah harini Lyd. Punca suami curang memang susah nak cakap. Kekadang dapat isteri dah cukup baik pon still curang jugak. Yang pompuan skang pon sibuk tergila² kan laki orang. Acaner tu? Pokok pangkalnya hati si lelaki tu sendiri. Macam mana dia boleh tangkis dugaan dan godaan yang datang. Dan juga iman didada. Kalau tak kuat iman, memang goyahlah segalanya. Alasan cliche...'dah jodoh'...puii sangat. Aku memang emo kalau bercakap pasal ni.

    Barang kemas memanga ku tak pakai. Hanya sebentuk cincin dijari manis jer ☺

    ReplyDelete
  4. tazkirah yang 'berisi' :)

    bercouple mmg antara cabaran getir utk anak2 muda yang belom berkahwin. moga setiap dari kita dilindungi dari sebarang fitnah dan juga musibah (macam kes ragut tu)..(muhasabah)

    ReplyDelete
  5. suami curang, isteri curang..itu semua kerana godaan syaitan dan iman yang nipis..perkara haram memang nampak 'cantik' je walhal isteri dah sempurna (halal kan)..

    ReplyDelete
  6. Bab suami curang ni susah nak kata. Kadang-kadang dah dapat isteri cantik, hampir sempurna di mata semua orang tapi tetap juga suami beralih arahkan. Lelaki ni memang unpredictable tapi dah kita ni namanya wanita, walaupun penuh emosi tetap juga memaafkan biar beribu kali ditipu, ya tak? Orang sekarang ni memang dahsyat. Kalau nak berkenalan, kena tahu luar dalam. Manalah tak menuju ke arah zina kalau dah begitu. Setakat pegang tangan tu macam perkara biasa jerk. Unbelievable, di negara HD masih lagi takda main couple-couple ni. Agak dah sesuai usia nak kahwin, makpak terus cari calon. Berkenalan sambil keluarga bersembang. Kalau setuju, on lah terus kahwin. Style mereka macam zaman makpak kita dulu-dulu. Takda main cintan-cintun lama-lama.

    ReplyDelete
  7. Yelah kan Lyd.....moga Allah ampunkan dosa kita zaman couple tu....Baru terasa malu dgn Allah huhu...

    ReplyDelete
  8. Dua isu sekali hang kupas. Power...

    ReplyDelete
  9. betul tu kata awk...
    skarang mcm app y dpt mghubungkan smula ...
    ini kata y dekat mkin renggang...y jauh makin erat..cuma msing2 kna bijak...

    haha..mula2 tbayang psl iklan wan maimunah tu.. tp betullah dgn apa y awk kaitkan tu.. lya mmg jns x suka brg kemas or branded2 item.. pkai h/bag pon y murah2.. x pernah beli branded.. simple is my way ;-)

    ReplyDelete
  10. semoga Allah ampunkan dosa dosa kita yg lalu
    terima kasih lyd diatas kupasan dan tazkirah ini
    sama sama mengingatkan sesama kita

    ReplyDelete
  11. somehow saya agreed dengan lyd.
    saya sendiri tak selesa nak berhubung dengan ex-school mate sebab benda-benda camni
    bimbang fitnah walau kebiasaan orang lelaki yang berlebih
    tapi pokok pangkalnya iman kan lyd

    apapun well said! =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...