Sejahteralah ke atas kamu....
Contest:
Baca blog Kak Ina KL, dia join contest yang dianjurkan oleh AmInsurance, tajuknya "Impianku untuk anakku". Aku menggelupur pergi click pada link yang Kak Ina bagi tu untuk join contest tersebut. Keluar page ni;
Mula-mula aku rasa, aku macam ada banyak impian untuk Luth. Tapi bila aku letak je jari-jari di keyboard, aku tak tahu nak taip apa. Akhirnya sejam aku dok tenung je form yang kosong tu. Ternyata.... Susah untuk aku explain impian aku terhadap Luth. Impian yang kalau aku ceritakan pun, susah untuk memberi kemenangan kepada aku dalam contest ni. Sebenarnya impian aku, hanyalah agar Luth itu menjadi aset aku di akhirat, bukan liabiliti. *itu kata-kata Profesor Muhaya dalam rancangan Anta Tanya Ana Jawab. Eh, takde la. Prof Muhaya dalam rancangan Reset Minda. Agak-agaknya kalo prof baca blog ni, dia sentap mengkarung tak kalo aku tak letak tittle 'doktor' kat nama dia? Haa, yelah..yelah.. Professor Doktor Muhaya.
Kacang Soya
Bila la agaknya aku akan dapat bonus ni. Tak sabar dah nak shopping simpan duit ni. Aku yang begitu rajin bekerja ni harap-harap dapat la cepat skit bonus. Nampak tak aku dah jarang update blog menunjukkan betapa rajinnya aku bekerja. Takpe aku faham, sebahagian besar orang yang baca blog aku ni pun berharap yang sama; agar bonus dapat awal dan kalau boleh dapat banyak. [Mode Tamak is On]. Maklumlah, pembaca blog aku ni kebanyakannya orang-orang satu ofis jugak. Kan??? *aku tau ko sedang tersenyum walaupun bibir hanya bergerak sebanyak 3 darjah.
Sudirman.
*Taip paragraph ni sambil nyanyi lagu Balik Kampung dalam hati*
Minggu depan cuti raya Cina, aku nak balik kampung. Ramai kot yang akan ambil peluang untuk balik kampung sementelah cuti terpijak yang agak panjang tanpa perlu memohon cuti apatah lagi membazirkan cuti tahunan. Dah lama aku tak balik kampung. 3 bulan dah rasenya. Si Tanggang sangat aku kan. Sempena nak balik kampung, aku dah call ibu mentua awal-awal lagi untuk tempah kerepek pisang. Apa je kepek pisang? Hahaha. Dalam banyak-banyak makanan sedap dalam dunia ni, kepek pisang plak yang aku tempah. [tempah tu dalam bahasa halus la, yang sebenarnya maksud aku ialah nak free. Sebab tu order dengan ibu. Gile kedekut menantu dia nih]. Ni semua si kenit tu la yang suka makan papok. Semua benda papok, termasuk kepek pisang. Pun dia panggil papok. Ikut papa pergi kerja tiap-tiap hari bekal papok. Kerepek pisang, keropok ikan, bahulu, bubur nasi dan susu. Semua habis dimakan begitu saje persis roti gardenia. Alhamdulillah kuat makan. Itu pun papa topup dengan roti dan pisang lagi beli kat restoren seblah kedai papa.
Post Chemo
Nenek pengasuh Luth kata dah boleh hantar Luth hari ni. Tapi aku ingat nak bagi nenek berehat dulu daripada jaga budak-budak. Walaupun bukan nenek yang jaga, tapi anak nenek. Lepas rawatan chemo, beliau kata rasa lebih sihat dan bertenaga. Aku harap berterusan la sihat. Tak best la bila orang-orang terdekat jatuh sakit. Rasa sedih. So, tengah terfikir.... sama ada nak teruskan bagi Luth ikut papa atau hantar ke rumah nenek esok. Luth nampak sangat happy ikut papa. Dia budak, dia memang la tau happy je. Yang penting, papa pun suka bawak dia.
Tiap-tiap hari dengar papa dia cerita keletah dia dengan details membuatkan aku rasa aku ada di situ bersama mereka. Kalau ikut plan kami bila nenek masuk hospital ari tu, papa dia nak terus jaga sampai umur dia 4 tahun, sementara dia belum masuk skolah ni. Boleh belajar berniaga dengan papa. [owohhh.... melampau, budak besar itu aku nak ajar berniaga kan?]. So, ari ni Luth masih ikut papa pergi ofis. Kawan-kawan papa pun dah jadi kawan-kawan dia.Kawan aku cadangkan, nanti pendapatan papa, kena bahagi 2 dengan Luth, sebab kata papa... sejak Luth ikut dia, sale meningkat. Nanti oleh sebab Luth dah ada pendapatan, aku nak cakap kat Luth, "bagi mama sikit duit gaji Luth. Balas budi mama". Heheh. Awal kan aku mintak anak aku balas budi. Umur 2 tahun dah ada pendapatan sendiri dan dah boleh bagi duit gaji kat mama. Hebad! Hebad! [tepuk tangan].Tu lah korang. Takyah hantar anak gi skolah. Suruh je dia kerja terus masa kecik-kecik ni.
Last And Least.
Dunia ini sungguh membahayakan. Sebab ada banyak makanan sedap. Kiri kanan depan belakang atas bawah aku terdedah dengan makanan sedap, yang mudah dibeli, yang mampu dibayar dan yang mudah untuk dimakan. Huuwaaa... katakan semua itu dusta!! *sambil menyorok dalam hati sendiri* **dilemma wanita gemuk.**. Mari kita salahkan Besah sebab dia jual donut sedap dan Butterscotch sauce yang sedap. [nanti aku review pasal donut butterscotch.].
Haaa. Tu je.
Suka dengan ayat Lyd: "Dunia ini sungguh membahayakan. Sebab ada banyak makanan sedap." Tapi yg lebih bahaya bagi seorang lelaki bergelar suami ialah bila isterinya suka masak yg sedap2. Nak tolak takut isteri kecik hati, tambahan lagi aroma masakannya pula mencairkan air liur. Pernah terniat nak pura2 makan dan kemudian diam-diam luahkannya didapur! Tapi itu membazir dan membazir itu saudara syaitan. Maka akhirnya jadilah sang suami seperti belon udara yg semakin memberat di darat... Kalau tak rajin exercise memang dunia dapur akan jadi sangat bahaya....
ReplyDeletemcm org kata isteri pandai ikat perut suami
Deletehuhuhu..entri last tu menusuk kalbu.... :-))
ReplyDeleterezeku anak tu..luth pas ni minta bonus dengan papa k.. :-P
Ohh byk cerita dalam satu entry..pasal kontest ni ada nmpk,tp tulah dh tau takkan menang.huhu..
ReplyDeleteKami satu famili suksa kepek pisang juga!ohh dpt bonus blanja entry jadilah.hehe
OK juga kecik2 dh ada pendapatan sendiri.mama gak untung.
Dunia Sgt bahaya setuju Sgt..daku pun semakin membesar dengan jayanya
memang bahaya dunia sekarang..banyak sangat makanan yg sedap. celik mata buka fb terhidang makanan yg sedap..huhu
ReplyDeletewahhh byk paragraph .... yg lat tu bg aku tak bahaya .... sbb aku ni mkn byk mana pun tak gemuk2 ...huhu
ReplyDeleteeyh..manatau kot2 dpt ilmu bisnes dgn papa dia .. hehe..
ReplyDeletehaha.. itulah..godaan makanan sgt kuat,..sbb tu ramai org kita obesiti skarang..
oit oit..aku x bersalah..haha
ReplyDeleteSetuju....srmua ibubapak nak jadikan anak dia aset akhirat ....Bukan mudahkan.....tp tak pe selagi kita berada di Universiti Kehidupan kita sentiasa ada peluang utk buat yg terbaik. Eh ? Berkaitan ke? Entahlah hihi...
ReplyDeleteCuti lama tu....bolehlah valik kg lepas gian makan kopok leko Ganu yg best tu
aamiin
ReplyDeletemcm mcm kisah dientrykan
sng dibaca.
alhamdulillah..
bagus luth..
kalau luth order papok saya pulak order kuih karas..
nak blk jugak ni.. hihi
last blk kedah bln 12
bulan 1 blk kk
kena pepandai pilih.. huhuhu
donut butterscoth ?
Aduhai, Lyd! Napa I rasa nak gelak je especially bab Papa kena bahagi dua pendapatan dengan Luth. Dah lah tu, Mamanya nak minta sikit bagi mengenang budi, membalas jasa ya? Hebatnya anak hang ni, 2 tahun dah pandai balas budi. Masa baca statement tu, tetiba teringat wajah Luth yang comel sambil senyum nampak gigi :)
ReplyDeleteKalaulah Papa Luth minta Mama bagi duit upah makcik jaga Luth tu kat dia? Macamana nak menjawab? Hehehe....
Dunia ini memang penuh dengan mara bahaya bila nafsu makan tak menurun-nurun walaupun usia dah meningkat. Makanan sedap weyh, kalau tak cuba rugi. Kalau membazir, ikut kerja syaitan. Kita tak mahu jadi syaitankan... Hahaha!
Satu entry tapi bermacam cerita....hehehe...Alhamdulillah...murah rezeki sejak luth gi keja ngan papa dia yerp.
ReplyDeletennt gaji Luth lagi byk dri gaji mama nya hihi
ReplyDeleteDh joint. 200 lbh perkataan tu skt je. X dan nak buat karangan pendek pn. Haha...
ReplyDeletehahahaha... yg xduksatu opis pn terus tersenyum bila baca sal bonus..kihkihkih... hebak sungguh Luth kecik2 dh ada kerjaya... bagi tips sikit Luth... :P
ReplyDeletetapi saya tak satu opis dengan lyd pun..hehe
ReplyDeletewah, hebat kamu luth...dah bekerjaya
by the age of 5, dah jadi OKB! all the best ye luth =)