Skip to main content

Blogger Ni Tak Pernah Ada Masalah Ke? Atau Hipokrit Je?

Sejahteralah ke atas kamu...

Kalau ko adalah seorang pembaca blog dan mengikuti perkembangan ramai bloggers di dalam blog mereka, satu perkara yang ko pasti akan perasan ialah, kehidupan bloggers tu semua nampak seperti menarik dan indah-indah saje. [Well, ada juga la yg tak menarik tapi bukan tak menarik kenapa, cuma ceritanya bosan, tu je.]. Mereka [bloggers] tu seperti tak pernah dihinggap masalah pun. Semuanya seperti baik-baik sahaja. Betul kan?

Atau pun ada juga yang pernah terasa, blogger sekian dan sekian ni hipokrit je lebih. Menunjuk-nunjuk je yang dia tu bahagia, sedangkan life sebenar dia ada masalah dengan suami. *Contoh la*.

Biarlah aku menjawab bagi pihak bloggers. Ye, aku tahu aku ni bukan blogger selebriti, apatah lagi blogger muka cun yang femes dan ramai follower. Pembaca blog aku pun tak ramai mana. Tapi perasaan sebagai seorang blogger tu, tetap tertanam di dalam kepala. Ntah dari mana prinsip 'kebloggeran' aku tu datang, aku pun tak pasti tapi inilah yang semua bloggers rasa. Kot.

Kami hanya kongsi perkara yang baik-baik sahaja bukan sebab kami tak pernah ada masalah. Orang gile je takde masalah. Kami tak gile. Jadi kami dah tentu akan ada masalah tersendiri. Cuma, kami tidak mahu 'mengotorkan' blog kami dengan cerita-cerita sedih dan cerita-cerita tak best. Nanti, orang yang baca tu akan terkena tempias aura negatif tu. Kami tak mahu begitu. 

Kami hipokrit? Sebab berpura-pura bahagia? Tidak... Bukan hipokrit. Cuma kisah peribadi adalah untuk simpanan sendiri dan bukan untuk tatapan umum. Bukan untuk disebarkan.

Alamak... aku tak tahan nak cerita masalah aku ni. Muahahahah...

Siapa yang biasa baca blog aku, mesti tahu yang anak aku dijaga oleh seorang pengasuh berhampiran dengan rumah kami. Kira berjiran la. Pengasuh yang dipanggil nenek itu, baru-baru ini dimasukkan ke hospital kerana masalah sakit dalam perut. Suspected appendix. Lepas operation, ternyata bukan appendix, tapi ketumbuhan sebesar 10cm. Sangat besar hokey.

Masa nenek masuk hospital, lebih kurang seminggu aku cuti cemas sebab takde siapa nak jaga Luth. Aku dah tanya jiran-jiran yang lain, semua tak boleh jaga anak aku. Sedih rase. Tiada siapa yang sudi jaga anak aku yang comel, baik, soleh, encem, berbudi bahasa, berhemah tinggi, hormat orang tu dan sentiasa berkata benar tu. Ish..ish..ish.. rugi la korang makcik. *tetibe*

Lepas nenek dah keluar wad, dia dah balik rumah dan anak aku dijaga oleh anak dan pembantu nenek. Anak nenek boleh la jaga Luth sebab mak dia dah ada kat rumah. Untuk makluman, nenek ni jaga anak aku dgn baik. Memang terjaga la. 

Lepas seminggu, keluar keputusan daripada makmal yang mengesahkan bahawa ketumbuhan 10cm yang keluar daripada perut nenek itu adalah.... cancer. *nangis*....

Aku tak la risau sangat sebab kan dah dikeluarkan. Tapi kata doktor, ketumbuhan itu atau lebih tepat aku katakan 'cancer itu' sempat terpecah semasa dalam proses mengeluarkannya daripada perut nenek. Semakin hari kesihatan nenek semakin pulih. Aku pun rasa lega sebab aku dah boleh hantar anak aku ke rumah dia semula, walaupun bukan nenek yang uruskan anak aku. Tapi dia hanya memantau saje la.

Lepas 2 bulan, tiba-tiba aku dengar nenek masuk wad semula kerana dia mengadu tempat luka operate tu rasa sakit dan macam ada ketulan. Bila diagnose..... ermmm... sel cancer tu aktif semula. Dengan cepat membentuk ketumbuhan baru sebesar 5cm, 4cm dan 3cm. *itu yang pembantu dia cerita. kalau dia tersalah fakta, maka fakta yang aku cerita ni pun salah juga la ye.*. Sepatutnya nenek disarankan untuk melakukan chemotherapy, tapi dia dan familynya refused dan minta tangguh. Seboleh-bolehnya nak berubat alternatif, jumpa ustaz dan sebagainya. Aku tak sure kenapa tapi itu keputuan mereka anak beranak, kita kena la hormat. Yang menanggung sakit tu adalah dia. Jadi dia lebih tahu apa yang dia mahukan. Mungkin chemo tu terlampau sakit atau ada side effect ke, aku pun tak arif juga tentang tu.

Lepas nenek dapat escape daripada wad [eh, dia bukan la lari senyap-senyap, tapi dengan restu doktor la], dia duduk di rumah semula. Dan aku hantar lagi anak aku ke rumah dia. Seperti selalu, diuruskan oleh anak dan pembantu dia.

Isnin baru-baru ni, cuti ganti hari wilayah. Anak nenek whatsapp aku dan mengatakan yang mereka dah tak jaga budak-budak lagi bermula Isnin tu. Gulp. Ada sambungan lagi selepas itu. Kata anak nenek lagi, Luth mereka tetap akan jaga. Aku tak faham mula-mula. Bila aku tanya-tanya... Anak dia kata, anak orang lain memang mereka bagi short notice dah tak mahu jaga dah bermula Isnin lepas. Tapi dia hanya akan jaga Luth dan sorang lagi budak perempuan yang sebaya Luth bernama Eva. Eva ni comel tau. Bila aku tanya, kenapa macam tu? So dia kata sebab Luth tak banyak ragam. Alhamdulillah. Baik soleh rupa-rupanya anak koi ni aok. Aku rasa bersyukur kepada Allah kerana Dialah yang memudahkan urusan aku.



Kelegaan aku tak sempat nak berakar umbi pun. Pagi Selasa tu [semalam], anak nenek kata nenek masuk wad semula dan memandangkan mak dia masuk wad, so dia tak dapat nak jaga Luth lagi sebab dia kena jaga mak dia di hospital. Huuuhuuu... Jiwa kacau sungguh aku rase. Aku ni memang rekod kehadiran kat ofis agak tak berapa jelita. Nak EL memang macam tak sanggup dah. MC plak, takkan tetiba nak gi mintak MC kalau takde sakit apa-apa. Itu tak masuk akal. 

Aku nak cuba tanya pembantu nenek yang sorang lagi tu, tapi dia balik kampung. Dan aku tanya jiran sebelah umah aku, katanya pembantu tu dah tanak jaga budak lagi. Semalam aku ada melawat nenek di PPUM. Nenek ada rekemen pada aku sorang kawan dia yang duduk di flat sebelah yang berselang dengan petronas. Aku masih belum dapat no contact makcik tu. Tengah usaha. Harap-harap ada sinar untuk kami.

Buat masa ni, aku memang tak ada pilihan melainkan minta tolong papa Luth bawa Luth ke kedai tempat dia bekerja. Terpaksa la dia yang usung Luth ke hulu ke hilir nampaknya. Sebab dia bekerja sendiri. Aku pula mungkin akan bawa Luth ke ofis Jumaat ni kot. Sebab hari Jumaat, macamana papa nak solat Jumaat. Bahaya plak kang. Sekarang penculik ramai. Pedophile dan child molester pun ramai. Adui, takut betul. Aku terpaksa la buat muka tebal bawak anak gi ofis. Harap2 bos aku tak nampak kehadiran anak aku atau harap2 bos absent hari Jumaat ni. Huhu. Aku nak hantar ke taska ofis ni tak tau la ada kosong ke tak. Nak tumpangkan sehari dua sepatutnya boleh, cuma aku macam tak yakin je anak aku tu boleh adapt. Dia tu takut dengan orang. Pastu kalau dia start menangis, dia akan menangis kerang yang tak keluar suara dan tak bernafas sampai muka jadi biru. Aku tak yakin la. Aku sebenarnya lagi prefer dia diasuh di rumah umah dan kawasan suburban. Tenang sikit.


Yang pasti, sekarang aku adalah blogger yang ada masalah jiwa kacau. 




Comments

  1. Aku curahkn rasa aku dlm blog lain yg org x kenal siapa aku...

    ReplyDelete
  2. Semoga ada jalan penyelesaiannya, InsyaAllah.

    Semoga juga kesihatan nenek itu kembali pulih sepenuhnya...Aamiinnn

    ReplyDelete
  3. Tipulah kalo suma blogger tak der masalah. Cuma yg selalu diceritakan ada lah yg enak2 saja. Yg tak enak tu biarlah rahsia.

    Siannya nenek. Sian jugak kat luth & mommu luth. Smoga urusan nenek dan urusan mommy luth ni dipermudahkan olehNYA. Memang susah nak cari pengasuh. Nak cari nirsery pon...fikir banyak kali jugak.

    ReplyDelete
  4. sbbkan xnak curah masalah..bertahun blog bersarang...debu..
    apapun, semoga dipermudahkan urusanmu & urusan keluarga nenek..aamiin

    ReplyDelete
  5. Lyd, tulisanmu menyentuh jiwa akak..memang jiwa kacau kan selagi anak tiada pengasuh yang sesuai..akak doakan masalah ko ni selesai dan luth dapat pengasuh yang baik..aamiiiin..

    Kiss Luth bagi pihak akak ye ;*

    ReplyDelete
  6. Memang kebanyakan kita suka cerita benda2 indah je..bukan hipokrit tapi benda peribadi masalah rumahtangga semua takkan nak kecoh satu Malaysia.walaupun hakikatnya takde org nk baca pun blog aku.hahaha...

    Kesian luth..semoga dipermudahkan dpt pengasuh baru untuk luth..

    ReplyDelete
  7. Lyd..apa yg rin sarankan lyd mmg kena cari jgk pengasuh lain.dh xblh harapkan nenek tu jaga luth dah atas faktor kesihatan dia..tak pun lyd try la jgk hanta kat taska dekat tmpt keje.inshaAllah.semoga urusan lyd dipermudahkan ye

    ReplyDelete
  8. setuju tu lyd ...
    bg lya kat blog tak perlu nk cerita msalah dalaman ..lagi2 hal masalah laki bini.. maki hamun situ sini pom lya x suka sebenarnya.. lg2 bercerita perihal org.. sbb blog kita akan dibaca umum, so penulisan kita sbnarnya sedikit sbnyk mencerminkan peribadi kita.. jaga lah penulisan..jgn terlanjur syok sgt meluahkan rsa..

    bg lya, kalo masalah bab anak ok lagi, sbb situ blh dpt pndapat n nasihat ramai org.. sendiri fikirlah mana yang baik kan..?

    sekadar masalah cam lyd ni ok aje di share, sbb ni bkn lah melibatkan aib atau pon apa2.. at least dgn baca komen2 kawan2 ni blh meringan kan beban y lyd tanggung skarang.. msti susah hati jugak nak mncari penganti y terbaik buat luth kan.. kesian luth.. takpelah lyd, insyallah urusan awak ni dipermudahkan

    ReplyDelete
  9. betul tu, citer yg positif..bg smngt katanya.
    mcm kisah sy sndiri yg mnti zuriat..

    mai la bg saya jaga luth n rania..hihi..
    xlist rania ada kawan juga.

    smga dipermudahkn urusan itu nnti aamiin

    ReplyDelete
  10. Zaman anak2 saya seramai 6 orang tu masih kecil, ketika itu belum ada blog (atau ada tapi saya tak tau???). Tapi jika saya ada blog masa tu tak cukup ruanglah agaknya blog saya utk bercerita masalah pengasuh anak2 saya yg sekejap2 pakai bibik, lepas itu hantar anak2 ke taska, kemudian ke pengasuh A, B, C sampai Z....memang memeningkan!! Nasib baik Lyd cuma punya seorang anak, kalau 6 orang memang bukan saja jiwa kacau tapi semua wayar2 dalam badan semuanya kacau!!

    ReplyDelete
  11. betul tu dlu tepikir gak blogger ni takde masalah ke? tapiii betul la org gila je yg takde masalah ;)

    ReplyDelete
  12. insya allah dipermudahkan urusan ko nanti. aku titip doa dari jauh ye.

    aku setuju, blogger takkan share segala macam masalah yang dia ade dengan memaki hamun segala ape but we have to write it in every positive way, kan?

    ReplyDelete
  13. aku jenis yg x citer sgt mslh peribadi kat blog.

    ReplyDelete
  14. betul tu lyd..

    semoga nenek tu cepat sembuh..dan adalah orang nak jaga anak soleh tu...

    ReplyDelete
  15. I pun tak sukalah cerita kisah 'dalaman' yang sedih-sedih ni dalam blog. Takkanlah kisah gaduh dengan suami sebab tak tutup penutup botol air ketat-ketat pun nak masuk blog ya, tak? Tapi bab keletah anak-anak tu, haruslah dari sekecil-kecil statement sampai sebesar-besar cerita nak masuk blog. Hehehe....

    Bukan takda turun naik dalam kehidupan ni, ada je tapi malaslah nak kasi tau satu dunia. Borak dalam bilik tidur suami isteri selesaikan masalah sudahlah. Tapi kalau perlukan pendapat, mana yang patut haruslah difikirkan juga nak tanya kat kawan-kawan ke tidak, asalkan tak mendatangkan kesusahan dalam hidup sendiri okeylah kita kongsi. Macam masalah you ni...

    Eh, dah ada jalan penyelesaian ke belum ni? Apa kisah seterusnya cuba sambung cerita lagi....

    ReplyDelete
  16. susah gak kn... jiwa terkacau kejap...
    harap2 nenek Luth cepat ok..leh jaga Luth ya...

    ReplyDelete
  17. betullah kan lyd, tak akan semua nak cite dak
    kalau kite cite pun, org kata kite ni banyak masalah pula
    serba salah jadinya, jadi molek sangat cite tu bertapis

    ni cite ni dah lama, apa khabar nenek tu
    luth pula camne
    ni lah delima ibu bekerja kan, saya faham

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...