Skip to main content

Nak Habaq Mai Baq Hangg

Sejahteralah ke atas kamu...

Last weekend aku ke utara. Mengikut rombongan meminang yuols. I ni dah tahap makcik-makcik, sebab dah ada anak sedaranya yang dah besar-besar gajah dan sampai masa untuk berumahtangga. So, aku sebagai seorang maksu, kena la ikut rombongan bila anak sedara nak meminang demi untuk memberi sokongan padu kepada beliau. Sokongan moral je la.

Masuk je highway PLUS, aku dan Mat Azghul dah start cakap utagha, yang mana kalau orang utara dengar kami spekong utara, boleh mendatangkan rusuhan kaum sebab marah bahasa mereka dah dirosakkan. Ok. Hiperbola. Sepanjang perjalanan dok "baq hang, baq hang" je la kiterang, pastu gelak berjemaah. *pahadal tak kelakar. Tapi saje nak gelak. Eh, tapi sebenarnya memang kelakar kalo dengar sebab tak reti, tapi nak bercakap gak slang Utara. Org utara, hampunkan la kami ye.*

Majlis bertunang tu aku tak perlu la cerita detail, sebab majlis orang. Mereka mungkin mahukan privacy, so aku tak yah le cerita sangat. Mula-mula sampai di Kedah malam Jumaat tu, kami menginap di HomeStay Azura di Guar Chempedak. Harga semalaman RM150. Mak pentunang yang belanje. Umah pentunang perempuan di Pendang tapi dekat je dengan Guar Chempedak tu. Aku dah check out siap-siap, lepas majlis tunang kami terus chow dan menghala ke Penang. 

Yang aku nak cerita ni ialah tentang Penang. Penang! Awok tunggu koi sampei! Eh, kena spekong utara, Penang! Hang tunggu cek sampai habaq maiiii!!

Aku booking penginapan guna Booking.com. Tempat yang aku booking tu namanya H Residence. Aku ingatkan hotel. Tapi bengap sangat bahse homputish, sepatutnya bila dah nampak perkataan 'Residence' tu ko kena paham la yang itu adalah residence, bukan hotel. Sama je dengan konsep homestay. Cuma homestay ni adalah kondominium. To be honest, aku tak pernah masuk kondo sebesar ni. 5000sft baq hanggggg. That's huge! *terus je terbau barbeque dan terbayang-bayang riuh rendah ahli keluarga bersembang kalau rumah ni haku yang punya. Tapi harapan je la buat masa ni. Hakhak. Berangan itu percuma.*





Yang menjadikan H Residence tu special sikit, walaupun konsepnya seperti homestay (takde sarapan pagi included) tapi.... biliknya bertaraf hotel. Mungkin bukan taraf 5 stars hotel, tapi kira okay la level hotel 4 bintang. Sebab bilik cantik. Bersih (of cos la kena bersih kan). Kemudian nak masuk tu, ada guard dan nak naik lif pun security level sangat tinggi. *cam biasa le, lif yg jenis kalo nak tekan floor mana tu, kena touch card dulu, kalo card non hado, maka babai je la korang, sila la keluar slow-slow daripada situ macam pink panther.

Toiletnya paling aku suka sebab nampak modern dan ada bath tub (ni kriteria yang paling aku consider untuk memuji hotel).



Water heater memang dah built in dan otometik. Pulas je la paip tu, tak perlu nak kena turn on water heater yang jenis seketul tu dah. Ni memang standard hotel. Aku cukup tak berkenan kalo menginap kat hotel, water heater dia jenis yang seketul tu. Ala, padahal umah aku lagi la langsung takde water heater dalam bath room. Tapi rumah takpe la. Hotel takleh la ala kadar. Kena la all out bagi service.





Ada disediakan towel bersih yang berwarna putih. (Biasanya homestay, malah sesetengah hotel atau chalet tak sediakan pun towel. Kalo homestay sediakan towel pun selalunya towel warna-warni. Kurang komersil sikit la.) Tapi di H Residence ni ada disediakan.


Boleh pilih nak pilih sea view atau city view. Aku pilih sea view. 

Ini gambaran daripada bilik aku. Takde la betul2 menghadap laut pun. Tapi boleh la. Cuma yang tak cantik sikit bila masih ada bangunan under construction. Cacat skit la pemandangan tu. Apapun, bukannya aku nak duk je bersidai tepi tingkap tu. Tengok sekejap je permandangan laut tu. Aku gayat. Hahak.
Ini permandangan menghadap bandar.


Petang-petang boleh jalan-jalan tepi pantai.


 Facility lain.

Ada playground yang seciput je. Tapi boleh la daripada tak ada. Bukan nak main sangat pun. Tak sempat pun nak main kalau setakat duduk semalaman je. Playground ni kat tingkat 14.


Ada swimming pool ala-ala Marina Bay yang poolnya sampai ke tepi gitu. Ini kat tingkat 4. *Tak lama lagi dekat dengan ofis aku ni nak buka satu lagi residence untuk orang-orang kaya iaitu St Regis. Pergh. St Regis memang gile.


Ini dapur. Macam biasa la. Boleh guna peralatan memasak, peti sejuk, mesin basuh (sabun disediakan). Cuma bahan memasak kena la beli sendiri.

Dining table. Feeling metropolitan sangat bila sambil makan boleh nampak permandangan kota. owhh...



Living hall yang lagi luas daripada keseluruhan rumah yang aku duduk sekarang. Boleh la kalo setakat nak main berlumba terompah gergasi dalam ni. Muat lagi la.


Dalam bilik tiada bau karpet masam kepam hancing busuk dan hangit mahupun bau kandang buaya. Mungkin sebab lantainya guna tiles je, so takde la bau pelik-pelik ni.

Cantik kan wallpaper ni? Feeling macam betul-betul duduk kat water chalet. Owh jernihnya air. Boleh nampak ketam tengah mengajar anaknya berjalan. Eh..eh, ketam... senget tu..

Bisnesman la katakan. Mesti la bz dengan gadget.



Oloh, sibuk je budak kenit ni nak main panjat-panjat katil. Mama tenung sikit kang mula la menangis.

Bedsheet yang digunakan berwarna plain, diperbuat daripada fabric cotton jenama Jean Perry. Selesa sangat. (Biasanya kalau homestay kan bedsheet dia guna yang jenis berbunga-bunga pastu fabric yang biasa-biasa je.)

Amboi, 'father and son' sangat korang ye.


Cuma TV je tak clear. Siaran memang tak clear langsung. Tapi takpe la, bukan penting sangat TV tu.



Secara peribadinya, aku berpuas hati tinggal di H Residence ni. Lokasinya di Jalan Kelawei, Georgtown. Dekat sangat dengan laut. Malah, menurut penduduk tempatan yang kami jumpa di restoren mamak, Jalan Kelawei ni dulu masa tsunami pun kena juga. Gulp. Terus je rasa nak gi naik bilik untuk packing dan balik KL cepat-cepat bila dengar orang tu cerita pasal tsunami. Lagi, H Residence ni sangat dekat dengan Gurney Paragorn, salah satu shopping mall yang ada di situ selain daripada Gurney Plaza. *tapi kami tak sempat la nak buat lawatan ke shopping mall. Shopping mall kat KL berlambak. Tu pun tak terpegi dah. Selain tu, H Residence ni juga dekat je dengan 3D Art Museum dan Time Tunnel yang femes tu. Ala, tempat yang orang ambik gambar ala-ala macam dalam studio tu. Kan dah ramai yang share gambar mereka di sana.

Harga? Okay, part harga ni je la kekurangannya H Residence ni berbanding homestay biasa. Biasa kalau homestay, kita akan dapat duduk anak beranak dalam satu rumah tu, dengan harga RM150. Kalau dalam rumah tu ada 4 bilik, maka 4-4 bilik tu korang boleh berakar umbi kat situ. Tapi H Residence ni, harganya RM229, hanya untuk 1 bilik. Nak bawak anak beranak ramai-ramai kena bayar lain la untuk bilik lain. Kemudahan lain dalam rumah tu seperti dapur, mesin basuh, meja makan dan ruang tamu kena share la dengan penyewa bilik lain kalau nak guna. Tapi untuk aku yang family kecik ni, aku puas hati je.


Oh, satu lagi. Pemilik unit kondominium ni, sangat membantu, peramah dan baik hati. Korang akan rasa dihargai dan diraikan sebagai tetamu bila berurusan dengan dia. Namanya Alan. 


Itu ja la yang aku nak habaq kat hang.

Gambar yang tiada water mark LydSunshine.blogspot.com di atas diambil daripada laman web Booking.Com

Comments

  1. exclusive sgt bilik dia ye konsep moden....cantik la yg wall dia tu chalet atas air mcm real

    ReplyDelete
  2. serius..kagum tgk..mmg besar la..bilik pon sgt2 cantik..kemas & bersih...
    harga pon sgt berbaloi bg lya.. view pon sgt cantekkkk

    ReplyDelete
  3. Ohh mmg cantik n exclusive.. Bilik air best sangat.model tab mandi pun kiut.haha..oklah ikut harga tempat cantik selesa macam ni..tp klu nak privacy macam leceh sikitlah kan kena kongsi kongsi.

    ReplyDelete
  4. Ohh lupa nak komen pasal dialet utaqa hangpa.buruk sangat aih..huhu

    ReplyDelete
  5. Cantik kan lyd..
    Kalau kita guna booking .com atau agoda tu biasa dia minta no kad kredit yg belakang tu kan lyd..ada pukak kawan kat sini kata bahaya bagi no.tu..kalau kita tak bagi tak boleh buat tempahan kan lyd..keliru acik

    ReplyDelete
  6. H Residense kalau nak stay memang kena lama baru best. Takat duduk kejak, rasanya stay kat hotel pun dah orait kot.

    Pasai cakap utagha ni. Dulu ada housemate budak Lepih. Sekali dia try cakap Penang, kami budak utagha ni pakat gelak la. Pelik sunggoh bunyi dia habaq hang. Haha

    ReplyDelete
  7. So masa awak duduk situ, mmg ada occupant lain di bilik lain ke?
    Kalau takde occupant, menas that the whole condo " ana yang punyaaaaa" :P

    ReplyDelete
  8. Patutla mahal Lyd, kemain best deko dan kemudahan yg tersedia. Ada try berendam dlm bath tub sambil blind tu angkat? hahahaaa

    ReplyDelete
  9. BESTNYA LYD...suka sangat percutian yng indah aman camni...wahhhh gitewww...
    eh lama dah rasa tak hanimun dengan hubs ni..
    baca lyd punya entry ni terus rasa mcm..."bestnya kalau dpt gi hanimun"...hahaahaha

    ReplyDelete
  10. Bab2 meminang ni mcm kelakar la jgk. Husben anak ketiga. Anak lelaki sulung. Selalu jgk la dia ckp mls nak involved bab2 bercakap time org meminang ke dia ikut rombongan meminang ke. Esp kalau melibatkan adik2 dia. Tp end up, selalu jgk la dia yg jdk jurucakap. Haha... Konon2 nk bg abg ipar ckp, bila abg ipar tu sangkut trs je dia ambik alih. Sengal kan? Sm jgk la ms adik dia nikah. X nak jdk wali. Nak passed kt adik bwh dia. Last2 tok kadi mtk dia nikahkan adik dia snd. ngee...

    ReplyDelete
  11. ehem ehem. saya org kedah ya... hehe..
    kg apa kt pendang tu... saya org pendang gak

    ReplyDelete
  12. weehuu... seghonok nya pi bercuti... awal tahun dah pi... hehe.. comfirm mahal tmpt pnginapan.. nmpk sgt selesa

    ReplyDelete
  13. canteknya hotel ni
    nti lau adik2 mak abah mai bolehlah try semalam duk sini hehehe

    ReplyDelete
  14. cantik...bersih...pemandangan laut tu mesti cantikan waktu matahari terbenam...

    ReplyDelete
  15. syokknya ada anak sedara dah naik pelamin..
    sy tumpang anak buah je..
    pppssstt: pendang !!! kg mana tu.. sy org pendang ni..

    alahai bestnya..
    serius cntik la wallpaper blk lyd tu..
    nampk mcm real je..
    harga pon ok..
    cma x best kena berkongsi dapur dgn org lain la kan..

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum....cantekkk sgt...berkenan part wallpaper tu...macam dekat grand lexis jangkamasa gayanya :-)

    ReplyDelete
  17. wah hebatlah, satu je akak nak bgtau yang umah pentunang tu dah dkt dgn umah akak kat kampong, guar chempedak, pendang tu, sbb kaknoor dari bukit jenun area sana jugak hehe

    ReplyDelete
  18. Wah... macam hotel mewah dah ni. Pastu siap ada bilik konsep Doraemon pulak.

    ReplyDelete
  19. yang doremon tu bilik sape?

    ReplyDelete
  20. Eh, I dah komen kat entri ni kan. Mana pi komen I? Terdelete dek jari jemari halus pun ka apa ni, Lyd?

    ReplyDelete
  21. saya dah dua kali ke penang, dua kali juga sesat
    dah masuk, tak jumpa jln keluar...hehe
    tapi cantiklah tempat dia walau harga dia agak...ehem2
    takpe lah dak, janji puas hati =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...