Skip to main content

Hasil Jahitang Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu...

Bukanlah niat aku nak mengexpose sangat paras rupa aku yang terlebih jelita ni. Serius, takde niat pun. Aku sedar la aku sape. Aku hanya wanita yang perasan cantik di alam blogger je. Wahwah.

Namun, [eceh, bila guna je pekataan 'namun'  aku terfeeling macam wartawan majalah 3 yang tgh buat liputan pasal ikan pari] niat aku hanyalah nak menunjukkan hasil jahitan baju aku. Yer. Ianya masih berniat untuk menunjuk-nunjuk. Kalau bukan kepada korang, nak tunjuk kat sape lagi kan? Korang je la yang selalu puji dan impress dengan hasil seni aku. Hakhakhak. Jangan la korang terasa nak terbluwek plak kat sini. Sungguh, memang niat aku sengaja nak puji diri sendiri ni. Sebab di alam nyata, tak de orang nak puji haku. Hian hat haku han?

Baju ini blouse. Jangan tanya saiz apa. Kalau nak tahu, tanya la mak mentua aku. Kehkeh. Nampak kat bahagian pinggang tu macam tied-in sikit. Itu memang pesen. Aku jahit getah kat tengah-tengah baju tu, so, bila aku pakai, nampak le macam itu kaedahnya.

Lantak la muka aku bulat tak hingat pun. Aku jujur ni nak tunjukkan wajah sebenar Kak Limah sebelum beliau menjadi hantu Kak Limah. Okay, back to the point, dress ni A Cut atau dalam bahasa mamandanya dipanggil potongan A. Jahit luruih je. Pastu aku bejewelled baju tu dengan manik-manik yang iron-on. Simple je. 

Siapa dia ni? Nanti la aku cerita ye.

Aku agak gembira sebab sekarang aku dah berjaya jahit baju sendiri. Next time aku dah tak payah tempah baju lagi dengan orang. Dah selamat duit tempah baju. Mahal wei, makin hari makin mahal harga upah baju. Aku ingat, start upah baju dengan harga RM18 sepasang baju kurung. 3 tahun lepas harga terakhir aku tempah baju kurung ialah RM47. Sekarang aku tak tahu berapa harganya. Sebab mmg dah lama aku tak tempah baju. Main beli baju dah siap je.
Lepas ni, boleh la beli kain pasang cantik-cantik dan jahit baju sendiri ikut suka hati aku nak buat pesen apa. Jahitan buruk ke sengkek ke macam tenuk ke, takde hal. Sebab aku sendiri jugak yang pakai.
Nak tengok cara aku buat baju?

1. Mula-mula aku ambil baju yang aku rasa nak jadikan baju ukur. Aku letak atas kertas.




2.  Aku pin elok-elok bagi dia tak bergerak kalau tidak aku tembak.





3.  Lepas tu lukis ikut bentuk baju tu pada kertas. Kemudian gunting kertas. Kertas tu dinamakan pola.


4.  Lepas dah gunting kertas, letak kertas pola tu pada kain yang nak dijadikan baju tu. Pin elok-elok lagi. Then baru potong kain. 


Okay. Kupai.

Comments

  1. assalamualaikum lyd...cantik bila dah jadi...bagus kalau pandai jahit baju sendiri x payah nak berupah...:)

    ReplyDelete
  2. Baju biru tu kain dia nampak cantik dan jatuh...untung la lyd pandai jahit tau...jeles rin!!

    ReplyDelete
  3. tahniah lyd...yan ni bila lah nak blajar jahit..baju2 yan semua hasil tangan mak... :-))

    ReplyDelete
  4. wah... cantik..akak saya nak tempah baju raya kt akak leh tak? heeee

    ReplyDelete
  5. syoknya lyd. aku xpandai jahit. tp bole la menjahit. takat buat beg, sarung bantal tu lepas la. nak wat baju belaja sekerat jln je. tu pn masa baru lpas SPM dulu... hahaha.. tp kalau dpt sebijik mesin jait. harus aku blaja blik menjahit. hihi

    ReplyDelete
  6. Eeeee.... jealousnya. Ni baru nama ukur baju di badan sendiri :) Bestlah dapat jahit baju sendiri. Tak lama lagi seisi keluarga kena pakai hasil jahitan 'kemas' Kak Limah, kalau tidak Kak Limah tembak dengan jarum peniti. Ahah...memang curlass gitu :)

    Lyd, agaknyalahkan kalau I suka-suka nak potong kain ikut tunjuk ajar you di atas ni, menjadi tak baju di badan I nih? I jealousssss sangat-sangat nih sebab takda skil macam ni. Tempah baju sekarang, tailor I ambil RM65 untuk baju kurung biasa-biasa, yang luar biasa cecah RM100 lebih. Tailor I lagi sorang tu baju kurung biasa-biasa je dia ambil RM85. Kalau you bagi I diskaun separuh, I hantar kat you ajelah ye :)

    ReplyDelete
  7. Bestlah dapat jahit baju sendiri.sy pun dah lama tak tempah baju,selalu beli yang dah siap jugak..cantik warna bajunya.pasni klu rajin sikit n Ada kelapangan boleh dah amik tempahan. Boleh dah bukak kedai baju,design baju lawa2,boleh buat bisnes OK..klu lepas jahit baju sendiri,anak2 dan orang terdekat pun dah cukup bagus..

    ReplyDelete
  8. Rajin2. Kat fb pn ramai jgk yg jual pola jubah ni.

    ReplyDelete
  9. untung sgt pndai jahit sdri..mmg jimat berganda..lya tmpah kurung moden bru2 ni rm75..waahhh..bapok mahal harga lening...

    lyd..lama x tgk gambo...

    ReplyDelete
  10. pndainya... skrg kos jahit baju pun da mahal... untung pndai mnjahit... eija pnh belajar tapi tak prktis.. jadi lupa dah T_T

    ReplyDelete
  11. nk tempah ngn lyd la juga.. boleh.hihi
    skrg ni upah jhit baju dkt kg.masih murah la.asal bli kain pasang blk hntaq kg. hihi
    tu la kan nk kna juga bljat jhit ni..
    maklum le dh ada ank pempuan ni.. blh la melaram kikiki

    ReplyDelete
  12. teringat saya ajar org buat seluar kat fb . sama la camni . suruh dia ambil sluar dia dan potong ikut bentuk suar tu ... heee

    ReplyDelete
  13. Bestnya dah boleh jahit baju sendiri. TAk amik tempahan ker ☺

    ReplyDelete
  14. cantiklah lyd, kagum saya.
    bukan semua orang boleh buat walau ada kemahiran
    benda ni nak kena ada minat, baru jadi
    blouse cantik! nak juga! ambik tempahan dak

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...