Skip to main content

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Sejahteralah ke atas kamu....




Kalau ada ringgit lebih, aku berhajat nak iPhone6 beli kamera baru. Kamera compact Sony aku dah cacat sikit fungsinya, sebab anak aku suka korek shutter lens kamera tu. Jadi bila aku on dan off kamera tu, dia punya lensa tak masuk habis.

Sekodeng di website online shopping yang terfemes kat Malaysia ni, aku tengok harga kamera compact yang aku rasa aku tergamak untuk beli dalam keadaan harga ringgit menjunam ni ialah RM1206. RM6 lebih murah daripada jumlah RM1212. Ada lebih RM6 tu boleh la buat beli eskem Cornetto 2 ketul sebab delivery dah tentu la free kan? Kan?

Inilah pojaan hatiku...

(IMPORT) Sony Cyber-shot DSC-RX100 20.2 MP Digital Camera Black


Kalau ikutkan hati nak pilih yang lagi mahal, tapi syaratnya takleh lebih daripada harga RM1212. So, this is the best deal i choose.


Kalau ada yang tertanya-tanya, "apa yang ko cuba sampaikan ni LydSunshine?", ni la jawapan aku;

Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.


Eh, mari la korang join sekali contest ni. Senang je teknik-teknik penyertaannya. Kalau korang nak pemahaman yang lebih paham, sila click link yang aku bagi ni. SAYAIDAY : Shopping RM1212 At LAZADA Contest. Kalau nak tahu apa hadiahnya pun, kena click yang tu jugak. Sila rajin.

Comments

  1. Lama tak singgah Lazada ^_^ Ni dah nak dekat hujung tahun haruslah pi tengok-tengok apa ada kat sana. Baru semalam terdetik nak tengok, ada pulak yang tolong promote supaya jangan dilupakan si Lazada ni. Yalah, nanti I terjah!

    ReplyDelete
  2. Nnt nak suruh en suami buat lawak macam pasangan yang kat zalora tu....hewhew...

    ReplyDelete
  3. gud luck sis... moga hadiah yang di idam2kan dapat.. sy pn tgok kamera 2 rasa perghhh dpt 2 syok jgk.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Eh? Komen aku tadi masuk ke tak eh? Huhuhu!

    ReplyDelete
  5. Malaslah nak shopping sejak dah tak kerja ni Lyd....

    ReplyDelete
  6. good luck.
    kalau dpt tu, mau melompat bintang kan.
    aamiin

    ppsttt: jadi tau..

    ReplyDelete
  7. klu dpt percuma sapa tak mauh..btw gud luck..:)

    ReplyDelete
  8. kalaulah dpt betoi 1212 tu kan hehe. all d best. sy pon join berangan hehe

    http://ana-mizu.blogspot.com/2014/12/shopping-rm1212-at-lazada-malaysia.html

    ReplyDelete
  9. Menariknya kamera tu. Tp skrg x guna beli kamera pun sbb sll ambik gambar pakai fon je

    ReplyDelete
  10. wow, kalau dapat tu! bestnya
    all the best ye

    ReplyDelete
  11. Hi, Terima kasih sebab join contest! InsyaAllah kalau rezeki, boleh menang :)

    Nak wishlist tercapai? Boleh check sini : http://sayaiday.blogspot.com/2014/12/hadiah-misteri-untuk-peserta-shopping.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...