Skip to main content

Nak Bercuti, Tapi.....

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku ni penat. Kadang-kadang rasa tak cukup rehat, kadang-kadang tak cukup tidur. Kadang-kadang terlebih rehat pun ada, pun boleh menyebabkan penat. Aku perlukan cuti. Maksud aku pergi bercuti ke mana-mana. Cuma kekangan yang paling besar untuk aku ialah..... masa yang ada untuk pergi bercuti tu hanyalah bermula Sabtu petang dan perlu balik hari Ahad. Semalaman saje. 

Bagi aku, cuti ni ada 2 kategori. 

1. Cuti untuk berehat serehat-rehatnya dan tidur terpukang - Kalau untuk berehat semata-mata, hanya perlu cari tempat yang dekat, cari hotel yang mahal dan bilik yang sangat-sangat selesa.
2. Cuti untuk berjalan-jalan tengok tempat orang dan bershopping - Boleh pergi ke mana-mana sahaja dan cari hotel budget pun takpe sebab tujuannya nak berjalan dan bukan nak duduk dalam bilik sangat. Kalau duduk hotel mahal pun buat rugi je sebab tak gunakan sepenuh masa.


Yang aku perlukan sekarang ialah cuti jenis pertama iaitu tidur terpukang. Tidur tu memang la kat rumah boleh tidur. Tapi aku nak tidur kat tempat yang selain daripada rumah, suasana cantik, nyaman, bilik kemas, dan nak mandi kolam. Bersantai-santai je dalam bilik. 

Dengan kriteria yang macam aku cerita pompang pompang kat atas ni, aku hanya terfikirkan Grand Lexis Port Dickson je. Nak mandi kolam tu yang paling penting, sebab kolamnya adalah private pool. Selama ni, bila pergi mandi kolam awam kat Putrajaya, aku telan ailiobasi je menengok Luth mandi kolam dan bergalok dalam kolam bersama papa dia. Dah tu, aku? Aku jadi kaunter menjaga barang je la. Dah nak terjun sekali adalah tidak sopan. Kalau aku terjun dalam kolam kang, habis semua air kolam keluar, kolam tinggal kontang jek plak. Sian budak-budak lain nak mandi kolam.

Port Dickson Mwakame jaraknya dekat je dengan KL. Dah jimat masa dan kos perjalanan. Memang ada Salak Denai yang chaletnya juga ada kolam renang private. Tapi nuuuuunnn kat Yan Kedah. Jauh sungguh. Tak cukup Sabtu dan Ahad masa nak travel tu. Kos perjalanan pun dah rugi lagi. Sedangkan nak pergi Yan Kedah pun tak cukup masa, inikan pulak nak bercuti ke Turki.

Tempat lain yang dekat, yang aku terfikir nak pergi bercuti untuk tengok haiwan ialah Bukit Gambang Safari. Motifnya hanya untuk menonton kelakuan haiwan. Kami anak-beranak ni memang suka dan sangat excited bila tengok aksi kebinatangan binatang-binatang sekelian. 
 Cuma kalau pegi Bukit Gambang, takde la nak bersantai-santai sangat. Hanya nak hop on hop off je la. Eceh, dah macam nama bas husband Pacha Candha dah Hop On Hop Off. 

Yuolls semua, pembaca-pembaca blog shaye yang budiman ni, ada plan nak bercuti ke? Ke mana lokasi idaman kalbu musim cuti sekolah ni? Boleh kongsi dengan aku dan sebab-sebab tempat tu dipilih?

Sebelum aku stop menaip, meh aku belanje skit gambar budak kenit pakai suit buatan sendiri ni.







Tibe-tibe tengah main,  dia solat.

 

Comments

  1. eh apsal lah pemikiran kita ni sama ye..teringin nak tidur dalam suasana yang lain..aman damai tenang..hehe..tapi tak nak tidur kat umah..
    nak bercuti kena kira2 bajet,,nak bajet yang murah...huhu

    ReplyDelete
  2. Kakcik pun baru je cakap dengan En Suami - nak bercuti di hotel dan nak tidur tegolek terlentang je... :)

    ReplyDelete
  3. tak perasan pulak sudah tukar background kumbang-kumbang kat blog ni

    ReplyDelete
  4. ai suka pi berjalan klu pi holiday ni tak mo dok hotel ni tido je ....sbb mmg tak leh tido pun sbba de anak2 .... diorg bukan reti dok diam ... sama je cam dok kat rumah jd nye

    ReplyDelete
  5. sy ari awal tahun lg bajet nk p brcuti tempat yg sejut.. mcm cameron nuuu... tapi xde teman... sampailah ke hujung tahun ni xdapet nak p2... hehehe

    smartnya luth... hehehe

    ReplyDelete
  6. Pandainya jahit suit. Akk x de ke mana mana cuti ni. Anak sibuk nak sunat tahun ni jugak. Lg pun cuti dah x de.

    ReplyDelete
  7. eh3, luth dah pandai jalan erkh... ketinggalan sungguh ema ni....tulah tak tahu nak pergi mana cuti..kalau pi holiday sewa hotel mahal2..cuma nak tidur macam membazir jer...lainlah kat area tu boleh panjang langkah.

    ReplyDelete
  8. Jahit sendiri ke Lyd.......pandainya....

    Entah.... cik abe nak cuti minggu depan nak dibawaknya kita ke mana tak taulah tu....Tgk anak jerlah kot....
    Okhe teringin gak nak gi Grand Lexis tu terkenangkan harganya ....sayang pulak!
    Okje pun prefer PD gak kalau nak mandi pantai, dekat....

    ReplyDelete
  9. betul Lyd, mmg la boleh tido rehat kat rumah sendiri. Tapi kalau dpt suasana berbeza (yg selesa/cantik) tu lebih rasa nikmat. Camtu Lyd carilah yg dekat2 je, yg penting bilik best. Maybe ke Gold Coast Morib, ada jacuzzi tau dlm bilik air dia. Ada theme park gak kalau nak bwk Luth main.

    Cantikkk la baju tu..yg pakai lak hensem! Pandai yg buat! eheee

    ReplyDelete
  10. handsome luth...:-)

    hmm..saya pun dah tahap giler nk bercuti jugak ni..alahai..
    knwing hubs mmg payah sikit nak ajak bercuti tau
    mgkn nak gi jejalan melaka je la kot cuti nih..tp tak tau jadi ke x

    ReplyDelete
  11. aku pun teringin gak nk tidur hotel semata satu hari santai-santai mandi bath tub.

    aku tak bercuti mana-mana pun.

    cuma kalau teringin aku nak pi Teluk Batik. kalau nak happening lagi pi Melaka. banyak tmpat boleh melawat.

    ReplyDelete
  12. alolo abg luth ni dh besar dia :)
    bergaya pulak dgn baju hasil keraftangan mama :)

    mmm.. ke mna erk?
    pergi aje la ke grand lexis tu.nti citer kt blog k. nk juga tahu..

    ReplyDelete
  13. Hey Mickie u so fine u so fine owh Mickie... Luth kan my Mickie Yoon hahahah tak habis2. Dah tu, hensem macam mamat tu, nak wat guane.
    I pun dah lama duk ushar tempat bercuti... tok laki ajak balik kampung, tapi I macam malas. hahahaha I nak bercuti, bukan nak serabutkan hati. opssssss

    ReplyDelete
  14. wahh..dengan happynya luth mengayakan baju buatan mamanya..siap buat catwalk lagi..

    ReplyDelete
  15. Sama lah babe. Nak cuti dan merehatkan diri dan nak tido puas². Teringin jugak nak gi grand lexis. Tapi tak mampu poket lah.

    Ingat nak repeat balik gi bayou lagoon kat melaka. Best.

    ReplyDelete
  16. Teringin ingin sangat nak berjalan ke luar dari johor ni...tapi apalah dayaku... :(

    ReplyDelete
  17. amboi comelnya luth dengan suit hasil jahitan mama..:)

    tgh bulan ni nk balik kmpg n cadangnya sekali bercuti sekali tp masalahnya budget tak berapa masyuk..tgoklah nti klu ada rezeki.klu takde dok diam2 kt kmpg pastu mandi je parit depan rumah.muahaha..

    ReplyDelete
  18. bergaya si bujang tu dah mcm model . ramai lak peminatnya ... saya cuma nak pergi melihat kehijauan , keindahan alam di Cameron highland ... jika boleh .

    ReplyDelete
  19. dah besar dah Luth kan...apapun i need vacation too...dah penat sangat dah...tp xde cuti...macam mana....

    ReplyDelete
  20. Bertuah Luth dapat mama mcm Lyd!

    Bab bercuti pastu nak terbongkang tido kat katil empuk tu memang sama la kita..heheh

    ReplyDelete
  21. Seblm aku komen apa-apa, aku nak ckp; Masya Allah! Budak kenit lagi petit yg soleh tu nmpk mcm Beckham dgn suit handmade maknya. Ai is jeles bcos ai is cannot sewing that suit like your mother, u know! Hoh! Hahahahaha!

    Aku pun perlukan percutian utk berehat tp klu aku pgei bercuti pun, aku ttp tak boleh rehat sbb bdk kenit 2 org tu. Hoh! Takpe. Penat yg menyeronokkan. Hahahahah!

    ReplyDelete
  22. Untungnya Luth dapat Mama yang pandai jahit ni.... Eh, Ustaz Luth tu solat memang punctual ikut masa ke? Tengah-tengah main tetiba solat.

    Samalah kita, Lyd. I dah beritahu HD sejak dari awal tahun, jomlah jadikan agenda tidur kat hotel sebulan sekali tahun ni tapi tak dilayannya. Lagipun bila Abang sekolah ni, susah nak cari masa. Budak sekarangkan hujung minggu pun banyak kelas nak attend. I pun dah lama aim Grand Lexis ni. Insya Allah kalau my nephew dapatkan untuk next week, merasalah kita 4 beranak. Salak Denai tu first time I dengar. Seronok juga kalau sesekali jalan jejauh lepas melepak kat bilik berenang di tepian ni.

    ReplyDelete
  23. aihss si kenit botak ka...hehehhe
    PD pon ok gak
    jimat kos dan masa

    ReplyDelete
  24. aihss si kenit botak ka...hehehhe
    PD pon ok gak
    jimat kos dan masa

    ReplyDelete
  25. grand lexis tu pilihan terbaikkkk syokkk kot tpi harga fitammmm eh tanah aina soraya pon syokkk nature giteww

    ReplyDelete
  26. kalau saya bab tidur bukan pilihan
    tapi kalau dapat pergi keluar dari rumah, round the world, tu memang cuti!
    seronok betul kalau dapat peluang gitu
    comellah luth ni, lagi pakai hasil tangan ibu sendiri

    ReplyDelete
  27. huhhh...aku dah lega... punyela stress & bz bulan november hr tu so percotian cuti sekolah kategori 1 aku berlaku di singapura...fuiyo...g singapore lepak atas katil je haha...pasalnye en somi kursus so x dapek g memana ngan anak2 ku yg comel itu...mcm jadik kelawar...siang lepak je atas katil pastu memalam kuar g carik makan

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...