Skip to main content

Ubat Selsema Dan Demam Yang Serasi Untuk Luth

Sejahteralah ke atas kamu...

Syukur alhamdulillah, Allah dah temukan aku dengan ubat yang mujarab dan serasi untuk mengubati demam dan selsema Luth secara alami/semulajadi/natural; Madu Kelulut + minyak habbatus sauda. 

Minyak habbatus sauda ni aku ambil daripada pil habbatus sauda jenama Kuda Emas. Ermm... aku biasa makan sofgel jenama Baraka yang kotak oren putih. Tapi rasanya Kuda Emas ni lagi serasi dengan aku. Mungkin sebab dos yg Kuda Emas ni lagi tinggi kot. Itu aku la. Lain orang, lain la kan.

Tiba-tiba baru aku ternampak yang jenama Habbatus Sauda ni ialah Kuda Arab, bukan Kuda Emas seperti yang aku tulis kat atas tu. Hahaha. Kondifen je.

Gunting hujung pil, then picit masuk dalam botol madu.

Bila dah masukkan tu, boleh mix-stir kan bahan dalam botol ni seelok-eloknya guna lidi Sebab minyak habbatus sauda tu akan lekat pada sudu kalau guna sudu. Nanti rugi je. Bila nak suap kepada Luth, aku akan guna syringe. Dalam 1ml je dah cukup.

Comments

  1. lagi pun orang kata tak elok guna sudu untuk madu...kan kan kan? sudu plastik better, tp lidi laaaaagi better. eh wa lali topik.

    ReplyDelete
  2. Ikut pengalaman, madu ni lebih mudah disuap pada budak-budak sebab rasa dia manis compare ubat klinik yang kalau manis pun, still ada rasa kelat-kelat sikit yang buatkan sesetengah budak tak suka.

    ReplyDelete
  3. habbatus sauda memang bagus utk kesihatan.

    ReplyDelete
  4. tq for sharing lyd..
    nk kena cari jugak ni..
    elak makan ubat y ada mcm2 dadah tu

    ReplyDelete
  5. saya tak pernah cuba lagi
    nanti nak cuba bagi =)

    ReplyDelete
  6. Mmg byk cara natural nak reducekan cough bagai. Salah satu cmpr madu dgn lemon. Habbatus sauda ni mmg bgs.

    ReplyDelete
  7. Baca entri ni hari tu..tak sempat komen pulak he he. Setakat ni saya bagi Hani 1 sudu kecil madu stiap hari..sebab nak elakkan batuk teruk lagi..

    ReplyDelete
  8. Good info ni, Lyd. Next time kalau anak demam atau batuk, I nak cubalah. Kat rumah ni yang selalu makan madu cuma HD je. Yang lain-lain tu selagi tak sakit takda nak prevent apa-apa pun :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Doktor Lelaki dan Aurat Wanita

Sejahteralah ke atas kamu... Saya kerap terfikir, kenapa..... di negara kita ni, tiada penguatkuasaan untuk menempatkan/melantik hanya doktor wanita sahaja di bahagian O & G [ Obstetrics and gynaecology , surgical specialties dealing with the female reproductive organs]. Maksud saya di sini untuk hospital kerajaan. Sapa yang kurang faham, lebih specific saya bagitau, bahagian bersalin di hospital kerajaan.Di hospital swasta tak payah cerita la kan. Pesakit boleh request doktor wanita atau doktor lelaki masa nak bersalin. Orang yang mampu, boleh request doktor yang mereka mahukan. Tapi bagi yang tidak mampu? Graduan perubatan wanita kan ramai. Kenapa tak tempatkan graduan yang ramai itu di bahagian sakit puan? Adakah sebab wanita kurang mahir dengan reproductive organs kaum mereka sendiri? Atau wanita cepat panik untuk sambut wanita lain bersalin? Okayla... Nampak macam saya ni suka mempertikaikan apa yang sudah ditentukan. Negara kita ni katanya negara Islam. Perkara begi...