Skip to main content

Watermark Mengganggu Mood Nak Belek Gambar

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku akan rasa hampir nak bengang kalau aku cari image di Google, gambar yang aku nak tu, ada watermark. Memang aku tak faham apasal la tuan punya gambar suka letak watermark pada gambar yang dia sendiri share kat internet. Kedekut [kata hatiku]. Kalau dah tahu kedekut,  tak payah la share kat internet. Tak gitu? Lagi satu, aku fikir tuan punye gambar tu terlampau nak femes dengan mem'promote' link dia pada gambar tu.

Ternyata apa yang aku fikir selama itu adalah silap. Sebab, aku pernah terjadi kepada aku, bila aku share gambar kat blog aku ni, kemudian ada orang ambil gambar tu dan menyalahgunakannya untuk berita yang salah. 

Aku letak gambar 2 orang anak sedara aku mandi sungai. Entry tu pun cerita pasal aku ikut abang-abang aku mandi sungai. Dah lamaaaaa gile lepas tu, masa aku tengah tunggu makanan kat restoren dengan anak sedara aku sorang lagi, Sue buka cerita pasal gambar yang aku share tu[Sue ialah kakak kepada 2 org anak sedara aku yang mandi sungai tu]. Katanya, gambar adik-adik dia jadi gambar hiasan kepada satu berita yang bertajuk 'Ibu Racun 2 Orang Anak Sehingga Mati'. Aku terkejut la sebab dah tentu la gambar tu aku yang post kat blog. Rasa bersalah pun ada.

Abang aku, ayah Sue tu agak tegas orangnya walaupun dia kelakar. Tapi aku respect dia sebagai abang sulung aku. Aku dengan kecut perutnya tanya Sue, "dah tu, ayah tak marah ke?". Sue kata, nasib baik la ayah dia okay. Ayah dengan ibu dia ketawa je bila tengok gambar anak-anak dia disalahgunakan. Fuhh... selamat aku.

Aku, sejak daripada kes tu la aku mula rajin letak watermark pada setiap gambar yang aku rasa agak personal yang aku taknak disalahgunakan oleh orang yang tak faham etika. Kalau gambar general macam gambar ubat gigi ke, gambar pokok ke, aku takde ketagih sangat nak promote address blog aku. Tapi kalau gambar yang ada muka Luth, muka aku dan muka kearaban suami aku [hakhakhak], aku terus tet..nonet..nonet... bertukar menjadi rajin. 

Pesanan aku kat kawan-kawan blogger semua, kalau letak gambar yang ada muka kita tu, lagi afdhol kalau letak watermark pada muka, kena sikit kat dahi pun takpe. Sebab kalau orang ambil gambar tu dan salahgunakan, nanti kita sendiri yang sakit hati tau. Kalau dia gunakan gambar tu untuk berita yang baik-baik, tu kira syukur la, sebaliknya kalau dia guna gambar kita tu untuk berita tak senonoh, berita yang mengaibkan, walaupun dia ada letak caption 'gambar sekadar hiasan', tapi kita akan rasa sakit hati. Percaye la.

*ada yang protect gambar dalam blog dengan menyekat fungsi 'right-click' pada sebarang contents dalam blog tu, tapi korang tau tak kalau korang sekat fungsi click kanan, orang masih boleh ambil gambar tu dengan teknik print screen image tu. Aku selalu buat. Hahaha.. 

** Ye la, walaupun letak watermark, kalau org nak cilok gmbr tu, orang boleh cilok, cuma dia kena ada effort skit la utk remove watermark tu. 

Comments

  1. Ye la Lyd, baru baca cite sorg owner blog ni gamba anak dia diambil utk tujuan lain!
    Saya letak gak cuma tak kena kat muka..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. kan.. Selama ni saya ingat takkan ada org nak buat mcm gitu, sbb kita rasa kita takkan buat. Saya pun ada amik gmbr kat gugel tapi biasanya gmbr dr blog omputih. heheh.

      Delete
  2. tau..
    tp aku malas lah nak letak sb malas nak edit..
    lg pun aku suka cedok gmbr tenet..
    nanti kena reka design watermark ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo ko nak design yg mcm ala2 cantik-cantik tu mmg la ko rasa malas. Aku takde la edit apa pun gmbr tu, cuma open with Paint then tambah text. Aku taip le address blog aku. Tu je. Then save. Senang je.

      Delete
  3. kite byk pitcher mkanan.hihi
    in shaa Allah lepas ni nak lagu ni jugak la.
    patut la pitcher sbelum ni penuh watermark..
    me acih mommy lyd sbb ingt mengingati..

    ReplyDelete
  4. betul gak tu ekkk...biasa letak watermark simple jek..

    ReplyDelete
  5. antara sebab nya mcm tu lahh.. tp zati letak jugak kat gmbr lain yg diambil sendiri.. mostly ramai org luar akan gunakan gmbr tersebut utk kepentingan sendiri.. bajek gmbr tu dia yg punya.. takde niat nk promote2 blog ni sebenarnya pun... hehe

    ReplyDelete
  6. Supposed to be like that..klu boleh memang kena letak WM pon.. Hak kita tu..

    ReplyDelete
  7. itu le.. kdg2 bila rajin nak letak le watermark, kdg2 abaikan.. nmpak gayanya kena taruk pasni..

    ReplyDelete
  8. kalau orang yg cerdik dan berniat jahat...letak aoaoun dia pandai buat kak...tapi eloklah kita letak watermark...banyak sikit kerja orang jahat tu nak buat.

    ReplyDelete
  9. sekarang ni takut dah nak share gmbr sorang..share gmbr ramai dlm jarak jauh jer..

    ReplyDelete
  10. betul tu zaman lani manusia nya telebih advanced mcm2 dia boleh aplikasikan..

    ReplyDelete
  11. X pandai nak buat watermark bagai. Leceh.

    ReplyDelete
  12. Dulu letak jugak..sekarang malas dah..tak sempat nak letak..rasanya Blogger kena buat sesuatu lau ntuk memudahkan blogger upload gambar kat post terus letak watermark sekali..kan??hehhe

    ReplyDelete
  13. Ari tu rajin buat..sekarang dh mls.....hahaha....

    ReplyDelete
  14. aku pun selalu letak watermark pada gambar2 personal. gambar2 family. tp kalo gambar yg "aku-pedulik-hapa-orang-nak-cilok-ke-tak", aku tak letak la watermark.

    ReplyDelete
  15. I baru lately je letak watermark (sebab baru belajo..hehehe...) Kalau setakat gambar biasa-biasa, nak ambil tak kisahlah tapi at least sopan santunlah minta izin, tumpang lalu bagai semua kena ada. Kalau main ambil je, buruk sungguh perangai tu.

    ReplyDelete
  16. Mmg kena ada watermark. Tp selalu je ltk kt tmpt lain. Ngeee...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya