Skip to main content

Cara Simpan Lauk Mentah Dalam Tempat Beku/Freezer

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku dapat teknik rebonding baru untuk simpan lauk mentah dalam bahagian beku iaitu dengan pek siap-siap mengikut portion untuk sekali masak. Macam ini;



Ni je lauk yang ada dalam freezer aku. Cukup la untuk seminggu. Setiap satu peket tu untuk sekali masak. Dalam peket tu ada 4 ketul bahagian ayam. So, nanti bila aku nak masak, aku ambil je sepeket, rendam dalam bekas berisi air, kejap je dah cair. 

Sebelum ni, aku tambunkan semua sekali dalam tupperware besar. Bila aku nak masak, aku perlu defrost kan semua sekali ayam dalam tu, then lepas ambil beberapa ketul yang aku nak masak tu, selebihnya aku bekukan balik. 

Aku ada instinct yang membisikan di telingaku bahawa teknik membeku, mencair dan membeku semula tu adalah kurang elok untuk kesegaran dan nutrisi ayam tu. Dia macam ni, ko bayangkan ye... bila ko defrost ayam yang tengah beku tu, bacteria dah mula membiak dan mula men'digest' daging tu bila daging tu dah tak beku. Katakan kalau ko terus masak lauk tu takpe la, tak sempat la bacteria nak membiak dengan divanya pada daging tu. Tapi kalau bakteria tu dah mula digest, dia akan keluarkan enzim untuk penghadaman, sama macam manusia jugak, cuma enzim tu berlainan la dgn enzim penghadaman kita. Dah tentu perut kita lagi besar, enzim lagi banyak.. hakhakhak.. Jadi bila enzim tu dah keluar, dan mula berkumpul pada daging, then tetiba kita simpan balik dia dalam freezer, haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, enzim tadi akan bertukar menjadi toksik. Yang tu le yang membahayakannye puuunn...

Itu kalau sekali 2, nyahbeku then bekukan balik, ce bayangkan kalau 6 kali nyahbeku, pastu bekukan balik. Berapa banyak dah enzim pencernaan bakteria dah melekat pada tu. HOOONOOO..

Sekurang-kurangnya, kalau aku dah peket siap2 macam ni, bila aku nak masak, daging-daging yang tak terlibat dalam proses pemasakkan tu takde la perlu dicemarkan dengan toksik lagi. Tak gitu. Plastik tu, lepas aku masak, aku basuh balik guna sabun. Then simpan untuk next mangsa yang akan jadi lauk aku. Muahahahaihihihihi. Ketawa gergasi perempuan harus la tidak begitu 'tebal' bunyinya.

Comments

  1. Ko guna semula zip-bag tu ke?
    Kami gunakan plastik kuih tu je... dah guna, aku buang.
    Wife masak pagi2 utk bekalkan lunch utk anak dan dia juga.
    Jadi, sblm tidur, dia akan ambil sebungkus dan letakkan ke dalam semangkuk air.
    Kemudian, dia letakkan ke bahagian bawah peti sejuk tu.
    Esok pagi, lauk itu elok je dah defrost semalam tetapi tidak membusuk
    Aku tak pasti kalau cara itu boleh digunakan untuk masak petang utk makan malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku guna semula kalau aku rajin nak basuh. Sebab zipbag kan mcm mahal sikit drpd plastik biasa. kekeke.Selalunya aku tak rajin. Aku ckp aku guna semula pun sbb nak tunjukkan dalam blog ni yg aku menjaga alam skitar. hahah..

      Kalau letak kat bahagian bawah tu mmg boleh defrost dan menten segar. Tapi biasanya kalau aku nak masak belah petang lepas balik dr ofis, aku selalu lupa nak pindah bhgn bawah sebelum aku gi keja. So, bila aku buat gini, aku sampai je umah, terus rendam dalam air, kejap je dah defrost.

      Delete
  2. saya lebih suka letak dalam tupperware tu. Menten tupperware y mana untuk simpan ayam, udang or ikan. N saya gunakan tupperware y kecik2..lebih kurang je macam teknik y dicakap tu. Cuma tupperware tahan lama sket...laki kan..kasar! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi sopan santun awk ni kalau simpan dlm tupperware. Kalo ikutkan susun dalam tupperware lagi kemas.

      Delete
    2. haha..sopan santun? xlah.. sebab malas la letak dalam tupperware..kalau beku, cungkil je ngan skru drebar :P

      Delete
  3. Thanks for sharing lyd. Selalu gak buat mcm tu. Nak kena buat mcm ni juga lah.

    ReplyDelete
  4. wah..bagus teknik ni...nak tanya la bag yang berpelekat tu ada jual x kat mana2...susah nak dapat la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli kat pasaraya kat kuantan. Tapi ari tu ada nampak kat Daiso ioi mall. Tapi harga dia jauh lebih mahal.

      Delete
  5. Richtig!!!!! Correcto!! Kami kan selalu shopping bahan mentah memang stok untuk berminggu2, so balik umah jer memang terus packing ikut portion gini masuk peties siap2, sebab I once defrost memang takkan freezekan balik, nak tak nak hadap la mana yang dah kuar tu hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. richtig tu mcm poknik jah konsep sebutan dia. hehehe. adoi, malu plak ase, org lain dah lama praktikkan amalan mulia ni, i je yg baru insaf. heheh... i kadang2 ada juga freezekan balik skrg ni. ikut mana yg sempat je. nak masak semua mcm terlalu tak rajin.

      Delete
    2. I pun sejak ngan tok laki jer la amalkan perkara mulia ni, muahaha sebelum ni lauk mmg nan hado dalam peties pun. kekekeke

      Delete
  6. assalamualaikum lyd...mmg terbaik la tips ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaalaikumussalam mama. terima kasih. insyaAllah boleh praktikkan nanti ye.

      Delete
  7. Koi selalu pakai tipuware jernih tu tu sekali masak. Simpan dalam plastic selalunya koyak semasa proses mengeluarkan lauk dr tempat beku tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi bagus kalau plastik koyak.. Boleh terus buang. Tipuware yg mcm letak taufufah tu ke? Haa, yang tu pon elok gak.

      Delete
  8. Idea bagus ni, tak pernah terpikir pula ke arah itu. Selama ni pakai lambak kemudian keluarkan, defrost kemudian masuk balik. Terlupa tentang bakteria.
    Terima kasih atas perkongsian idea ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama JR. Saya pun lama juga buat teknik freeze banyak kali tu. Ntah dah selamat dah masuk perut semua toksin.

      Delete
  9. Hahaha..baru ko ingat subjek sains cikgu ajaq masa sekolah ke lyd?ngeh..ngeh..tapi yang bestnya, cikgu pon maleh nak buat mcm ko..kikiki..(>_<)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. itu la cikgu. tetibe je insaf teringat subjek sains lepas dah byk kali makan makanan bertoksin.

      Delete
  10. boleh la nak sruh wife aku praktik kan lepas nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Suh Puan Vanilla baca terus entry ni lebih afdhol.

      Delete
  11. baru lah sis tahu . thanks share ... teringat ikan yang tak berbalut dlm aisbox tu dah menjadikan air minum pun berbau ... auchhh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, tu la satu masalah kalo tak balut. Efek kat makanan lain dalam fridge.

      Delete
  12. baru lah thu ni ... dah berapa byk la toksin ada kat dlm badan nih agaknya ...

    ReplyDelete
  13. kalau kat sini mmg kitorang buat camtuh jugak dari dulu lagi..tapi guna plastik biasa jer..boleh buang terus..kalau nak mudah amek sikit2 daging beku tuh elok bekukan seketul2 dl baru letak dalamplastik..maka dia tak melekat..bolehlah tuk guna sikit2 camnak buh dalam megi ker kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, selama ni kalo na masak mi ke atau nasik goreng jadi terasa cam malas sbb nk kena defrost semua tu la. Kalo leta dlm peket siap2 mcm ni boleh la jimat masa skit.

      Delete
  14. Ha... Btl la tu. Nsb baik la kalau ayam tu akak ni dua kali masak je. Hoho..m

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... dah memang la 2 kali masak je, rakyatnye ramai kat umah akak kan.

      Delete
  15. Lyd, idea yang bagus la. Selama ni kitorang longgok aje dalam tupperware. Tapi memang dah siap portion kan ikut tupperware. Aku nak cuba la cara kau ni.

    Plastik tu mmg kena guna yang ada seal punya ke? Kalau plastik biasa okay tak? Aku tanya tu sebab kat rumah aku ada byk roll plastik yang warna putih. Plastik yang sama kalau kita beli buah di pasaraya, kita akan tarik plastik dan koyakkan.

    ReplyDelete
  16. Salam, tata... kalo ko dah guna teknik yg sama tapi bubuh dalam tupperware, lagi la bagus. Aku tak guna tupperware sebab aku tak mampu nak beli tupperware. Tupperware mahal then sayang nak letak dalam freezer. Kekeke.

    PLastik tu boleh je guna jenis apa2 pun. Aku guna plastik camtu sebab mmg plastik mcm tu ada byk kat umah aku.

    ReplyDelete
  17. kalo guna bekas petak tu tak boleh ke?

    maksud aku tupperware yg putih jernih tu?

    ReplyDelete
  18. Haa... betul2... tepat skali. byk kebaikannya guna cara ni.

    ReplyDelete
  19. haaaaaaa. pandainyaaaa yeee. hahahaha.

    ReplyDelete
  20. Bagus lah tips dan cara Lyd ni....
    Bunda pulak jarang beli ayam yang potong2 lambak tu..bunda selalu beli yg siap pack dalam polysterine tu..
    Beli beberapa portion..satu peha..satu...kepak atau satu lagi dada...ikadang ada dua kdag ada tiga ketul..ikut keperluan apa yg kita nak masak...sup ayam selalu guna yg bertulang...gulai dada...goreng paha atau kepak...
    Ikan pun...kan biasanya dalam polyrterine tu ada yg dua potong ada juga yg lebih...biasnya ikan tenggiri lah...senang tak payah nak siang2 lagi....
    Cuma udang ngn sotong jer beli lambak ikut keperluan...selalu nya jenis ni bunda jarang stok lama...beli terus masak jer...

    ReplyDelete
  21. ya tepat sekali. sama la i pon buat style mcm. ni.tp xbeli plstik mahei mcm u.hihi. i isi dlm pelastik putih biasa yang letak kuih tu j. dh gna buang..mls nk kutip basuh la pulak..

    kemdian masukkan dlm tupperware besar.
    hehehe..

    ReplyDelete
  22. kalau ada lauk banyak kat peti ais...ema buat juga pakai plastik gula tu...hehehe..

    ReplyDelete
  23. I punya es box selalu aje penuh, atas bawah tau. Semua pun dalam bekas memasing, siap berlabel lagi tu. Terlebih rajin orang putih katakan ... Pernah gak buat cam ni, sampai nak bobos rasanya freezer tu. Kata budget untuk seminggu tapi kalau dah hari-hari grocery shopping mopping, memanglah bolos gak es box tu! Lepas tu kita cubajaya pulak cara mat saleh yang selalu kita tengok dalam rancangan masakan mereka tu. Konon nak balut dalam brown paper tu ler... pastu kita sendiri pening sebab tak cukup tempat. Baru berangan nak beli es box 4 pintu tu...kalau tak muat gak, entahlah tak tahu nak kata apa...

    ReplyDelete
  24. ehhh..sep sikit..
    sama cara kita...sy guna dua cara..tupperware dan zipper beg mcm nie..
    konon nk nmpk kemas peti ais...jgnkan bahan sejuk beku..sayur, cili pun seme sy letak dlm zipper beg..lagi tahan lama...xcpt layu..

    ReplyDelete
  25. lastik ziplock tu boleh kitar smula ke?bukankah pakai buang macam plastik susu tu kan..klu guna semula takde efek buruk ke?hehe

    sy ikut kerajinan.klu rajin mmg asing siap2 utk skali msk cmni..cuma guna tupprware la..tp biasanya en suami mmg hari2 bawak balik lauk utk sekali msk..kira mmg lauk sentiasa fresh..skang ni je dh benti keje ikan tak merasa dah lauk fresh.huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...